omniture

IndiGrid Luluskan Pemerolehan Tiga Aset Transmisi Kuasa

IndiGrid
2017-10-10 11:22 762

MUMBAI, India, 10 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

Sorotan Utama:  

  • AUM IndiGrid akan meningkat sebanyak 40% selepas pemerolehan ini  
  • Pengagihan tahunan akan meningkat sebanyak 4% daripada INR 11.00 kepada 11.44 seunit 
  • Hasil tersirat akan meningkat daripada 11.6%* kepada 12.1%*  

*berdasarkan harga penutupan INR 94.93/ unit pada 6 Oktober 2017  

IndiGrid, Amanah Pelaburan Infrastruktur pertama India dalam sektor kuasa, meluluskan pemerolehan tiga aset transmisi kuasa daripada penajanya Sterlite Power Grid Ventures Ltd pada nilai INR 14.9 bilion. Pemerolehan ini membawa kepada peningkatan AUM sebanyak 40%, daripada INR 38 bilion kepada INR 53 bilion.

Ketiga-tiga aset ini terdiri daripada 5 talian transmisi yang berjumlah 1,425 ckms, meningkatkan jumlah portfolionya kepada 13 talian transmisi dan 2 substesen merentasi 8 negeri.

Aset-aset antara negeri ini dianugerahkan secara kekal mengikut Model Bina, Miliki, Kendali dan Senggara melalui pembidaan kompetitif. Aset-aset ini mempunyai hayat kontrak berbaki panjang selama 34 tahun dan dikendalikan di bawah mekanisme Titik Sambungan di India, oleh yang demikian mengurangkan risiko pendapatan dengan ketara.

Mengulas tentang pemerolehan ini, En. Pratik Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif, IndiGrid berkata, "Ketiga-tiga pemerolehan ini mengesahkan lagi komitmen kukuh kami untuk memperluas platform IndiGrid melalui transaksi akretif terhadap aset-aset transmisi pengendalian kuasa, yang mempunyai aliran tunai jangka panjang dan risiko rakan niaga yang rendah. Kami akan meneruskan semua peluang pertumbuhan yang sedemikian, termasuk aset-aset pihak ketiga."

Pemerolehan yang dicadangkan ini akan dibiayai sepenuhnya melalui hutang bagi memanfaatkan kemudahan peminjaman yang disediakan. Aset-aset ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti aset-aset sedia ada IndiGrid yang diberi nilai AAA. Pemerolehan ini akan meningkatkan hutang IndiGrid kepada nisbah aset daripada 26% kepada hampir 49%.

Transaksi ini tertakluk kepada pengawalseliaan biasa dan kelulusan pemegang unit dan dijangka selesai pada Suku Pertama Tahun Semasa 2018.

Butiran Pemerolehan:  

a.  RAPP Transmission Company Limited: Satu talian transmisi antara negeri litar berkembar 400 KV bagi 403 litar kms di negeri-negeri Rajasthan dan Madhya Pradesh. Talian tersebut telah dibangunkan pada Februari 2016.

b.  Purulia & Kharagpur Transmission Company Limited: Dua talian transmisi antara negeri 400 kV bagi 545 litar kms di negeri-negeri Bengal Barat dan Jharkhand. Satu talian dibangunkan pada Jun 2016 manakala satu lagi talian dibangunkan pada Januari 2017.

c.  Maheshwaram Transmission Limited: Dua talian transmisi antara negeri 400 kV bagi 477 litar kms di negeri Telangana. Satu talian dibangunkan pada September 2017 manakala satu lagi talian dijangka akan dibangunkan pada Oktober 2017.

Latar Belakang IndiGrid: 

IndiGrid ialah Amanah Pelaburan Infrastruktur("InvIT") pertama yang ditubuhkan untuk memiliki aset-aset transmisi kuasa antara negeri di India. IndiGrid memiliki 10 elemen penjanaan pendapatan bebas, termasuk 8 talian transmisi 1,936 ckms dan 2 substesen dengan kapasiti sebanyak 6,000 MVA. InvITs merupakan jentera pelaburan untuk memiliki kebanyakan aset infrastruktur operasi di India dan serupa dengan Amanah Pelaburan Hartanah ("ReIT"), Yieldcos dan perkongsian terhad induk ("MLP"). Untuk butiran lanjut, sila layari http://www.indigrid.co.in.

Untuk butiran lanjut hubungi:
Media: corpcomm@indigrid.co.in
Perhubungan Pelabur: Investor.relations@indigrid.co.in

Source: IndiGrid
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Acquisitions, mergers, takeovers