omniture

Panduan ZTE untuk 36.58% Pulangan dalam Keuntungan Bersih 9 Bulan

ZTE Corporation
2017-10-19 09:18 1086

Ramal jumlah keuntungan bersih sebanyak RMB4.3-4.8 bilion untuk sepanjang tahun

SHENZEN, China, 19 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk Internet Mudah Alih, menerbitkan panduan untuk 36.58% peningkatan dalam keuntungan bersih bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2017.

Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham biasa syarikat tersenarai ini dalam sembilan bulan pertama berjumlah RMB 3.905 bilion, berdasarkan penyata kewangan awal yang diterbitkan oleh ZTE hari ini. Pendapatan dalam sembilan bulan pertama meningkat kepada RMB 76.58 bilion, 7.01% lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Menurut syarikat, keuntungan bersih boleh diagih kepada pemegang saham biasa syarikat tersenarai ini, didorong oleh pertumbuhan operasi dalam perniagaan rangkaian dan pengguna syarikat pembawa, dianggarkan berjumlah RMB 4.3-4.8 bilion bagi setahun.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763 / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Maklumat Perhubungan Media:

Margrete Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775207
E-mel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Earnings