omniture

Foton Motor Tandatangani Memorandum Kerjasama Dengan Cummins dalam Forum Kecekapan Tenaga A.S.-China dan Lancar Program "Trak Super China" Peringkat Kedua

Foton Motor Group
2017-10-18 13:39 505

BEIJING, 18 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Tanggal 13 Oktober 2017, Forum Kecekapan Tenaga A.S.-China kali ke-8 diadakan di Denver, Colorado, AS. Dalam forum tersebut, Foton Motor dan Cummins menandatangani Memorandum Projek Pembangunan Kerjasama Kuasa Hijau dan Trak Pintar, yang menunjukkan Foton Motor dan Cummins bakal melancarkan satu jalinan kerjasama yang erat bagi menangani perubahan iklim dunia menurut persetujuan untuk meningkatkan pembangunan yang menjimatkan tenaga, rendah karbon dan mesra alam, selain turut memulakan pelancaran program "Trak Super China" peringkat kedua.

Foton Motor dan Cummins menandatangani Memorandum Projek Pembangunan Kerjasama Kuasa Hijau dan Trak Pintar di FORUM KECEKAPAN TENAGA A.S.-CHINA KALI KE-8
Foton Motor dan Cummins menandatangani Memorandum Projek Pembangunan Kerjasama Kuasa Hijau dan Trak Pintar di FORUM KECEKAPAN TENAGA A.S.-CHINA KALI KE-8

Kolaborasi baharu ini bertujuan untuk menjalin kerjasama erat dalam sumber tenaga hijau, iaitu, berdasarkan kelebihan dalam kedua-dua aspek teknologi serta sumber, menggunakan teknologi baharu yang menjimatkan tenaga bagi menyempurnakan pengoptimuman sistem rangkaian kuasa dan penyepaduan kenderaan, mengurangkan penggunaan bahan api dan meningkatkan tahap kecekapan pengangkutan, selain mencipta trak pintar mesra alam yang terkemuka di dunia demi mematuhi trend perlindungan alam sekitar dan melaksanakan keperluan dalam jalinan kerjasama tenaga bersih AS-China. 

Sejak tahun 2008, apabila Foton Motor dan Cummins memulakan satu usaha sama, enjin-enjin yang dikeluarkan oleh Foton Cummins telah mencakupi siri enjin tugas ringan dan tugas berat dengan piawaian emisi yang mematuhi segala keperluan dalam undang-undang dan peraturan berkaitan emisi yang paling ketat di dunia, enjin-enjin Foton Cummins dapat memenuhi piawaian emisi Euro IV, Euro V dan Euro VI.

Rangkaian kuasa super ISG ialah rangkaian kuasa eksklusif daripada Cummins untuk Trak Super. Teknologi pintarnya yang hebat dan kelebihan penjimatan bahan api yang berkecekapan tinggi dapat menyumbang untuk menjadi rangkaian kuasa aliran utama dan penting di dunia bagi trak tugas berat berkualiti tinggi. Trak tugas berat FOTON AUMAN EST dan EST-A yang dilengkapi rangkaian kuasa super ISG, dapat mengurangkan penggunaan bahan api dan emisi karbon selain meningkatkan tahap kecekapan pengangkutan secara mendadak.

Siri kuasa super FOTON AUMAN EST, enjin ISG CUMMINS
Siri kuasa super FOTON AUMAN EST, enjin ISG CUMMINS

Siri FOTON AUMAN EST akan dilancarkan di Rusia, Peru, Thailand dan lain-lain pada tahun ini, yang telah pun dikaji dan dibangunkan selama 4 tahun mengikut piawaian Eropah, berdasarkan kelebihan penyelidikan dan pembangunan Beijing Foton Daimler Automotive Co., Ltd.(BFDA), setanding dengan rangkaian kuasa eksklusif ISG Cummins, dan rantaian bekalan teras kenderaan komersial tahap tinggi yang bersepadu secara global termasuk Cummins, ZF Friedrichshafen AG, Wabco, Continental, dan lain-lain. Mendepani trend trak Cina menerusi penemuan saintifik dan teknologi, siri FOTON AUMAN EST menjadi Trak Super generasi pertama sebenar daripada China.

Selain itu, Foton Motor bekerjasama dengan sistem rantaian bekalan tahap tinggi di dunia untuk mewujudkan "Kerjasama Trak Super Terhubung Pintar China", bertujuan untuk menggalakkan pembinaan dan pembangunan trafik pintar serta bandar pintar di peringkat global, melalui produk automobil saling hubung yang pintar.

FOTON AUMAN EST(di kanan) di A.S.
FOTON AUMAN EST(di kanan) di A.S.

Memorandum Kerjasama Strategik bagi kuasa mesra alam dan Trak Pintar ini yang penting menandakan program "Trak Super China" peringkat kedua dilancarkan secara rasminya. Sasarannya adalah untuk mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 15-20%, mengurangkan emisi karbon sehingga 20% dan meningkatkan tahap kecekapan pengangkutan sehingga mencecah 50%.

Foton Motor, sebagai tunjang utama industri automobil China, yang mempunyai ciri "mesra alam, berkecekapan tinggi, keselamatan dan kepintaran", akan bekerjasama dengan Cummins untuk menyediakan rangkaian kuasa super yang mesra alam dan Trak Super pintar untuk pasaran kenderaan komersial global, selain menunjukkan kuasa mantap "Pembuatan Pintar China" di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171017/1966715-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171017/1966715-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171017/1966715-1-c

Source: Foton Motor Group
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Utilities New products/services