omniture

Yayasan Osteoporosis Antarabangsa: Keretakan disebabkan Osteoporosis Ancam Pergerakan Bebas Warga Emas

The International Osteoporosis Foundation (IOF)
2017-10-20 07:45 1241

GENEVA, Switzerland, 20 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

Ia tidak dapat dilihat dan berbahaya. Osteoporosis, yang menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh, hanya diketahui apabila tulang mula patah.

generated by system

Dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua, 'retakan kerapuhan' seringkali melibatkan patah pergelangan tangan atau sakit belakang secara tiba-tiba yang berpunca oleh keretakan tulang belakang yang tidak dikesan. Apa yang menyedihkan, keretakan pertama biasanya bukanlah yang terakhir – melainkan jika dirawat, beberapa keretakan yang lebih melemahkan boleh berlaku.

Hari ini, sempena Hari Osteoporosis Sedunia, gesaan untuk 'Sayangi Tulang anda - Lindungi masa depan anda' oleh Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF) dan 240 ahli persatuan seluruh dunia, menekankan kepentingan pencegahan awal sebagai langkah utama ke arah pergerakan yang sihat pada usia lebih tua.

Keretakan yang berlaku akibat osteoporosis merupakan beban penjagaan kesihatan utama, yang menyebabkan kehilangan upaya, kematian pramatang, dan kehilangan kebebasan dalam kalangan warga emas di seluruh dunia. Secara global, seorang dalam tiga wanita dan seorang dalam lima lelaki berusia melebihi 50 tahun akan menderita masalah retakan kerapuhan dalam tempoh baki hayat mereka.

Presiden IOF Profesor Cyrus Cooper berkata: "Osteoporosis ialah penyakit yang disebabkan oleh pengabaian yang serius. Meskipun peralatan diagnosis dan ubat-ubatan berkesan tersedia secara meluas, hanya minoriti individu berisiko tinggi mengalami keretakan telah mendapat diagnosis dan rawatan. Seramai 80% individu lebih berusia yang menderita retakan kerapuhan pertama – dan berada dalam situasi yang amat berbahaya untuk mengalami lebih banyak keretakan – tidak mendapatkan rawatan pencegahan bagi melindungi diri mereka daripada kebarangkalian tinggi mengalami keretakan yang seterusnya."

Keretakan pada tulang pinggul khususnya boleh mengancam nyawa: kira-kira 20-24% pesakit yang mengalami keretakan tulang pinggul maut dalam tempoh setahun setelah kejadian keretakan tersebut; 33% memerlukan bantuan atau berada di rumah penjagaan. Disebabkan oleh pertambahan penduduk yang kian tua, bilangan keretakan pada tulang pinggul meningkat dengan pesat. Dari tahun 1990 hingga 2050, keretakan pada tulang pinggul diramalkan meningkat sebanyak 310% dalam kalangan lelaki dan 240% dalam kalangan wanita.

Bagi meningkatkan pemahaman tentang ancaman kesihatan awam ini, hari ini IOF menyiarkan satu sumber baharu, 'Kompendium Osteoporosis IOF'. Rujukan lengkap ini menyediakan maklumat ringkas tentang penyakit tersebut, kaedah pencegahan dan prevalens di seluruh rantau di dunia. Ia turut menggariskan strategi-strategi utama bagi mencegah osteoporosis di peringkat negara, menyediakan pelan tindakan menerusi lapan tindakan utama.

Salah satu keutamaan ialah pelaksanaan Perkhidmatan Perhubungan Retakan (FLS) dalam semua hospital yang merawat pesakit yang mengalami keretakan. Perkhidmatan ini terbukti merupakan cara yang menjimatkan untuk mencegah keretakan seterusnya dalam kalangan pesakit berisiko tinggi ini.

IOF turut menggesa orang ramai yang mengambil berat tentang hak-hak pesakit osteoporosis untuk menandatangani Piagam Pesakit Global IOF. Piagam ini menggesa kerajaan dan pihak-pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia untuk menjadikan kesihatan tulang satu isu penjagaan kesihatan utama.

Presiden IOF menambah: "Pencegahan ialah kuncinya. Pada semua peringkat usia, gaya hidup yang sihat berserta pemakanan yang baik dan aktiviti fizikal yang kerap menjadi asas ke arah kesihatan tulang yang baik. Selain itu, saya menggesa semua individu dewasa yang lebih berusia untuk mengawasi sebarang faktor-faktor risiko peribadi terhadap osteoporosis. Ini termasuk tulang patah setelah berusia 50 tahun, sejarah osteoporosis atau keretakan tulang pinggul ibu bapa, penurunan ketinggian, tabiat merokok, kurang berat badan, penyakit-penyakit tertentu seperti artritis reumatoid, atau penggunaan ubat-ubatan yang menyebabkan kehilangan tulang (seperti glukokortikoid). Sekiranya anda mengalami faktor-faktor risiko, pastikan akan berbincang dengan doktor anda dan jalankan ujian."

Untuk mengetahui sama ada anda mempunyai faktor-faktor risiko, jalani Ujian Risiko Osteoporosis Satu Minit IOF

WOD, diadakan setiap tahun pada 20 Oktober, merupakan kempen sepanjang tahun. Lihat acara dan sumber di http://www.worldosteoporosisday.org/  #LoveYourBones #WorldOsteoporosisDay

Rakan-rakan Rasmi WOD: Amgen, Lilly, Sunsweet, UCB

IOF ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) utama dunia khusus untuk pencegahan, diagnosis dan rawatan osteoporosis serta penyakit rangka otot berkaitan: http://www.iofbonehealth.org

Maklumat perhubungan media
Laura Misteli
IOF
lmisteli@iofbonehealth.org

Source: The International Osteoporosis Foundation (IOF)
Keywords: Health Care/Hospital Senior Citizens Survey, Polls & Research