omniture

Badminton Asia Melantik E-Plus sebagai Rakan Strategik

E-Plus Global Sdn Bhd
2017-10-06 04:33 1602

Agensi Pengurusan Acara Berpangkalan di Malaysia Peroleh Hak Komersial dan Organisasi untuk Pertandingan Serantau

KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Badminton Asia menandatangani perjanjian dengan agensi pengurusan acara, E-Plus Global Sdn Bhd (E-Plus), melantik syarikat itu sebagai rakan strategik konfederasi tersebut. Upacara penandatanganan antara Anton Aditya Subowo, Presiden Badminton Asia, dan Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus, menandakan satu kejayaan baharu bagi kedua-dua pihak untuk meningkatkan jangkauan sukan di rantau ini.

"Kerjasama kami dengan E-Plus adalah berdasarkan kepercayaan sesama dalam pembangunan idea-idea dan program-program bagi memenuhi keperluan pemain badminton di semua peringkat. Ini juga merupakan sebahagian daripada matlamat kami untuk membantu persekutuan-persekutuan kebangsaan di Asia dalam mengukir bakat untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan datang. E-Plus dilengkapi dengan pengalaman luas dalam promosi, penganjuran dan pembangunan acara-acara sukan, dan saya yakin bahawa pelantikan ini akan meningkatkan lagi nilai kami di Asia," kata Anton.

Pelbagai program dari peringkat akar umbi di sekolah-sekolah dan akademi sehingga peringkat junior dan senior serantau serta pertandingan veteran dan elit akan dilaksanakan secara berperingkat. Program peningkatan secara menyeluruh ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan badminton di platform yang lebih luas.

Andrew menyatakan kegembiraannya dalam perkongsian strategik ini. "Saya dibesarkan dalam keluarga yang menyukai badminton. Peluang membina komuniti di rantau ini, terutamanya dengan kedudukan teratas dunia yang didominasi oleh negara Asia, akan meningkatkan sukan ini dengan lebih meluas. Kami berharap agar lebih banyak peminat dan penggemar akan terus menyokong program kami dan menjadikan Asia sebuah hab untuk latihan badminton di semua peringkat."

Beliau juga menyatakan bahawa sukan popular di Asia ini boleh dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat dan pelbagai jenama untuk meningkatkan pendedahan dan kesedaran produk mereka. "Peminat Badminton di seluruh dunia akan menantikan program dan kejohanan yang akan dilaksanakan. Syarikat dan jenama yang berminat untuk meneroka peluang untuk dikaitkan dengan sukan ini boleh menghubungi kami di enquiry@eplusglobal.com."

Ditubuhkan pada 2004, E-Plus telah membina namanya yang kukuh dalam promosi, penganjuran dan pembangunan acara sukan yang disokong oleh pelbagai persekutuan antarabangsa di seluruh dunia. Syarikat ini memegang hak untuk pelbagai portfolio genre sukan termasuk duatlon, maraton, renang, larian jejak, bola tampar, sukan permotoran dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Badminton Asia di www.badmintonasia.org atau E-Plus di www.eplusglobal.com.

Source: E-Plus Global Sdn Bhd
Keywords: Publishing/Information Service Sporting Events Sports Contracts