omniture

BuildTech Asia Pamer Teknologi Terkini dan Penyelesaian Pintar Pacu Transformasi Industri Pembinaan

Sphere Exhibits Pte Ltd
2017-10-05 10:00 988

SINGAPURA, 5 October 2017 /PRNewswire/ -- Edisi ke-7 BuildTech Asia kini kembali mulai 24 hingga 26 Oktober di Dewan 3 Ekspo Singapura bersempena dengan Minggu Produktiviti Pembinaan Singapura (SCPW). Dikelolakan oleh Sphere Exhibits Pte Ltd dan dianjurkan oleh Lembaga Bangunan dan Pembinaan (BCA) Singapura, platform perdagangan ini akan membawakan penyelesaian bangunan dan pembinaan pintar bagi membantu pengamal industri mencapai tahap kecekapan yang lebih hebat dan menyumbang kepada pembangunan bandar-bandar pintar.

Asia Pasifik dijangka menyaksikan pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pasaran bangunan pintar yang diramalkan mencecah $31.74 bilion menjelang tahun 2022 berbanding $7.42 bilion pada tahun 2017.[1] Rancangan projek-projek pembinaan masa kini di Asia bernilai lebih US$3.6 trilion[2], memperlihatkan pasaran yang signifikan untuk teknologi dan penyelesaian pembinaan.

Sejajar dengan pencapaian ini, BuildTech Asia 2017 bakal mempamerkan teknologi pembinaan pintar dan produktif terkini bagi menangani cabaran bangunan dan pembinaan merentasi industri-industri vertikal yang berbeza, selain pameran produk utama untuk jentera pembinaan dan peralatan, bahan-bahan bangunan serta penyelesaian seni bina, dan juga kemasan berkualiti. Pameran perdagangan teknologi bangunan antarabangsa dijangka menarik perhimpunan terbesar sejak diperkenalkan, dengan hampir 120 syarikat yang mengadakan pameran serta lebih 8,000 pengunjung perdagangan dari lebih 30 negara di seluruh Asia Pasifik dan Eropah.

Penyertaan pempamer antarabangsa dalam BuildTech Asia telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan Austria, China, Jerman, Indonesia, Ireland, Itali, Korea, Malaysia, Singapura dan United Kingdom mengesahkan penyertaan mereka dalam barisan pameran tahun ini.

En. Chua Wee Phong, Pengerusi Sphere Exhibits Pte Ltd, berkata: "Agar terus mengikuti perkembangan semasa, penting untuk sektor pembinaan bersaing dengan teknologi-teknologi canggih yang relevan, yang akan memperkasa golongan profesional agar kekal produktif dan menguntungkan dalam rantaian nilai pembinaan. Kami menyasarkan untuk terus memperluas pengaruh BuildTech Asia di rantau ini dan menjadi platform utama untuk para pengamal industri, pakar teknologi dan pengedar untuk berhubung, berkongsi pandangan dan mendapat perkembangan terkini tentang teknologi serta penyelesaian pembinaan terbaharu untuk berjaya dalam sektor persekitaran binaan masa kini."

Menurut laporan daripada Timetric, sektor pembinaan Malaysia dijangka berkembang pada kadar purata 6.7% setahun bermula pada tahun 2017 hingga 2021, dengan nilai output pembinaan meningkat daripada US$33.6 bilion pada tahun 2016 kepada US$46.5 bilion pada tahun 2021. Menerusi dorongan Kerajaan terhadap penggunaan teknologi pemasangsiapan termaju seperti Sistem Bangunan Perindustrian untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti di Malaysia, ia merupakan salah satu pasaran utama di rantau ini yang boleh mendapat manfaat daripada penyelesaian yang dipamerkan di BuildTech Asia 2017.

Tahun ini, BuildTech Asia mendapat sokongan daripada sektor persekitaraan binaan Asia Tenggara termasuk sokongan padu daripada Malaysia. Organisasi-organisasi sokongan daripada Malaysia terdiri daripada Persatuan Pengurusan Kemudahan Malaysia; Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM); Persatuan Ampunya Jentera Pembinaan Berat Malaysia dan Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia.

