omniture

Tinjauan Dedahkan 60% Lelaki Bujang Malaysia Sedia Tinggal Bersama Pasangan Tiga Bulan setelah Menjalin Hubungan

SweetRing
2017-10-12 10:12 969

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh aplikasi janji temu antarabangsa SweetRing, banyak negara Asia menunjukkan sikap menerima amalan bersekedudukan sebelum berkahwin. 70% penduduk Malaysia yang bujang sangat selesa dengan pengaturan sedemikian, dengan jumlah mereka yang bersekedudukan meningkat kepada 80% bagi lelaki bujang Hong Kong dan 90% bagi negara jiran Taiwan mereka. Lelaki Malaysia percaya mereka seharusnya "menuntut hak mereka" sebaik sahaja mereka mempunyai teman wanita. 60% daripada mereka memilih untuk berpindah ke tempat tinggal semasa teman wanita atau menyewa tempat tinggal baharu bersama-sama setelah hubungan mereka mencecah tempoh tiga bulan, kadar peratusan yang lebih tinggi berbanding lelaki Taiwan atau Hong Kong apabila ditanyakan soalan yang sama. Bagi wanita Malaysia pula, mereka menyatakan mereka lebih berhati-hati terhadap topik ini, memberikan lebih fokus untuk mengenali hati budi satu sama lain dengan lebih rapat terlebih dahulu, dan menyatakan mereka tidak akan mempertimbangkan untuk tinggal bersama-sama sehinggalah mereka telah menjalin hubungan selama satu mahupun dua tahun.

Setelah pasangan tinggal serumah bersama-sama, banyak isu terdahulu yang "tidak bermasalah" mungkin tiba-tiba menjadi suatu yang bermasalah. Soalan-soalan SweetRing bagi mengkaji isu-isu berkisarkan persediaan tinggal bersama-sama sebelum berkahwin yang menyasarkan golongan bujang Malaysia, dengan 500 individu daripada setiap jantina disoal selidik, mendapati bahawa separuh daripada responden menyatakan kebimbangan berlakunya peningkatan konflik antara pasangan dalam perhubungan disebabkan oleh masalah komunikasi yang lemah, manakala golongan wanita juga bimbang dengan kehamilan yang tidak disengajakan sebelum berkahwin. Dari segi sejauh mana pasangan mengagih-agihkan tanggungjawab sebaik sahaja mereka mula tinggal bersama-sama, sehingga 90% lelaki Malaysia bersetuju untuk menanggung sebahagian besar perbelanjaan harian tetapi mengharapkan wanita untuk mengurus segala kerja rumah. Walau bagaimanapun, wanita mempunyai pandangan yang jauh berbeza tentang apa yang diharapkan. 90% wanita Malaysia menyatakan mereka ingin melihat pasangan mereka lebih banyak membantu kerja-kerja rumah dan bukannya sekadar menanggung semua perbelanjaan. Hasil daripada keputusan ini, SweetRing benar-benar menasihati pasangan yang membuat keputusan atau merancang untuk tinggal bersama-sama supaya berbincang dengan teliti perkara yang diharapkan daripada pasangan masing-masing, agar mereka tidak perlu berhadapan dengan pendapat yang sebenarnya jauh berbeza selepas tinggal bersama-sama, yang meningkatkan kemungkinan hubungan itu berakhir dengan buruk.

Source: SweetRing
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Social Media Survey, Polls & Research Women-related news