CHENGDU, China, 4 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Sebagai sebuah bandar satelit yang didominasi oleh industri maklumat elektronik, perabot dan dekorasi, Chongzhou, Chengdu, China terletak sejauh 25 km dari kawasan pusat Chengdu. Mulai 5 hingga 8 Oktober, Chongzhou akan mengambil bahagian dalam Index Indonesia, bagi mempromosikan serta memperkenalkan industri kelengkapan rumah yang bernilai RMB 10 bilion kepada ahli-ahli perniagaan dari negara-negara berbeza, dengan harapan untuk menyokong model kerjasama industri bagi tujuan merealisasikan hasil yang saling menguntungkan berasaskan perkongsian nilai Chongzhou bersama dunia.
Menerusi kunjungannya ke Indonesia bagi mempromosikan industri kelengkapan rumah, Chongzhou, sebagai tapak pengeluaran untuk perabot plat di China serta tapak bagi bahan-bahan dekorasi dan pengubahsuaian semula di Chengdu, menganjurkan sembilan perwakilan perusahaan perabot, pintu & tingkap dan bahan bangunan seperti perusahaan perabot panel terbesar China Quanyou dan salah satu daripada sepuluh jenama kelengkapan rumah terbaik China, M&Z untuk mengambil bahagian dalam pameran.
Chongzhou mempunyai lebih 300 perusahaan kelengkapan rumah dan lebih 40,000 kakitangan yang diambil bekerja dalam industri perabot. Ia telah merancang pembangunan taman industri perabot berkeluasan 4,720,000 meter persegi serta taman industri bahan dekorasi dan pengubahsuaian semula yang berkeluasan 5,740,000 meter persegi, demi menghimpunkan sejumlah besar syarikat perusahaan daripada segmen-segmen seperti perabot, hartanah, bekalan bahan mentah dan tambahan, logistik & pengangkutan dan agensi jenama selain beberapa pusat pameran dan pasaran profesional – oleh yang demikian, Chongzhou menjadi salah satu kawasan di Barat Daya China yang mempunyai kemudahan sokongan terbaik untuk industri perabot. Selain itu, ia menjadi peneraju dalam melaksanakan pelan tindakan "Internet +" untuk industri kelengkapan rumah serta menyepadukan industri-industri tradisional bersama industri-industri baru muncul seperti Internet, pengkomputeran awan, data besar dan juga Internet Komunikasi Benda.
"Nilai pengeluaran tahunan bagi industri kediaman Chongzhou adalah melebihi RMB 10 bilion dan kami berharap dapat menyokong model kerjasama industri bagi tujuan merealisasikan hasil yang saling menguntungkan berasaskan perkongsian nilai dan kami turut komited untuk berkongsi nilai Chongzhou bersama dunia menerusi kaedah kontrak, subkontrak dan pelaburan dalam reka bentuk, pengeluaran, pemasaran dan juga projek," kata Biro Promosi Perniagaan dan Pelaburan Chongzhou.