Rakan-rakan sokongan serantau yang lain terdiri daripada Suruhanjaya Perdagangan dan Pelaburan Australia (Austrade); Persatuan Perunding Jurutera Singapura; Persatuan Kejuruteraan Industri dan Industri Pengurusan Indonesia (ISTMI); Kesatuan Pekerja Industri Pembinaan Bangunan dan Industri Pembalakan (BATU); Persatuan Pemilik & Pengurus Bangunan, Indonesia; Dewan Perniagaan dan Industri Jakarta Tengah; Jawatankuasa Bersama Industri Pembinaan; Lembaga Pembangunan Media Infocomm Singapura; Persatuan Pengurusan Kemudahan Antarabangsa, Cawangan Singaoura; International Powered Access Federation; Persatuan Usahawan Pembinaan Myanmar; Persatuan Kebangsaan Perunding Indonesia; Persatuan Kebangsaan Wanita dalam Pembinaan (Australia); Persatuan Pemaju Hartanah Singapura; Singapore Contractors Association Ltd (SCAL); Persatuan Kren Singapura; Singapore Institute of Building Limited; Institut Juruukur dan Penilai Singapura; Dewan Perniagaan Antarabangsa Singapura; Persekutuan Pengilangan Singapura; Persatuan Pengurus Projek Singapura; Institusi Jurutera, Singapura; Persatuan Persekitaran Kejuruteraan Awam Vietnam; Persatuan Kejuruteraan Struktur & Teknologi Pembinaan Vietnam; Persatuan Industri Elektronik Vietnam; Persekutuan Persatuan Jurutera Awam Vietnam dan Workplace Safety and Health Asia.

Sorotan utama di BuildTech Asia 2017

Para pengunjung boleh menjangkakan pameran menarik bagi tahun ini dan lebih banyak peluang untuk berkolaborasi serta bekerjasama dengan rakan industri dalam usaha mencapai matlamat perniagaan mereka.

Astaka Kepimpinan Persekitaran Binaan Sektor Awam Singapura yang lebih besar mempamerkan 10 projek agensi awam berhubung produktiviti pembinaan bakal kembali ke tapak pameran perdagangan. Astaka ini akan turut membawakan pameran interaktif berkaitan Reka Bentuk untuk Pengeluaran dan Pemasangan (DfMA), Penyerahan Digital Bersepadu (IDD) selain penyelidikan dan pembangunan.

Sepuluh finalis Anugerah Produktiviti dan Inovasi (PIA) 2017 Singapore Contractors Association Ltd (SCAL) akan turut mempamerkan projek-projek mereka bagi mendapatkan undian orang ramai dalam BuildTech Asia, mulai 24 hingga 25 Oktober. Melangkah ke tahun keduanya, PIA merupakan satu inisiatif industri untuk meningkatkan produktiviti dalam sektor pembinaan melalui pendekatan asas untuk idea-idea inovatif. Ia mewujudkan persekitaran dan budaya inovasi dengan menggalakkan kakitangan pada semua peringkat untuk mencadangkan projek, produk atau perubahan proses yang dapat membawa kepada peningkatan produktiviti yang ketara di tempat kerja mereka.

Aktiviti-aktiviti yang ditempatkan bersama di BuildTech Asia 2017

Tahun ini, dua aktiviti baharu yang ditempatkan bersama – Sidang Kemuncak Persekitaran Binaan SCAL dan persidangan Wanita PINTAR dalam Persekitaran Binaan, bakal berlangsung pada 26 Oktober bersempena dengan BuildTech Asia 2017.

Sidang Kemuncak Persekitaran Binaan SCAL mengupas isu-isu global dan tempatan dalam menggalakkan inovasi, produktiviti dan gesaan terhadap penyepaduan yang lebih erat dan kolaborasi berkesan dalam kalangan pihak berkepentingan merentasi rantaian nilai pembinaan. Topik-topik utama dalam Sidang Kemuncak mencakupi laporan "Masa Depan Pembinaan" oleh Forum Ekonomi Dunia dan "Hala Tuju Transformasi Industri Pembinaan" yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada cadangan oleh Jawatankuasa Singapura terhadap Ekonomi Masa Depan. Sidang Kemuncak ini turut menyediakan platform untuk mengadakan dialog antara Kerajaan dan wakil-wakil industri daripada sektor persekitaran binaan.

