omniture

Budget Direct Insurance bekerjasama dengan Sitecore untuk membina pengalaman digital terulung untuk pelanggan

Sitecore
2017-10-23 13:00 1097

SINGAPURA, 23 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Budget Direct Insurance, sebuah jenama di bawah Auto & General Group di Asia Tenggara, melancarkan laman sesawang e-dagang mereka yang memanfaatkan penyelesaian teknologi Sitecore untuk menawarkan pelanggan pengalaman lancar ketika membeli insurans dalam talian.  Hasilnya: kos operasi yang lebih rendah dan kadar kepuasan pengguna yang tinggi - hasil keupayaan unik Experience Platform Sitecore untuk membantu Budget Direct Insurance memberikan pengalaman peribadi yang hebat dan kontekstual secara konsisten kepada pelanggan.

Dalam industri insurans yang teguh, orang ramai menginsuranskan kenderaan dan rancangan perjalanan mereka setiap minit sepanjang hari. Dalam kes Budget Direct Insurance, model perniagaan mereka adalah untuk menyediakan penyelesaian langsung kepada pasaran, di mana polisi boleh disesuaikan dan dibeli secara dalam talian. Ini bermakna mereka tidak boleh membiarkan laman sesawang e-dagang mereka terganggu akibat sebarang komplikasi berkaitan IT, yang mencacatkan pengalaman pelanggan. Sebuah kajian [1] menyatakan bahawa 12 pengalaman positif pengguna diperlukan untuk menafikan tanggapan buruk yang ditinggalkan hasil daripada satu pengalaman buruk. Memandangkan penanggung insurans biasanya tidak mempunyai peluang untuk membetulkan semula keadaan dalam pasaran kompetitif hari ini, ia menjadikan pelaksanaan yang betul pada pertama kali ia dilaksanakan suatu perkara penting.

Salah satu keperluan utama untuk laman sesawang Budget Direct Insurance adalah untuk mencari penyelesaian yang dapat membantu pasukan memberikan pengalaman pelanggan yang positif, dan pada masa yang sama mudah untuk ditadbir dan cekap untuk dikendalikan. Satu kajian dalam Penyelidikan dan Aplikasi Perdagangan Elektronik [2] menyatakan bahawa kemungkinan pengguna menyelesaikan transaksi dalam talian sangat dipengaruhi oleh kualiti laman, kebolehpercayaan teknikal, dan pengalaman sesawang bagi laman sesawang e-dagang tersebut.

Ketika Budget Direct Insurance mempertimbangkan pelbagai platform Strategi Pengurusan Kandungan (CMS), Sitecore menyerlah berbanding yang lain kerana mereka boleh menawarkan pakej penyelesaian sehenti bersepadu. Selain itu, alat Penyambung Sitecore yang dibina dalam Experience Platform Sitecore menjadikannya proses yang mudah untuk menyepadukan sistem teras insurans dengan lapisan perniagaan.

"Untuk membina laman e-dagang yang berfungsi dan transaksional sepenuhnya mengambil masa. Sitecore menjadikan proses tersebut lancar bagi kami. Tidak seperti platform lain yang kami bandingkan, penyambung terbina dalam Sitecore menjadikannya mudah untuk menyelaraskan penghantaran, proses dan pengujian kami," kata Geoffrey Dickman, Ketua Pemasaran di Auto & General Group di Asia Tenggara.

"Sejak dilancarkan budgetdirect.com.sg pada Oktober 2016 dan easycompare.co.th di Thailand awal tahun ini, hasilnya menunjukkan potensi yang tinggi; pelanggan secara konsisten memberi ulasan positif mengenai pengalaman laman kami dan maklumbalas tentang betapa mudahnya membeli produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh jenama kami di laman sesawang masing-masing, satu pencapaian yang bukan calang-calang memandangkan kami mengendalikan jenama dan perjalanan yang berbeza-beza.  Experience Platform Sitecore telah memudahkan kami untuk memberikan pelanggan sebut harga insurans mereka dalam 30 saat atau kurang, dan ini merupakan bahagian penting strategi kami untuk memenangi pelanggan."

Latar Belakang Sitecore

Sitecore ialah peneraju global dalam perisian pengurusan pengalaman yang membolehkan pemasaran konteks. Experience PlatformTM Sitecore® mengurus kandungan, membekalkan kecerdasan kontekstual, dan mengautomasikan komunikasi, pada skala. Ia memperkasakan pemasar untuk menyampaikan kandungan dalam konteks bagaimana pelanggan terlibat dengan jenama mereka, di seluruh saluran, dalam masa sebenar. Lebih daripada 4,600 pelanggan - termasuk American Express, Carnival Cruise Lines, easyJet, dan L'Oreal - mempercayai Sitecore untuk pemasaran konteks bagi menyampaikan interaksi peribadi yang menggembirakan audiens, membina kesetiaan, dan memacu pendapatan.

Latar Belakang Auto & General Group di Asia Tenggara

Auto & General Group di Asia Tenggara memudahkan orang ramai membeli insurans berkualiti dengan harga yang hebat, cepat dan mudah dari atau melalui jenama dagangan mereka, Budget Direct Insurance di Singapura dan EasyCompare di Thailand.

Auto & General Group di Asia Tenggara ialah sebahagian daripada Budget Insurance Group antarabangsa, yang mengendalikan pelbagai perniagaan insurans dan perbandingan, membantu berjuta-juta orang di seluruh dunia membeli dan menguruskan insurans mereka. Budget Insurance Group termasuk comparethemarket.com, salah satu laman perbandingan yang paling digemari dan dikenali di United Kingdom, dan Budget Direct di Australia.

Hubungan Media

Rasheed Abu Bakar 
E-mel: rabubakar@hoffman.com 
Telefon: 65-6361 0257

[1] Jenama membentuk kesetiaan pelanggan walaupun selepas membeli barang, BI Intelligence
[2] Electronic Commerce Research and Applications, Elsevier

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20171017/1967883-1LOGO

Source: Sitecore
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Insurance Joint ventures New products/services