JAKARTA, Indonesia, 9 Oktober 2017 /PRNewswire/ - Warga Jakarta yang sedang menghiasi rumah dan tercari-cari perabot yang terbaik dengan rekaan yang paling indah untuk menghiasi rumah, anda tidak perlu lagi bersusah payah: Perabot Hebat Buatan Chengdu, sebuah pameran yang dibawa kepada anda oleh Biro Promosi Perniagaan dan Pelaburan Chongzhou Chengdu, China diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta dari 5 hingga 8 Oktober.
Seperti namanya, pameran ini membawakan syarikat-syarikat perabot Cina terbaik dan terbesar dari Chongzhou, sebuah bandar raya peringkat daerah di bawah bidang kuasa Chengdu, China. Sembilan syarikat dan jenama, termasuk Quanyou dan M & Z Furniture, mempamerkan produk mereka di pameran ini, yang menampilkan reka bentuk yang berkualiti tinggi dan inovatif.
Pameran ini menyajikan perabot gaya Cina yang unik yang dihasilkan dengan pematuhan piawaian antarabangsa. Ia telah menjadi platform bagi produk kediaman Chengdu untuk membuat pameran di Jakarta sejak beberapa tahun yang lalu. Selain Quanyou dan M & Z Furniture, banyak jenama lain turut mempamerkan produk mereka pada edisi acara pameran yang terdahulu, sebilangan daripadanya merupakan barisan senarai 10 jenama perabot terkemuka Cina.
Selain penggiat-penggiat utama ini, Himu juga mencuri perhatian, sebuah bengkel perabot kerja yang baru muncul yang menerajui trend produk perabot rumah DIY dan aplikasi inovatif teknologi yang membolehkan orang ramai memasang dan meleraikan perabot rumah tanpa memerlukan perkakasan yang rumit.
Bukan sahaja mempamerkan produk mereka, jenama-jenama di pameran ini juga menyasarkan untuk menarik para peniaga Indonesia bagi mengembangkan peluang perniagaan mereka ke pasaran Asia Tenggara.
Chongzhou merupakan tapak bagi lebih 300 perusahaan kediaman, yang memberikan pekerjaan kepada lebih 40,000 pekerja. Industri perabot mempunyai kesan berganda yang besar kerana ia juga melibatkan pembekal bahan, logistik, ejen dan pusat pameran yang sangat besar.
Industri-industri sokongan ini bukan sahaja membantu pengeluar perabot mengoptimumkan kos dan kecekapan, tetapi juga mewujudkan ekosistem yang ideal, menjadikan nilai bersih industri perabot berpangkalan di Chongzhou ini bernilai lebih daripada US $ 1.3 bilion.
Syarikat perabot dan kediaman dari Chengdu mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global, dengan beberapa syarikat telah mencapai kejayaan, termasuk Quanyou dan M & Z Furniture yang baru-baru ini menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan mereka di Milan, Itali, pusat reka bentuk global. Syarikat-syarikat ini juga meneroka wilayah pasaran yang belum diteroka di Asia Tenggara, khususnya di sepanjang laluan perdagangan Laluan Sutera Cina yang lama.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171006/1960421-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171006/1960421-1-b