omniture

Generali baik pulih pusat tumpuan Venice dengan pelancaran inisiatif komuniti global, THE HUMAN SAFETY NET

Generali Group
2017-10-06 06:03 1096

VENICE, Itali, 6 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

Procuratie Vecchie, bangunan bersejarah Generali di Venice, akan membuka pintunya setelah dibaik pulih oleh arkitek yang tersohor di dunia David Chipperfield untuk menjadi hab The Human Safety Net.

generated by system

Satu gerakan global yang menghubungkan komuniti-komuniti seluruh dunia bagi mewujudkan jaringan 'saling membantu antara satu sama lain'.

Generali Group, salah sebuah syarikat insurans yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran global The Human Safety Net, satu inisiatif baharu yang penting untuk membantu beberapa komuniti paling lemah di seluruh dunia. The Human Safety Net, yang dikuasakan oleh Generali, terbuka kepada pakatan dan perkongsian bersama individu dan organisasi yang sealiran.

Meningkatkan dan melindungi kehidupan orang ramai

The Human Safety Net adalah berasaskan idea bahawa komuniti yang 'saling membantu antara satu sama lain' boleh membawa perubahan yang berterusan, serta mewujudkan kesan riak yang positif. Ia memperlihatkan komitmen Generali untuk menyumbang ke arah masyarakat yang sihat, berdaya tahan dan mampan yang membolehkan orang ramai meningkat maju dan berkembang ke tahap potensi penuh mereka.

Program-program ini menyasarkan isu-isu sosial penting yang memberi kesan kepada masyarakat di kawasan kita tinggal dan bekerja, termasuk: mewujudkan peluang hidup yang sama untuk kanak-kanak daripada latar belakang yang kurang bernasib baik; menyokong syarikat baharu pelarian; dan menyelamatkan bayi baru lahir daripada akibat asfiksia yang melemahkan dan boleh membawa maut. Semua program mempunyai matlamat yang sama: menonjolkan potensi individu kurang bernasib baik agar mereka dapat mengubah kehidupan mereka, keluarga mereka dan juga komuniti mereka.

Projek pemulihan besar-besaran untuk menghubungkan semula dan memulihkan kembali Piazza San Marco

Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjangnya, Generali akan membangunkan sebuah pusat untuk The Human Safety Net di salah satu aset hartanah paling berharga: Procuratie Vecchie di Piazza San Marco yang ikonik di Venice. Sebagai sebuah bandar dengan status Tapak Warisan Dunia UNESCO dan sinonim dengan imaginasi, kebijaksanaan dan keterbukaan, Venice merupakan pusat tumpuan yang ideal untuk The Human Safety Net.

Generali akan melaksanakan usaha pemulihan unik untuk Procuratie Vecchie yang akan mengumpulkan bahagian-bahagian lain daripada dataran tersebut serta Taman Diraja. Setelah siap, ia akan mewujudkan semula laluan bersejarah dan laluan keluar masuk untuk Piazza San Marco.

Generali melantik arkitek terkenal David Chipperfield untuk membaik pulih bangunan, mengaplikasikan pendekatan dan kepekaan yang akan mendayakan transformasi penuh hormat terhadap Procuratie Vecchie yang agung menjadi pusat The Human Safety Net yang bertenaga. Procuratie Vecchie akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan ilham daripada program, bertukar-tukar idea dan menawarkan diri untuk bertindak secara kolektif. Hab ini akan menganjurkan pameran awam dengan kerap, acara dan perbincangan mengenai cabaran sosial dan demografi yang mendesak bermula dengan kemiskinan hinggalah kepada migrasi.

Philippe Donnet, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Group: "Keindahan Venice menjadi sumber inspirasi untuk dunia dan Generali amat berbangga dapat memperkayakan warisan bandar ini dengan membaik pulih kawasan Piazza San Marco. Dengan membuka Procuratie Vecchie kepada orang awam buat julung kalinya sejak hampir lima abad lamanya, kami mencipta ruang yang baharu dan bertenaga yang membolehkan orang ramai bertemu untuk membincangkan beberapa isu sosial dan global masa kini yang paling mendesak.

"Kami berterima kasih kepada pihak berkuasa Venice atas sokongan mereka dalam usaha ini. Venice telah sekian lama menjadi persimpangan antara budaya-budaya berbeza dari seluruh dunia, dan kami berharap dapat meneruskan tradisi ini melalui The Human Safety Net dan gerakan kami iaitu 'saling membantu antara satu sama lain'. David Chipperfield Architects ialah pilihan yang dijangkakan disebabkan oleh cinta beliau terhadap Venice dan visi yang sama terhadap pemulihan yang koheren dari segi seni bina dan sosial."

