AARBURG, Switzerland, 20 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Dengan A400, Franke membawakan teknologi premium bagi mesin-mesin profesionalnya ke tahap baharu. A400 baharu tersebut kini menjadikan pengalaman kopi yang paling sofistikated dapat disediakan untuk semua, dalam setiap kategori dan saiz syarikat, di seluruh dunia. Penyelesaian pintar bagi A400 baharu ini menyumbang kepada kejayaan pelbagai perniagaan, termasuk kedai serbaneka, kedai runcit, pejabat, hotel, kedai buku dan juga bakeri.
Franke menggembirakan para penggemar seluruh dunia dengan kopi premium hasil daripada:
Teknologi profesional yang terkini. A400 membawakan semua inovasi dalam siri A professional kepada sebarang perniagaan, supaya perniagaan kecil-kecilan pun dapat menawarkan kopi standard kedai kopi yang terbaik.
Operasi yang mudah. Skrin sentuh yang interaktif menggunakan gambar dan simbol untuk membimbing pelanggan mendapatkan kopi yang sempurna. Dicuba dan diuji dalam pelbagai senario perkhidmatan.
Buih susu paling halus. A400 siri A profesional mempunyai teknologi FoamMaster™ bagi menjamin buih susu berkualiti premium dalam setiap cawan.
Kebersihan maksimum, secara automatik. Sistem pembersihan yang berciri automatik sepenuhnya menjamin proses yang selamat dan lebih bersih. Ia turut menjadikan pengendalian harian mesin ini jauh lebih mudah.
Nilai tambahan jangka panjang. A400 kelas premium memanfaatkan keserbabolehan dan keanjalan siri A Franke. Menjadikannya pelaburan jangka panjang yang selamat.
Latar Belakang Franke Coffee Systems
Franke Coffee Systems ialah penyedia penyelesaian utama dunia bagi pembuatan kopi yang profesional. Rangkaian produk terdiri daripada mesin automatik penuh, separa automatik, tradisional dan kapsul serta pembru dibuat khusus. Minat kami terhadap kualiti kopi yang terbaik mendorong kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan melalui inovasi yang canggih. Ketahui lebih lanjut di http://www.franke.com
Maklumat lanjut
http://coffee.franke.com/en/a400/
Foto-foto akhbar
http://media.pprmediarelations.ch/franke/Produkte/A400
Maklumat perhubungan media
PPR Media Relations AG
Karin Lehmann
E-Mel: klehmann@pprmediarelations.ch
Franke Coffee Systems
Caroline Martin
E-Mel: caroline.martin@franke.com
+41-62-787-3281