omniture
BLINK
2017-10-09 11:30 1043

Firma rekaan Asia menetapkan rancangan untuk dekad yang akan datang dengan portfolio hospitaliti mewah yang berkembang dan pengambilalihan terkini Jaya Interior Design Business

SINGAPURA, 9 Oktober 2017 / PRNewswire / - Scenario perhotelan mewah Asia telah mengalami pertumbuhan luar biasa dalam dua dekad yang lalu. Sebuah firma rekaan telah memperluaskan kehadirannya secara senyap-senyap dan kini muncul sebagai penggerak utama dalam industri. Berpangkalan di Asia namun mempunyai perspektif antarabangsa, kejayaan BLINK diasaskan dalam falsafahnya untuk mencipta pengalaman yang ditempah khas dan unggul melalui rekaan.

Sedia untuk menjadi penggiat yang meningkat naik dalam rekaan hospitaliti mewah, BLINK baru-baru ini memperoleh Jaya Design Design Business (JID). Firma butik, yang diasaskan oleh legenda Jaya Ibrahim, menghadapi masa depan yang tidak menentu berikutan kematian mendadak Ibrahim pada tahun 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Clint Nagata dan Rengy John mempertimbangkan tempoh yang mengujakan bagi firma ini dan mengenal pasti trend yang membentuk sektor hospitaliti mewah:

Mengapa BLINK memperoleh JID?

CLINT NAGATA: Sudah terbukti bahawa Jaya Ibrahim ialah salah satu suara terkemuka dalam rekaan Asia, namun secara peribadi, mendiang ialah sahabat saya dan saya banyak belajar daripadanya. Kami telah lama mengagumi sumbangannya kepada rekaan vernakular Asia, mentakrifkannya dengan cara yang begitu menarik sehingga ia tersohor di seluruh dunia. Dalam mengikuti karyanya selama bertahun-tahun, kami mendapati bahawa kami mempunyai pendekatan yang sama untuk rekaan dan berkongsi penghayatan rekaan yang malar dan elegan. Kami ingin mencari cara untuk memelihara warisannya dan memastikan falsafah rekaannya diteruskan di masa depan.

Selepas pemerolehan JID, apakah masa depan untuk jenama ini?

RENGY JOHN: Pasukan dan portfolio JID akan disatukan dengan BLINK dan kedua-dua entiti ini akan beroperasi sebagai satu entiti di bawah  BLINK Design Group (BDG). Penting bagi kami untuk mengadun etos rekaan Jaya yang luar biasa ke dalam amalan kami sambil mengukuhkan perkhidmatan bersepadu BLINK yang merangkumi perancangan induk, reka bentuk bangunan dan dalaman. Dengan rangkaian luas kami dan jejak yang semakin meningkat di ruang hospitaliti mewah, kami dapat memberi penghormatan kepada warisannya dengan memastikan projek-projek yang tergendala diselesaikan. Kami melihat ini sebagai penghormatan yang besar dan kami mengambil tanggungjawab ini dengan rendah hati.

BLINK baru sahaja merayakan ulang tahun ke-10nya. Apakah masa depan syarikat ini? 

CN: Banyak perkara yang telah berlaku dalam tempoh 10 tahun. Kami bangga  BLINK telah memperoleh tempatnya di peringkat elit syarikat rekaan hospitaliti mewah. Hari ini kami bekerja di lima benua dengan jenama hotel terkemuka di dunia. Meskipun kami menantikan pembukaan Capella Shanghai tahun ini, tahun depan akan menyaksikan penyempurnaan Ritz-Carlton Jiuzhaigou, Six Senses Uluwatu dan Princes' Palace Resort, Istanbul.

Apakah masa depan hospitaliti mewah dan apakah peranan yang akan dimainkan BLINK?

RJ: Kini banyak perkara berkisar tentang 'pengalaman'. Kami berharap dapat mendefinisikan semula hospitaliti mewah dengan mewujudkan destinasi yang merangkumi intipati pengalaman perjalanan. Dengan visi, kemahiran dan sensitiviti, kita menjalinkan perkara yang nyata dengan yang tidak ketara. Ini bermakna mengekspresikan budaya dan warisan tempatan yang beraneka dengan impian pelanggan dan nilai dan harapan tetamu mereka. Dalam mereka pengalaman yang melibatkan semangat, mengganjari deria dan menyemarakkan imaginasi, kami akan terus menawarkan kepada tetamu salah satu kemewahan terbesar: terpana oleh keindahan pengalaman itu sendiri.

LATAR BELAKANG BLINK

BLINK Design Group (BLINK) percaya bahawa setiap kisah pelanggan layak mendapat tempat yang tidak dapat dilupakan.

Diilhamkan oleh naluri tunggal dan kepakaran kolektif, BLINK mencipta hotel dan resort yang unik dan berjaya untuk pelanggan mereka, serta pengalaman hebat untuk para tetamu mereka. Hasil rekaan mereka sentiasa asli dan mesra, berpusat pada keunikan setiap lokasi tertentu. Meraikan ulang tahun kesepuluhnya, BLINK beroperasi di Bangkok, Singapura, New Delhi, dan Shanghai. Syarikat kelahiran Asia ini menyediakan gabungan perkhidmatan bersepadu - perancangan induk, reka bentuk bangunan, dan rekaan dalaman - hotel mewah, pusat peranginan, restoran, kelab, spa, dan kediaman untuk jenama global terkemuka di destinasi yang paling diingini di dunia. www.blinkdg.com

Hubungan Media:
Nicole.Koo@catchonco.com
T: +852 2807-0233

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20171009/1954992-1LOGO

Source: BLINK
Keywords: Banking/Financial Service Hotels and Resorts Travel Acquisitions, mergers, takeovers