omniture

Wonderwalls And Amazing Balls - Resorts World Genting lancar mesin winch kekal terbesar di SkySymphony dan pertunjukan LED menakjubkan di SkyAvenue

Resorts World Genting
2017-10-12 08:30 1174

GENTING HIGHLANDS, Malaysia, 12 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Kawasan atrium lapang di sudut tepi SkyAvenue kini menjadi tarikan baharu pengunjung sejak ia dibuka pada penghujung Disember lalu. Terima kasih kepada pertunjukan LED gergasi dan persembahan winch baharu di SkySymphony.

SkySymphony – Satu adegan dari kisah Urban Symphony yang dipamerkan melalui skrin LED gergasi dan pemasangan mesin winch kekal terbesar dengan bola-bola kinetik
SkySymphony – Satu adegan dari kisah Urban Symphony yang dipamerkan melalui skrin LED gergasi dan pemasangan mesin winch kekal terbesar dengan bola-bola kinetik

Pertunjukan skrin gergasi LED itu merupakan satu papan elektronik setinggi tiga tingkat dengan modul LED kecil membentuk satu gelungan paparan skrin yang terbesar di Malaysia.

Skrin terbesar berukuran 25 x 12 meter itu disusun supaya para pengunjung dapat merasakan diri seolah-olah bersama-sama berada di dalam persembahan panoramik dan bunyi.

Mengetuai projek ini ialah Roger Ong yang juga merupakan Penolong Naib Presiden Promosi & Hiburan di Resorts World Genting. Katanya, pihak Resort mahu memberikan sesuatu yang baharu di rantau ini dan mampu membuatkan para pengunjung terpegun. Oleh itu, kami ada lampu, bunyi serta pereka berbincang bagi mencipta konsep pertunjukan tersebut.

Pertunjukan skrin LED ini amat dinamik dan kami boleh memprogramkan apa-apa sahaja asalkan ia menarik. Projek ini bermula pada awal tahun 2016 dengan kos sebanyak RM28 juta.

Pemasangan SkySymphony winch secara tetap di Resorts World Genting merupakan yang pertama seumpamanya di dunia kerana kebanyakan peralatan sepertinya di tempat lain hanya dipasang sementara waktu sahaja.

Tambah Roger, kerjasama ini dilakukan bersama dengan Mac Chan, merupakan seorang pakar pereka konsep dan persembahan secara langsung. Dia juga merupakan pengasas Stage Centre Line Associates Pte Ltd Singapore iaitu syarikat yang bertanggungjawab mereka konsep pertunjukan skrin LED dan winch menjadi kenyataan.

Roger menjelaskan, untuk mendapatkan kesan khas yang diingini, skrin perlu dibentuk bulat membaluti tiang dan gelungan. Ini sahaja caranya  penonton akan melihat satu pertunjukan 'Wow' secara 360 darjah.

Membentuk skrin lengkung 360 darjah adalah sesuatu yang sukar kerana ia perlu menggunakan modul LED lebih kecil bagi memastikan skrin itu cukup besar untuk mencapai kualiti imej jelas yang kami inginkan.

Setiap modul LED dipasang satu demi satu. Kami menggunakan beratus ribu kepingan skrin. Harga bagi sekeping skrin bulat adalah dua kali ganda lebih mahal daripada skrin rata.

Seorang pereka kandungan diambil bekerja bagi mereka secara khusus pengisian persembahan untuk menghasilkan tiga pertunjukan video.

Sebuah syarikat produksi filem dan video dari Singapura, Zhao Wei Films mengambil masa 45 hari bagi mereka konsep visual pertunjukan pertama.

Roger berkata, pelbagai jenis fail dan resolusi berbeza telah diselaras dengan fail kandungan utama. Fail itu kemudian beroperasi menerusi beberapa buah komputer menggunakan sistem kawalan pertunjukan Coolux yang merupakan sistem sama digunakan ketika upacara pembukaan Olimpik.

Hasilnya, ia satu pertunjukan elektronik cukup panoramik, mengasyikkan, bertemakan alam semula jadi yang berlangsung sepanjang hari, membuatkan pengunjung bersantai pada setiap aras SkyAvenue semata-mata mahu menonton persembahan yang memukau mata. Pertunjukan tersebut memberikan inspirasi dan pengunjung perlu menikmati alunan muzik dengan gerak tari pada skrin yang dimainkan.

