Bilangan Hadirin Dijangka Meningkat tatkala Pasaran Global Pulih
GUANGZHOU, China, 19 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Canton kali ke-122 ("Pameran"), iaitu pameran perdagangan terbesar di China, membuka tirainya pada 15 Oktober, dengan 60,466 pempamer meliputi kawasan berkeluasan 1,185,000 meter persegi (12.8 juta kaki persegi), bagi mempamerkan 160,000 produk dari 34 negara dan wilayah.
Angka tersebut memperlihatkan kadar pemulihan ekonomi dunia yang stabil dan berterusan, serta ketahanan berterusan dan juga peningkatan kepentingan pasaran Cina sebagai sumber bagi produk barangan dan penggunaan. Sebanyak 341 pempamer dalam Pameran tersebut adalah dari negara-negara yang mengambil bahagian dalam Inisiatif "Jalur dan Jalan" (B&R) China, dan turut menyumbang sebanyak 55 peratus daripada pempamer di Astaka Antarabangsa.
Jadual Pameran Canton tahun ini adalah seperti berikut:
Fasa |
Tarikh |
Tumpuan |
Fasa 1 |
15-19 Okt. |
Barangan elektronik & perkakas elektrik rumah, peralatan |
Fasa 2 |
23-27 Okt. |
Barangan pengguna, cenderamata dan kelengkapan rumah |
Fasa 3 |
31 Okt.- |
Tekstil & pakaian, kasut, barangan pejabat, beg simpanan & |
Xu Bing, jurucakap Pameran Canton, berkata bahawa ekonomi dunia telah mengalami trajektori menaik tahun ini dan deflasi ekonomi-ekonomi utama sejak Kemelesetan Besar telahpun stabil dan, hampir dalam semua keadaan, kembali kepada pertumbuhan kukuh yang berterusan. Hasilnya, Pameran Canton ke-122 akan menyaksikan peningkatan dari segi jumlah pembeli yang hadir tatkala perdagangan dunia terus pulih.
"Pameran Canton telah menjadi satu daya konsisten yang menggalakkan pembangunan ekonomi dunia yang terbuka," ujar Xu. "Dengan memperkenalkan produk-produk baharu dan kumpulan pempamer kepada pembeli, selain menonjolkan pertumbuhan yang memacu pempamer dalam negara-negara yang mengambil bahagian dalam B&R, kami akan terus meningkatkan sumbangan kami demi pembangunan perdagangan global yang mampan."
Latar Belakang Pameran Canton
Pameran Import dan Eksport China, turut dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou sejak tahun 1957. Ia merupakan pameran terbesar dengan rangkaian produk paling luas, seleksi pembeli paling pelbagai dan mencatat pusing ganti perniagaan tertinggi di China. http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx