omniture

Vivo Umum Rancangan Peluasan Global ke dalam Lebih Banyak Pasaran

Tembusi pasaran baharu dengan rangkaian produk komprehensif bagi memperkasa ekspresi diri dalam kalangan lebih ramai belia seluruh dunia
Vivo
2017-10-23 09:44 958

SHENZHEN, China, 23 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Vivo, jenama telefon pintar berjiwa muda yang terkemuka di dunia, hari ini meraikan kejayaan penembusan sulungnya ke Hong Kong menerusi pelancaran telefon pintar terkini, X20 daripada siri X. Sebagai sebahagian daripada usaha peluasannya menembusi lebih banyak pasaran, tidak lama lagi syarikat akan membawa produk mereka ke Taiwan, Singapura dan Rusia, sebagai usaha pertama mereka ke dalam pasaran Eropah, diikuti dengan dorongan menembusi pasaran Afrika pada awal tahun hadapan.

 

Vivo umum peluasan tembusi lebih banyak pasaran
Vivo umum peluasan tembusi lebih banyak pasaran

Jenama-jenama telefon pintar Cina menyaksikan pertumbuhan pesat tahun lalu, dan menurut Counterpoint, kini ia memegang rekod bahagian pasaran telefon pintar global sebanyak 48% tatkala mereka terus berkembang melangkaui tanah besar China. Demi meneruskan kejayaan V7+ yang amat popular di India, Thailand, Filipina, Myanmar, Malaysia, Indonesia, Pakistan, Kemboja dan Bangladesh, Vivo memperluas capaian dan tawarannya tatkala ia terus menginspirasikan daya keyakinan dan ekspresi diri untuk lebih ramai orang muda seluruh dunia dengan produk-produk berkualiti tinggi dan teknologi termaju.

"Sejak penembusan pertama kami dalam pasaran-pasaran antarabangsa pada tahun 2014, kami berdedikasi untuk memahami keperluan pengguna melalui penyelidikan mendalam bagi membawa produk-produk yang inovatif dan bergaya yang dapat memenuhi gaya hidup dan keperluan mereka," kata Alex Feng, Naib Presiden Kanan Vivo. "Kami berasa teruja dapat menembusi Hong Kong, Taiwan, Singapura, Rusia dan Afrika pada bulan-bulan akan datang. Dengan membawakan produk-produk inovatif dan berkualiti kami dengan rekaan yang mengutamakan pelanggan, kami berharap dapat menginspirasikan belia seluruh dunia agar kekal setia kepada nilai peribadi mereka dan yakin pada diri sendiri."

Pengumuman tersebut dibuat setelah pelancaran terkini Vivo untuk V7+ kemegahannya, perakam swafoto terunggul dengan kamera hadapan 24MP yang utama dalam industri serta paparan FullView™, di kebanyakan negara Asia. V7+ ialah telefon pintar berfokus swafoto yang menonjolkan misi Vivo untuk memperkasa ekspresi diri generasi seterusnya. Ia menampilkan teknologi termaju yang bukan sekadar untuk kamera, tetapi untuk semua aspek, bermula dengan rakaman foto kepada paparan, membantu pengguna celik media untuk mengambil dan menikmati kenangan mereka yang bermakna.

Menurut kajian terkini Gartner, Vivo menduduki kedudukan ke-5 bagi jualan telefon pintar global dalam Suku Kedua 2017 dari segi jumlahnya dengan 6.6% bahagian pasaran.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Vivo, layari: http://www.vivo.com/en/products

Latar Belakang Vivo

Vivo, sebuah jenama telefon pintar berjiwa muda yang terkemuka di dunia dan diasaskan pada tahun 2009, membangunkan produk-produk telefon pintar yang dinamik dan bergaya menerusi keupayaan kamera yang inovatif dan bunyi berkualiti tinggi untuk pengguna kami yang yakin dan ekspresif, membolehkan mereka merakam seluruh detik indah kehidupan, mengekspresikan diri mereka serta berkongsi kegembiraan bersama insan lain. Vivo berdedikasi dalam mengejar kesempurnaan dan terus mencipta kejutan buat pengguna melalui usaha inovasi yang berterusan. Kami merupakan jenama pertama yang melancarkan telefon pintar dengan cip Hi-Fi khusus, memberikan pengalaman audio premium kepada pengguna. Sebagai penaja rasmi FIFA World Cup 2018, Vivo percaya terhadap kepentingan untuk menggalakkan orang muda untuk menerima ekspresi diri dan gaya hidup bertenaga dan akan meneruskan perkongsian bermakna dengan jenama-jenama utama serta rakan-rakan kongsi, bermula daripada aspek gaya hidup, sukan dan banyak lagi, dengan tujuan untuk membawakan pengalaman unik yang eksklusif kepada pengguna Vivo.

Vivo berada di kedudukan ke-5 dalam senarai IDG bagi "Jenama-jenama Telefon Pintar Terkemuka Global 2016-2017".

Maklumat lanjut tentang telefon pintar inovatif kami boleh didapati di www.vivo.com/en

Foto- https://photos.prnasia.com/prnh/20171020/1971199-1

Source: Vivo
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Corporate Expansion New products/services