omniture

CIIF 2017 bakal diadakan di Shanghai mulai 7-11 November 2017

Bayangkan "Buatan China 2025" yang seterusnya
China International Industry Fair
2017-10-12 10:00 1384

SHANGHAI, 12 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Sebagai pameran perdagangan pembuatan besar-besaran yang terkemuka di China, Pameran Industri Antarabangsa China (ringkasnya CIIF) bakal diadakan mulai 7-11 November tahun ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai).

CIIF 2017 bakal diadakan di Shanghai mulai 7-11 November 2017
CIIF 2017 bakal diadakan di Shanghai mulai 7-11 November 2017

Menerusi tema "Inovasi, Pintar, Mesra Alam", CIIF menghimpunkan segmen Kerja Logam dan Alat Jentera CNC, Pengautomatan Industri, Teknologi perlindungan alam sekitar, ICT, Auto tenaga baharu, Tenaga baharu, Robotik, Bahan baharu, Aeroangkasa dan Penerbangan. CIIF mencipta peluang unik untuk jaringan antarabangsa dan ia merupakan platform pameran "Buatan China 2025" yang utama. Prinsip utama CIIF 2017 menggabungkan terminal digital dan pintar yang menunjukkan tahap penyepaduan mendalam antara teknologi maklumat dan teknologi pembuatan. Ekspo tahunan ini memperoleh kredibiliti dan sokongan industri yang mantap, dan berkembang menjadi ekspo yang paling pantas meningkat naik sebanyak 17% tahun lalu.

Butiran lanjut tentang CIIF 2017

CIIF 2017 akan menonjolkan kejayaan utama dengan jangkaan menarik:

- Peningkatan kehadiran: Lebih 15,000 pengunjung dari sekurang-kurangnya 82 negara dan wilayah.

- Penyertaan oleh lebih 2,500 syarikat dari 28 negara dan wilayah. Lebih 30 peratus daripada 500 syarikat perusahaan terbaik Dunia. Lebih 70 peratus pempamer menganggap CIIF sebagai pameran yang wajib disertai dan mengaturkan pelancaran produk baharu bertaraf global melalui jaringan CIIF.

- CIIF 2017 akan meliputi kawasan pameran seluas lebih 280,000 meter persegi menerusi 12 dewan di Pusat Pameran & Konvensyen Kebangsaan (Shanghai).

- Program sampingan terbesar seumpamanya dengan 52 sesi diadakan yang turut mengukuhkan semula status CIIF dalam industri tersebut. Sidang Kemuncak bertaraf tinggi menjadi invois kolektif dan ramalan trend industri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Global daripada banyak syarikat gergasi.

- UK sebagai negara rakan kongsi tahun kedua CIIF menghimpunkan syarikat-syarikat perusahaan terkemuka mereka yang kebanyakannya terdiri daripada industri automobil dan industri pembuatan lain.

- Lebih 300 rakan media dan saluran perniagaan dalam talian dan luar talian mengesahkan untuk membantu CIIF melakukan propaganda yang menjadi tajuk utama secara komprehensif.

Sebagai acara yang diluluskan oleh UFI (Persatuan Industri Pameran Global), CIIF 2017 berusaha mempromosikan enam industri baru muncul utama yang strategik melibatkan "Buatan China 2025" dan "Satu Jalur dan Satu Jalan" bagi menggalakkan pengantarabangsaan Ekspo.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ciif-expo.com.

Untuk pertanyaan akhbar, sila hubungi:
Flora Hu, Komunikasi, Cawangan CIIF, Donghao Lansheng (Group) Co., Ltd

E-mel: florahu@shanghaiexpogroup.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171009/1961287-1

Source: China International Industry Fair
Keywords: Internet Technology Machinery Mining/Metals Telecommunications Trade show news