Persidangan Wanita PINTAR dalam Persekitaran Binaan sulung, anjuran Prestressed and Precast Concrete Society, Kongres Dunia Kejuruteraan Struktur dan Sphere Exhibits Pte Ltd, akan mengupas perkembangan semasa dan pemerkasaan golongan profesional wanita dalam sektor persekitaran binaan di rantau tersebut. Persidangan tersebut membawakan perbincangan oleh ahli-ahli profesional wanita terkemuka dari Australia, Filipina, Singapura dan Thailand, selain wakil-wakil wanita daripada pelbagai agensi Kerajaan. Ia akan menilai peranan, tanggungjawab, cabaran dan perjalanan peribadi golongan profesional wanita dalam industri ini, selain pelbagai inisiatif kebangsaan bagi memperkasa mereka agar cemerlang dalam sektor persekitaran binaan. Acara ini disokong oleh Suruhanjaya Perdagangan dan Pelaburan Australia (Austrade) dan Persatuan Wanita Dalam Pembinaan Kebangsaan (NAWIC).

BuildTech Asia ialah acara penting untuk SCPW. Menerusi tema "Menerima Inovasi, Bangunkan Masa Depan Kita", SCPW 2017 menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk penyedia penyelesaian teknologi, pakar industri dan agensi sektor awam bagi menyediakan satu platform untuk firma-firma mengetahui lebih lanjut tentang sokongan dan sumber yang tersedia demi pertumbuhan perniagaan dan juga inovasi.

Sorotan utama lain dalam SCPW 2017 termasuk Persidangan Build Smart, bengkel pengalaman dengan aktiviti melawat tapak projek yang mengguna pakai teknologi yang mengubah industri selain pertandingan pelajar. Terdapat juga barisan aktiviti baharu untuk SCPW tahun ini, seperti Demonstrasi ProTech, yang membolehkan pengusaha industri mempelajari tentang teknologi-teknologi Mekanikal, Elektrik dan Kerja Paip (MEP) terkini dalam pasaran serta menyaksikan demonstrasi langsung perkhidmatan bangunan pembinaan menerusi modul-modul MEP yang diprapasang siap.

Selain itu, bengkel Pencapaian Projek PPVC Berkualiti Tinggi sulung akan mempamerkan kemasan seni bina yang produktif dan berkualiti tinggi selain perkongsian industri tentang amalan terbaik dan juga pengalaman dalam menghasilkan kerja pembinaan berkualiti tertinggi dengan menggunakan Pembinaan Volumetri Prapasang Siap dan Prasiap (PPVC).

Akhir sekali, bengkel Perspektif Serantau terhadap Pembinaan DfMA akan menyediakan satu platform untuk firma-firma Singapura dan delegasi antarabangsa mempelajari tentang perkembangan terkini teknologi-teknologi DfMA di rantau ini. Ia juga bertindak sebagai platform perangkaian untuk firma-firma menjalin hubungan perniagaan baharu dan meninjau peluang-peluang perniagaan luar negara.

Gambaran umum SCPW 2017 dan aktiviti-aktiviti yang ditempatkan bersama boleh dilihat di sini.

Sila layari www.buildtechasia.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang BuildTech Asia 2017 dan aktiviti-aktiviti yang ditempatkan bersama

Gambaran umum pihak penganjur boleh dilihat di sini.

[1] Laporan "Smart Building Market – Global Forecast to 2022 (Pasaran Bangunan Pintar - Ramalan Global menjelang tahun 2022)" oleh ReportsnReports
[2] Laporan oleh BMI Research

Dikeluarkan oleh Lembaga Bangunan dan Pembinaan serta Singapore Press Holdings Limited (Nombor Pendaftaran Syarikat 198402868E)

Hubungi:

Sphere Exhibits Pte Ltd
Rabita Jamal
Pengurus Kanan, Pemasaran Perdagangan
Sphere Exhibits Pte Ltd
+65-6319-1675
rabitaj@sph.com.sg

Vanni Cheong
Penolong Pengurus, Komunikasi Korporat & Tanggungjawab Sosial Korporat
Singapore Press Holdings
+65-6319-1553
cvanni@sph.com.sg   

Ejen media:
Sherlyn Chen
Pengasas
The Word Assembly
+65-91765403
sherlyn@thewordassembly.com   

Source: Sphere Exhibits Pte Ltd
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Trade show news