"Bunyi serta imej adalah sama penting, dan kami perlu memastikan muzik yang digunakan menonjol meskipun dalam persekitaran sibuk penuh riuh-rendah. Di pusat beli-belah kebiasaan hanya terdapat satu pengawal bunyi.

Di SkyAvenue, dengan menggunakan teknologi kawalan bunyi, ia membolehkan kami mengawal serta menetapkan kawalan kelantangan bunyi untuk kawasan yang berbeza. Mikrofon tersembunyi membaca tahap bunyi di beberapa lokasi berbeza dan kemudiannya muzik di kawasan tersebut akan diselaras secara automatik untuk memberikan pengalaman terbaik.

Pemproses muzik kemudian mengasingkan fail kepada nada tinggi, sederhana atau rendah yang kemudiannya disalurkan kepada dua speaker secara berasingan sama ada rendah dan sederhana atau tinggi, kata Roger.

Ramai pengunjung cukup kagum dengan persembahan skrin LED gergasi dan ramai mengambil kesempatan berswafoto atau swafoto bersama. Tarikan terbaharu adalah pertunjukan paparan winch yang terbesar di rantau ini.

Ia diberi nama SkySymphony iaitu satu pertunjukan bola kinetik yang merupakan glob plastik dengan lampu LED di dalamnya. Setiap bola bergerak secara berasingan dengan menggunakan satu kabel yang dipasang pada motor winch bagi mengawal pergerakan naik dan turun bola tersebut.

Kesemua bola bergerak secara menegak mengikut corak yang telah diprogramkan. Setiap bola digantung pada siling setinggi empat tingkat dan kelajuan terpantas yang diprogramkan adalah 17.5 meter dalam enam saat.

Sehingga ke saat ini, pertunjukan itu merupakan yang terbesar melibatkan jumlah bola kinetik yang digunakan dalam persembahan secara kekal. Gabungan skrin LED dan 1,001 bola kinetik menjadikan ia yang pertama seumpamanya di dunia. Semua penceritaan diterjemahkan pada skrin LED manakala bola-bola kinetik bergerak membentuk corak bagi menyokong setiap jalan cerita.

"Sebagai contoh, dalam salah satu pertunjukan itu yang berlatar belakang kehidupan bandar, adegan satu keluarga bangun dari tidur dan bersiap sedia pada hari itu akan dipancarkan pada skrin LED, manakala bola-bola kinetik akan membentuk sebagai matahari. Bola-bola tersebut akan memberikan kesan 3D pada pertunjukan yang kelihatan pada skrin LED, jelas Roger.

SkySymphony merupakan pemasangan winch kekal terbesar dan tarikan multimedia yang pertama di Asia. Buat masa ini, terdapat tiga persembahan utama iaitu The Forest, Urban Symphony dan The Goddess.

The Forest merupakan kisah biopendarcahaya alam semesta di mana spesies unik yang terancam  di Asia Tenggara kembali bernyawa.  Gerakan warna-warni dengan cahaya pendarflour membentuk imej 3D bagi menggambarkan kewujudan populasi haiwan eksotik termasuk harimau dan badak Sumatera, orang utan Borneo, gajah Asia serta burung enggang.

Sementara itu, Urban Symphony pula menceritakan rutin harian dari masa bangun daripada tidur hingga ke tempat kerja. Kisah kehidupan tersebut mengambil tempat dengan iringan muzik menarik menambahkan lagi mood penceritaan.

The Goddess pula diilhamkan oleh sebuah kerajaan magis di atas awan. The Goddess ialah imiginasi penceritaan naratif mengenai keindahan ciptaan. Pelakon digunakan bagi melakonkan watak pencipta yang menjelma menjadi kehidupan sebenar.

Setiap pertunjukan diadakan sepanjang hari dengan persembahan berbeza-beza mengikut masa yang ditetapkan. Ia bermula seawal pukul 10 pagi hingga 6 petang selang dua jam sekali. Selepas pukul 6 petang, pertunjukan akan berlangsung setiap satu jam sekali sehingga tengah malam.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi +603 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171011/1963515-1

Source: Resorts World Genting
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel