omniture

Penyelesaian Penglibatan Pelanggan Avaya Membantu Bank Taiwan Jadi Digital Sepenuhnya

Avaya
2017-10-12 09:00 1016

DUBAI, United Arab Emirates, 12 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

O-Bank jadi bank komersial digital pertama Taiwan, digital dari Hari Pertama

Avaya hari ini mengumumkan teknologi komunikasinya telah membantu O-Bank (Wangdao) menjadi bank digital sepenuhnya pertama di Taiwan, beroperasi sebagai bank dalam talian sepenuhnya. Disokong oleh teknologi Penglibatan Pelanggan pelbagai saluran Avaya - termasuk Avaya Breeze - O-Bank kini khusus semata-mata melayani para pelanggan yang berada di  mana sahaja melalui saluran perbankan dalam talian, video, suara dan lain-lain.

generated by system

Sebagai bank digital, O-Bank dapat mengembangkan kedua-dua masa perkhidmatan pelanggan dan jangkauan geografinya. Para pelanggan menjalankan transaksi dengan bank menggunakan aplikasi mudah alih atau akses Laman Sesawang.

Namun  demikian, perkhidmatan peribadi akan kekal menjadi keutamaan, kerana pelanggan dapat terlibat dalam interaksi tatap muka untuk keperluan perbankan mereka menggunakan video dan suara masa sebenar. O-Bank sudah menubuhkan pusat perkhidmatan video dengan teknologi canggih dan merupakan bank  pertama Taiwan yang menyediakan media penuh 24 jam dengan video atas penglibatan pelanggan. Platform bersatu Avaya membolehkan O-Bank dengan cepat dan mudah memperuntukkan sumber dalaman dengan pantas dan mudah untuk menyediakan perkhidmatan yang paling sesuai dan cekap, meningkatkan kualiti dan konsistensi pengalaman pelanggan merentasi saluran dan pelbagai bidang perniagaan yang berbeza.

Avaya Breeze dengan SDK Pelanggan membolehkan O-Bank menyepadukan komunikasi berbilang saluran dengan mudah ke dalam aplikasi mudah alih dan laman sesawangnya, dengan kefleksibelan untuk menyokong senario berbeza bagi pelbagai proses perniagaan dan untuk memenuhi keperluan peraturan.  Arsitektur standard terbuka Avaya membolehkan penyepaduan dengan sistem O-Bank, memudahkan penggunaan dan membantu mengurangkan kos operasi.

Petikan 
"O-Bank adalah bank komersial digital pertama Taiwan. Kejayaan kami memerlukan keberanian untuk berinovasi, tetapi kami juga perlu mempunyai teknologi canggih dan rakan kongsi perkhidmatan yang berkualiti yang boleh dipercayai. Penyelesaian Avaya menyediakan ciri-ciri dan kelebihan yang memenuhi keperluan kami, justeru membolehkan kami untuk mewujudkan rangka kerja integrasi pusat hubungan mudah dan responsif serta membantu kami berjaya dalam pasaran perbankan digital di Taiwan. "
- Lin Tom, Naib Presiden, O-Bank

"Era digital global kini telah tiba, dan China menerajui transformasi digital industri kewangan. Transformasi O-Bank sama dengan transformasi yang kami laksanakan di Avaya - memanfaatkan legasi pengalaman industri komunikasi kami, sambil berinovasi dengan penyelesaian dan perkhidmatan untuk era digital. Perkongsian kami yang berjaya dengan O-Bank telah memberikan pengalaman berharga untuk transformasi Avaya dan ditambahkan kepada keyakinan kami yang berterusan. "
- Chen Wei, presiden, Avaya Greater China 

Untuk keterangan lanjut mengenai Avaya, sila layari http://www.avaya.com.

Sumber: Avaya

Source: Avaya
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Joint ventures New products/services