omniture

Komitmen Berterusan RSPO untuk Memelihara Hutan Hujan dan Mempromosi Penggunaan Mampan

Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO)
2017-10-23 10:43 833

BEIJING, 23 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO), dengan kerjasama sekumpulan peniaga, menganjurkan kempennya berdasarkan tema "Katakan Ya kepada Minyak Sawit Mampan" di City Shop, Beijing pada 10 Ogos dan kemudiannya di Rainbow Shop, Shenzhen pada 29 Ogos. Ini menandakan kali kedua RSPO mengadakan acara-acara yang bertujuan untuk mempromosi penggunaan minyak sawit mampan di China. Melalui beberapa aktiviti interaktif, para pengguna digalakkan untuk membeli produk-produk hijau serta mengamalkan gaya hidup mampan dan mengintegrasi nilai-nilai kemampanan dalam semua aspek kehidupan seharian mereka, seperti makanan, pakaian, kediaman, pengangkutan dan rekreasi. Dengan mengamalkan cara hidup yang lebih sihat, orang ramai boleh juga menyertai RSPO dalam menyokong pemeliharaan hutan hujan dan membantu melindungi planet Bumi kita dengan lebih baik.

RSPO mempromosi sepenuhnya gaya hidup mampan melalui platform atas talian dan luar talian

Dengan sokongan daripada Perkongsian Penggunaan Mampan Bangsa-Bangsa Bersatu - China dan Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), Minggu Penggunaan Mampan tahunan China telah dianjurkan bersama oleh Persatuan Kedai Rantaian dan Francais China (CCFA), World Wide Fund for Nature (WWF) dan Meja bulat Peruncitan Mampan China (CSRR). Untuk acara ini, para pengguna dan syarikat-syarikat bekerjasama untuk membantu menggalakkan perlaksanaan polisi penggunaan mampan dan membangun kesedaran pengguna yang lebih tinggi tentang kemampanan.

Semasa Minggu Penggunaan Mampan, ahli-ahli RSPO dan kolaborator melancarkan aktiviti interaktif atas talian H5, di bawah tema 'Katakan Ya kepada Minyak Sawit Mampan." Aktiviti yang menyeronokkan dan berketerlibatan tinggi membantu para pelanggan memahami dengan mudah tentang kepentingan minyak sawit mampan dan kerosakan yang boleh disebabkannya kepada hutan hujan tropika apabila dikeluarkan secara tidak mampan, dengan itu meningkatkan kesedaran pengguna dalam penggunaan mampan.

Bersama-sama aktiviti atas talian, RSPO juga menganjurkan acara-acara luar talian di Beijing dan Shenzhen, menjemput ahli-ahli, media dan para pengguna untuk menyertai penciptaan balm bibir buatan tangan mereka sendiri. Aktiviti di tapak yang menarik ini menyediakan para pengguna dengan peluang untuk mengalami proses pembuatan produk ini dengan lebih dekat lagi dan dengan itu memahami kepentingan minyak sawit mampan dengan mengiktiraf bahawa minyak sawit sentiasa penting sebagai bahan mentah untuk balsam bibir.

Para pengguna menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh RSPO dengan aktif, membolehkan lebih ramai orang mengetahui tentang peranan RSPO sebagai salah satu penyumbang utama kepada promosi minyak sawit mampan, dan pada masa yang sama memberi motivasi kepada mereka untuk menyumbang ke arah pembangunan alam sekitar yang mampan.

Minggu Penggunaan Mampan 2017 ini diadakan di beberapa bandar di China, menggalakkan pengguna untuk mengamalkan nilai-nilai penggunaan mampan dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih baik. Sebagai salah satu aktiviti yang dijalankan semasa Minggu Penggunaan Mampan ini, acara-acara RSPO menarik perhatian dan sokongan awam.

Walaupun sukar, RSPO berusaha bersungguh-sungguh untuk melindungi alam semulajadi dunia

Peningkatan permintaan untuk minyak sawit, minyak vegetarian yang paling luas digunakan di dunia, telah membawa kepada beberapa siri masalah ekologi dan sosial. Di beberapa kawasan pengeluar minyak sawit utama, seperti Asia Tenggara, pokok kelapa sawit telah mengalami penebangan yang berlebihan dan keluasan untuk kelapa sawit telah berkurangan disebabkan kurang kesedaran pembangunan mampan, yang boleh mengancam kewujudan hutan hujan tropika malah meningkatkan masalah antarabangsa yang lain, seperti pemanasan global dan kehilangan biodiversiti.

Sambil meningkatkan pembangunan minyak sawit mampan global dengan aktif, RSPO memberi perhatian penuh kepada kehadiran minyak sawit dalam pasaran China. Ia komited untuk meluaskan rantaian bekalan bagi minyak mampan berskala antarabangsa untuk melindungi alam sekitar yang pada akhirnya, meningkatkan produktiviti dan mempromosi pembangunan masyarakat mampan.

Menurut jurucakap RSPO, organisasi ini akan berusaha bersunggh-sungguh untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat mampan dan bekerja ke arah menjadikan minyak sawit mampan sebagai kebiasaan global. Selain itu, RSPO juga dijangka menjemput lebih ramai pengguna dan syarikat untuk menyertai RSPO bagi memudahkan pembangunan minyak sawit mampan dan melihat lebih ramai pengguna menggunakan produk-produk minyak sawit mampan dengan tanda dagangan RSPO di masa akan datang untuk berusaha bersama mempromosi pembangunan mampan dan mewujudkan planet hijau.

Latar Belakang RSPO

Sebagai tindak balas kepada permintaan global untuk membangunkan minyak sawit mampan, Meja bulat mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO) telah ditubuhkan dalam tahun 2004 dengan objektif untuk mempromosi pengeluaran dan penggunaan produk-produk minyak sawit mampan melalui piawaian ketat global dan penglibatan orang-orang berkepentingan. RSPO telah didaftar di Zurich, Switzerland, sementara urusetia kini berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia dengan pejabat hubungan di Jakarta, London dan Beijing.

Sebagai sebuah persatuan tidak berkeuntungan, RSPO menyatukan orang-orang berkepentingan daripada tujuh sektor industri minyak sawit -- penanam kelapa sawit, pemproses atau pedagang minyak sawit, pengeluar barang-barang pengguna, peruncit, bank dan para pelabur, NGO yang memelihara alam sekitar, dan NGO pembangunan sosial -- bertujuan untuk melaksana dan membangunkan piawaian global bagi minyak sawit mampan.

www.rspo.org

www.china.rspo.org

Source: Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO)
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Green Technology Health Care/Hospital Conservation/Recycling