omniture

Eva Herzigova Dipilih untuk GERRY WEBER - Koleksi Kapsul Baharu

Gerry Weber International AG
2017-10-06 04:17 1222

HALLE, Jerman, 6 Oktober 2017 /PRNewswire/ -

Saat yang ditunggu telah tiba, tepat pada waktunya untuk permulaan musim gugur - GERRY WEBER sedang membawakan Koleksi Kapsul yang mewah dan eksklusif dengan supermodel antarabangsa Eva Herzigova. Edisi Kapsul yang terhad ini terdiri daripada tiga Gaya dan sejumlah tujuh item, yang mewakili Gaya Hidup Premium dan menekankan nilai jenama GERRY WEBER: FEMININ - GAYA KASUAL  - MENGILHAMKAN. 

generated by system

generated by system

Ketiga-tiga Gaya menggabungkan keanggunan abadi dengan elemen gaya canggih - sesuai untuk mempamerkan keperibadian pemakai. Reka bentuk eksklusif melambangkan santai dan  joie de vivre, walaupun pada bulan-bulan yang lebih sejuk - koleksi gaya yang unik dan mewah yang bergabung antara satu sama lain dengan hebat termasuklah dengan seluruh almari pakaian anda. Jaket bercorak, kemeja yang dihias dengan hiasan yang bergemerlapan dan baju panas sarung bercorak ular yang diperbuat 100% Kashmir digabungkan dengan seluar dalam rupa penunggang motosikal. Jumper leher-polo yang bergaya dengan kesan metalik menyerlahkan setiap pakaian, dan pakaian baldu hitam ialah gaya klasik yang ideal untuk bulan-bulan musim sejuk. Kot berwarna kelabu yang dipadankan dengan bulu palsu pastinya mencuri perhatian, pemakainya akan kelihatan hangat dan bergaya sepanjang musim sejuk. Terokai sendiri item kegemaran Eva Herzigova dan inspirasikan diri anda dengan kerjasama GERRY WEBER yang luar biasa ini!

Koleksi Kapsul yang baharu daripada GERRY WEBER akan dijual bermula dari 6 Oktober 2017 di kedai-kedai terpilih di Jerman, secara atas talian di gerryweber.com dan di kedai-kedai khas yang terpilih di luar negara.

Pautan ke filem dan imej: http://bit.ly/2gNm2YQ  

Latar belakang GERRY WEBER Group 

GERRY WEBER International AG yang mempunyai ibu pejabat syarikat di Halle/Westfalen ialah syarikat global yang menyatukan lima jenama yang terkenal di bawah satu bumbung: GERRY WEBER, TAIFUN, SAMOON, talkabout dan HALLHUBER. Sejak ditubuhkan pada tahun 1973, GERRY WEBER International AG, disenaraikan pada indeks SDAX Jerman, telah berkembang menjadi salah satu syarikat fesyen dan gaya hidup yang terkenal dengan sekitar 1,260 kedai jenama dan kedai jualan di seluruh dunia (yang mana 376 HALLHUBER), lebih daripada 2,450 unit kedai dan 270 kedai francais, serta kedai jenama atas talian di sembilan negara. Kumpulan ini dan 6,900 kakitangannya di seluruh dunia (sekitar 2,000 HALLHUBER) mempunyai struktur pemasarannya yang mudah dilaksanakan di sekitar 60 negara dan dianggap sebagai salah satu kumpulan fesyen terbesar di Jerman (pada April 2017)._

GERRY WEBER Group mencatatkan perolehan kumpulan sebanyak 900.8 juta EUR untuk tahun kewangan 2015/16 (1 November 2015 hingga 31 Oktober 2016).

gerryweber.com

White Communications GmbH
Lorina Krüger
Telefon: +49-89-360-766-71
Mel: krueger@white.de
Rosenheimerstr. 145e
81671 Munich
Germany

Sandra Rauchenberger
+49-89-360-766-42
rauchenberger@white.de
Rosenheimerstr. 145e
81671 Munich

 

Source: Gerry Weber International AG
Keywords: Fashion Retail Licensing/marketing agreements New products/services