omniture

Mandarin Orchard Singapore Dinobatkan Hotel Bandar Terbaik di Singapura sempena Anugerah Pelancongan TTG Tahunan ke-28

Mandarin Orchard Singapore
2017-10-11 11:53 1299

SINGAPURA, 11 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Mandarin Orchard Singapore hotel terkenal bagi Meritus Hotels & Resorts muncul "Hotel Bandar Terbaik - Singapura" di bawah kategori Penyedia Perjalanan di Anugerah Perjalanan Tahunan TTG 2017 yang ke-28 yang telah berlangsung baru-baru ini.

Arief Yahya, Menteri Pelancongan, Indonesia dan Darren Ng, Pengarah Urusan, TTG Asia Media menyampaikan penghargaan Hotel Bandar Terbaik - Singapura kepada Jennifer Chin, Penolong Pengurus Eksekutif Mandarin Orchard Singapore
Arief Yahya, Menteri Pelancongan, Indonesia dan Darren Ng, Pengarah Urusan, TTG Asia Media menyampaikan penghargaan Hotel Bandar Terbaik - Singapura kepada Jennifer Chin, Penolong Pengurus Eksekutif Mandarin Orchard Singapore

Dianjurkan oleh TTG Asia, Anugerah Perjalanan TTG memberi penghargaan kepada yang terbaik dalam perdagangan perjalanan Asia-Pasifik, dengan pembaca TTG Asia, TTG China, TTG India, TTGmice, TTG-BTmice China, TTGassociations dan TTG Asia Luxury mengundi untuk  organisasi perjalanan  dan perdagangan kegemaran mereka.

Ini merupakan kali keenam Mandarin Orchard Singapura menerima anugerah berprestij ini, pertama kali merangkul gelaran pada 2010 dan kemudian berturut-turut dari tahun 2013 hingga 2017.

"Kami amat berbesar hati dianugerahi Hotel Bandar Terbaik di Singapura tahun ini. Penghargaan ini menyemarakkan keazaman dan dedikasi kami untuk terus mengotakan janji jenama Asia Grace, Warmth and Care (Kesantunan, Keramahan dan Keprihatinan Asia), seperti yang telah kami lakukan sejak tahun 1971," kata Jennifer Chin, Penolong Pengurus Eksekutif, Mandarin Orchard Singapore.

"Kami ingin berkongsi anugerah ini dengan pelanggan setia kami, rakan kongsi industri, dan semua orang dalam pasukan Mandarin Orchard Singapore yang semangat, tekad dan kerja kerasnya membawa kami ke kedudukan kami hari ini."

Beliau menyimpulkan bahawa dengan memastikan keseimbangan antara memacu inovasi dan memenuhi keperluan tetamu, "kami berusaha untuk terus menetapkan piawaian baharu dalam hospitaliti Asia."

Di Mandarin Orchard Singapore, para tetamu menemui semula keseronokan perjalanan dengan ciri-ciri seperti platform filem percuma di mana para tetamu boleh menikmati akses tanpa had kepada pilihan blockbuster Hollywood terbaharu yang beraneka dalam keselesaan bilik mereka, telefon pintar berguna di dalam bilik yang menawarkan panggilan tempatan dan antarabangsa serta data 4G di seluruh pulau dengan percuma, dan pemandangan latar langit 360 darjah yang ditawarkan di Meritus Club Lounge @ Top of the M.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mandarin Orchard Singapore, layari www.meritushotels.com/orchard.

Hubungan Akhbar:

Olivia Woo
Pengurus, Komunikasi Pemasaran
Mandarin Orchard Singapore, by Meritus
T +65 6831 6051
olivia.woo@meritushotels.com

Francine Loh
Eksekutif, Komunikasi Pemasaran
Mandarin Orchard Singapore, by Meritus
T +65 6831 6140
francine.loh@meritushotels.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171006/1959529-1
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160616/8521603966LOGO

Source: Mandarin Orchard Singapore
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel