omniture

Industri MICE Thailand bakal dapat manfaat pembangunan Koridor Ekonomi Timur

Thailand Convention and Exhibition Bureau (TCEB)
2017-10-20 10:50 1077

BANGKOK, 20 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Sektor pelancongan perniagaan Thailand yang berkembang pesat dijangka akan mendapat dorongan selanjutnya daripada strategi pembangunan "Thailand 4.0" Kerajaan Thailand dan Koridor Ekonomi Timur (EEC) utama yang akan menyaksikan pelaburan dalam peluasan lapangan terbang utama dan juga infrastruktur-infrastruktur lain.

Mr Chiruit Isarangkun Na Ayuthaya, President, Thailand Convention and Exhibition Bureau (TCEB)
Mr Chiruit Isarangkun Na Ayuthaya, President, Thailand Convention and Exhibition Bureau (TCEB)

Rancangan Koridor Ekonomi Timur yang diumumkan tahun ini oleh Kerajaan Thailand mencakupi tiga wilayah timur Bangkok iaitu Chonburi, Rayong, dan Chachoengsao, dan dijangka menyaksikan gabungan pelaburan awam dan persendirian sebanyak lebih 1.5 trilion Baht Thai (USD 43 Bilion) dalam tempoh 5 tahun pertama pelaksanaan projek.

"Sepanjang usaha untuk merealisasikan kejayaan banyak matlamat pembangunan Thailand 4.0, terdapat begitu banyak peluang untuk mengadakan mesyuarat, persidangan dan pameran perdagangan bagi memainkan peranan sokongan," kata En. Chiruit Isarangkun Na Ayuthaya, Presiden Biro Persidangan dan Pameran Thailand (TCEB), sebuah organisasi awam yang bertanggungjawab mempromosikan industri mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) negara ini.

Beliau berucap dalam satu seminar bertajuk "Koridor Ekonomi Timur: Laluan pantas ke arah Thailand 4.0?" yang dianjurkan oleh TCEB baru-baru ini di Bangkok bagi memainkan peranan sebagai platform pertukaran antara komuniti perniagaan Thailand dan luar negara. Thailand dapat mencapai sasaran satu juta pelancong perniagaan luar negara buat julung kalinya tahun lalu.

"Pelaburan bagus untuk industri kami. Kesemua infrastruktur ini, lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan kereta api dan jalan raya. Kesemuanya adalah syarat-syarat utama bagi membolehkan pameran membawa negara ke tahap lebih tinggi untuk bersaing dengan negara-negara lain," kata En. Talun Theng, Presiden Persatuan Pameran Thailand.

"EEC ialah satu strategi untuk melaksanakan visi Thailand 4.0 pada arah yang betul," menurut Dr. Somkiat Tangkitvanich, Presiden, Institut Penyelidikan Pembangunan Thailand (TDRI). "Kejayaan EEC harus dinilai menerusi peningkatan keupayaan teknologi negara."

Menurut TDRI, U-Tapao, lapangan terbang antarabangsa ketiga kawasan Bangkok, dengan rancangan pelaburan sebanyak 200 bilion baht (USD5.7 bilion), ia menjadi "Asas untuk EEC" dan turut menarik para pengusaha global hasil daripada kelebihan lokasinya. Landasan kedua dan dua terminal baharu akan ditambah untuk lapangan terbang tersebut, menjadikan Thailand sebagai hab serantau, dan mendayakan pembangunan industri pembaikan penyelenggaraan dan keseluruhan (MRO) penerbangan yang mantap.

Pelaburan persendirian dalam segmen EEC bakal menikmati insentif istimewa, seperti keistimewaan cukai, pajakan tanah jangka panjang dan prosedur pentadbiran yang pantas.

Biro Persidangan dan Pameran Thailand (TCEB)
E-mel: jutarat_a@tceb.or.th
Tel: +66-2-694-6000

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171018/1969114-1

Source: Thailand Convention and Exhibition Bureau (TCEB)
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Hotels and Resorts Travel Economic news, trends, analysis