David Chipperfield, Ketua David Chipperfield Architects: "The Human Safety Net dan pusatnya di Venice, sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan budaya, menyatukan antara ilmu pengetahuan dan inspirasi demi kebaikan bersama. Saya berbesar hati dapat bekerjasama dalam projek koheren secara seni bina dan sosial ini, yang akan menyampaikan dan menghubungkan idea serta orang ramai di seluruh dunia. Dengan menjalin kerjasama erat bersama Generali, kami mempunyai visi untuk mengubah Procuratie Vecchie menjadi ruang yang lebih aktif dan terhubung, yang mencakupi misi global The Human Safety Net, sambil mengekalkan keindahan bermaruah dan sejarah bangunan ini."

Tiga program 

The Human Safety Net for Families menggalakkan peluang hidup yang sama rata untuk kanak-kanak yang membesar dalam kemiskinan. The Human Safety Net akan memberi sokongan kepada 30,000 ibu bapa selama enam tahun pertama tempoh membesar anak-anak mereka, yang terbukti secara saintifik sebagai tempoh paling formatif. Tahun-tahun ini membentuk pencapaian kanak-kanak di sekolah, tahap kesihatan mereka dan laluan kerjaya masa depan mereka.

The Human Safety Net for Refugee Start-Ups mengambil pendekatan berbeza bagi membendung krisis pelarian di Eropah dengan memperkasa para pelarian untuk merealisasikan potensi keusahawanan mereka dan membina kehidupan di negara 'kediaman' baharu mereka. Program ini bertujuan untuk membantu pelarian memulakan 500 perniagaan baharu, mencipta pekerjaan dan peluang untuk bekerja.

The Human Safety Net for Newborns bekerjasama dengan komuniti perubatan dan ibu bapa bagi meningkatkan kaedah pencegahan dan rawatan terhadap keadaan kelahiran yang memudaratkan, digelar sebagai asfiksia. Asfiksia menyebabkan ramai bayi cacat sepanjang hidup mereka dan boleh menyebabkan kematian yang tragis. Program ini bertujuan untuk melatih golongan profesional dan melengkapi mereka dengan teknologi inovatif, bagi membantu menyelamatkan 1000 nyawa daripada keadaan yang boleh membawa maut ini.

Kakitangan Generali dari seluruh Syarikat menghantar lebih 300 idea untuk projek komuniti kepada The Human Safety Net. Ketiga-tiga program yang dipilih ini berkongsi tujuan yang sama untuk merungkai potensi individu yang kurang bernasib baik. Generali bermatlamat untuk menghubungkan seluruh organisasinya dalam inisiatif ini, selain menginspirasikan pelanggan, individu yang sealiran dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkolaborasi. Jaringan 'saling membantu antara satu sama lain' merupakan prinsip utama The Human Safety Net.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi TheHumanSafetyNet.org

Laman sesawang: http://www.thehumansafetynet.org

Twitter: http://www.twitter.com/HumanSafetyNet   

Instagram: http://www.instagram.com/TheHumanSafetyNet

Ikuti hashtag #THSNVenice

Facebook: http://www.facebook.com/TheHumanSafetyNet

Latar Belakang Generali Group 

Ditubuhkan pada tahun 1831, Generali Group merupakan antara syarikat insurans yang terkemuka di dunia dan beroperasi di lebih 60 negara dengan jumlah pendapatan premium melebihi € 70 bilion pada tahun 2016. Menggaji lebih 74,000 kakitangan di dunia dan mempunyai 55 juta pelanggan, Syarikat memiliki kedudukan utama di Eropah Barat dan semakin mendapat tempat yang penting dalam pasaran-pasaran Eropah Tengah dan Timur serta Asia. Pada tahun 2017, Generali Group tersenarai antara syarikat paling mampan di dunia menerusi penarafan Corporate Knights.

Venice kekal sebagai bandar penting untuk Generali selama 185 tahun, sejak kami pertama kali membuka pejabat di Procuratie Vecchie pada tahun 1832, dan kemudiannya memilih Lion of St Mark sebagai simbol syarikat. Warisan yang lama ini mengukuhkan komitmen kami untuk menyumbang kepada masa depan bandar ini yang lebih baik selain di negara-negara kami beroperasi.

 

Source: Generali Group
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Children-related news Corporate Social Responsibility New products/services