omniture

VNL Lancarkan ResQMobil

Vihaan Networks Ltd (VNL)
2017-10-09 12:57 955

NEW DELHI, 9 Oktober 2017 /PRNewswire / -

"Pelancaran dunia ResQMobil, komunikasi mudah alih kecemasan, sistem pencarian dan penyelamatan boleh alih VNL berlangsung di Kongres India Mobile 2017" 

Oleh sebab rangkaian komunikasi awam merupakan mangsa pertama dalam kebanyakan bencana, responder pertama dan agensi keselamatan awam memerlukan sistem komunikasi khusus yang didirikan di tapak bencana dalam tempoh beberapa jam, untuk meminimumkan impak bencana. ResQMobil VNL ialah penyelesaian bersepadu yang membantu respons kecemasan di kawasan yang terlibat dengan menyediakan sambungan Suara, Video & Data dengan sambungan terbina dalam VSAT dalam tempoh kurang daripada satu jam.

ResQMobil bukan sahaja menyediakan rangkaian komunikasi segera tetapi juga boleh membantu mencari mangsa melalui isyarat mudah alih, dan antara muka dengan rangkaian radio yang berbeza untuk memberikan maklumat yang boleh diambil tindakan kepada pihak berkuasa. Ia direka untuk berfungsi dalam semua jenis bencana dan boleh diterbangkan ke tapak dengan segera.

ResQMobil menyediakan barangan berikut di dalam trelernya:

  1. Rangkaian-dalam-satu-kotak GSM dengan BTS bersepadu, BSC, MSC, SMSC dan sebagainya untuk mewujudkan rangkaian komunikasi bebas, dengan serta-merta.
  2. Pelokasi Mangsa Kecemasan untuk membantu mencari orang, yang mungkin terperangkap, tertanam atau hilang, dengan mengesan telefon bimbit.
  3. Get Laluan Universal untuk menampung komunikasi atas pelbagai platform, contohnya, HF, VHF, UHF ke rangkaian mudah alih atau PSTN.
  4. Rangkaian Selular Sementara untuk sambungan ke dunia luar dengan angkut balik yang tersedia, diupayakan melalui pengaturan dengan para pengendali. Dalam konteks ini, VNL telah bekerjasama dengan BSNL, pengendali milik negara di India, untuk menyediakan perkhidmatan bantuan bencana di India, SAARC dan negara-negara lain.

ResQMobil disasarkan kepada agensi pengurusan bencana global seperti Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional (NDMA), Pasukan Bantuan Bencana Kebangsaan (NDRF) dan lain-lain.

Bercakap pada majlis itu, Pengerusi Pengasas VNL Encik Rajiv Mehrotra berkata, "Melihatkan kepada bencana alam yang telah melanda dunia baru-baru ini, kami komited untuk membantu pasukan responder pertama dan agensi keselamatan awam dalam memulihkan sambungan dan meminimumkan impak bencana dengan Penyelesaian ResQMobil kami. Kami berbangga untuk dikaitkan dengan BSNL, rakan kongsi kami. "

Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati http://www.vnl.in atau hubungi +91-1242657600. 

Latar Belakang VNL 

Selain daripada membangunkan rangkaian yang dapat dikendalikan dengan cepat untuk situasi bencana dan kecemasan, VNL yang berpangkalan di India mereka bentuk, mengeluarkan dan mengendalikan penyelesaian mampan, mudah alih dan jalur lebar untuk lokasi luar bandar dan terpencil. Ia juga menghasilkan platform komunikasi yang selamat untuk pihak keselamatan negara, komunikasi dan pusat industri terpencil. Usaha rintis VNL telah mendapat pujian ramai dan memenangi beberapa penghargaan.

URL Video: https://www.youtube.com/watch?v=dgBwOJdh54o

Fotografi ResQMobil: http://www.vnl.in/media/5178/resqmobil-trailer.png

Hubungan media:
Shashwat Nagpal
Ketua - Pemasaran & Komunikasi
Mudah alih: +91-9871579846
shashwat.nagpal@vnl.in

Source: Vihaan Networks Ltd (VNL)
Keywords: Computer Software Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news