omniture

Premia Partners diperkenal julung kali dengan dasar penjejakan ETF saham-A China berbilang factor dan ekonomi baharu yang pertama dan asas di dunia dengan kaedah Caixin Rayliant Smart Beta

Premia Partners Company Limited
2017-10-24 06:00 887

HONG KONG, 24 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Premia Partners, firma pelaburan yang berpangkalan di Hong Kong yang menumpu pada ETF dan penyelesaian beta pintar, mengumumkan pelancaran dua ETF ekuiti China beta pintar yang direka untuk menyediakan pelabur dengan pelbagai pendedahan terhadap pasaran-pasaran saham-A China. ETF menjejak indeks beta pintar CSI yang menggunakan kaedah yang disediakan oleh Caixin Rayliant Smart Beta ("Caixin Rayliant") yang dipimpin oleh Dr. Jason Hsu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Maklumat Rayliant Global Investors, serta Pengasas bersama dan Naib Pengerusi Research Affiliates.

Kedua-dua ETF yang disenaraikan dalam HKEX memanfaatkan pendekatan asas yang berbilang faktor, dan setiap satunya mengandungi kira-kira 300 saham yang tersenarai di Shanghai dan Shenzhen. Kedua-dua ETF merupakan ETF saham-A fizikal yang memanfaatkan Stock Connect dan dengan nisbah jumlah perbelanjaan sebanyak 0.50% berbanding 1% bayaran purata yang biasa dilihat dalam industri.

  • Premia CSI Caixin China Bedrock Economy ETF ("China BEI ETF") (Simbol: 2803 HK) menjejak Indeks Ekomoni CSI Caixin Bedrock, yang bermatlamat untuk menawan syarikat-syarikat terkemuka yang memacu ekonomi utama China, berdasarkan saiz ekonomi, keadaan kewangan dan ciri-ciri risiko yang rendah,
  • Premia CSI Caixin China New Economy ETF ("China NEI ETF") (Simbol: 3173 HK) menjejak Indeks Enjin Ekonomi Baharu CSI Caixin, yang bermatlamat untuk menawan para pemimpin daripada industri-industri ekonomi baharu, dipilih berdasarkan saiz aset tidak tetap, keadaan kewangan dan ciri-ciri pertumbuhan.

Dengan kemasukan saham A China dalam indeks Pasaran Baru Muncul MSCI, pihak pelabur semakin tercari-cari strategi yang dapat memberi akses cekap ke dalam pasaran Tanah Besar, di samping berusaha menjana pulangan atas-pasaran berbanding dengan hanya membeli syarikat-syarikat terbesar menerusi permodalan pasaran atau membuat pertimbangan tertumpu dalam SOE atau sektor kewangan. ETF Premia memanfaatkan penyelidikan akademik Caixin Rayliant Smart Beta yang mengenal pasti beberapa faktor ekuiti – termasuk nilai, kualiti, turun naik yang rendah, saiz – yang berpotensi untuk mengatasi pasaran ekuiti saham-A yang lebih luas dalam tempoh jangka panjang. Pendekatan beta asas juga memperkenalkan disiplin beli dengan nilai rendah, jual dengan nilai tinggi dalam pelaburan faktor, berbanding pendekatan permodalan pasaran tradisional yang memperlihatkakan kecenderungan untuk beli dengan nilai tinggi, jual dengan nilai rendah.

"Kami berasa amat teruja dapat bekerjasama dengan CSI, Madam Hu Shuli dan Dr. Jason Hsu serta pasukan mereka di Caixin Rayliant yang menawarkan kedua-dua ETF ini," kata Rebecca Chua, Rakan Pengurusan Premia Partners. "Dr. Hsu telah lama menjadi suara utama dalam dunia beta pintar dan pelaburan faktor, dengan hasil kerja beliau di Research Affiliates diiktiraf secara meluas dan diguna pakai oleh pelabur seluruh dunia. Kami berbesar hati dapat memanfaatkan kepakaran beliau selain pandangan serta kepakaran pasukan Caixin Rayliant untuk menyediakan pasaran dengan ETF saham A China berbilang faktor, yang asas dan pertama di dunia. Strategi-strategi ini adalah berasaskan usaha penyelidikan akademik yang mantap terhadap prestasi faktor China dan merupakan yang pertama untuk menawan nuansa aliran utama dan pasaran Tanah Besar ekonomi baharu berbanding mengikuti pendekatan permodalan pasaran yang sempit."

Hu Shuli, ketua editor Caixin Media dan pengasas Caixin Insight Group berkata: "Tatkala ekonomi Cina terus berkembang, pasaran kewangannya menjadi semakin relevan untuk pihak pelabur global. Kami komited untuk menyediakan kandungan kewangan terbaik melalui platform antarabangsa kami, Caixin Global, dan Caixin Rayliant yang memperkasa pihak pelabur yang mempunyai keupayaan beta pintar bertaraf dunia untuk terlibat sama dalam pertumbuhan China."

Dr. Jason Hsu. Pengerusi dan Ketua Pegawai Maklumat Rayliant Global Advisors serta Naib Pengerusi Research Affiliates: "Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Premia Partners untuk ETF NEI dan BEI. Premia mempunyai minat yang sama dengan kami untuk membawakan pasaran dengan strategi-strategi pelaburan canggih pada kos rendah yang dapat menjana nilai jangka panjang untuk pelabur. Khususnya di Asia, yang mengamalkan budaya bayaran yang tinggi dan jualan prestasi jangka pendek, strategi-strategi sedemikian amat diperlukan dan Premia menjadi peneraju untuk berusaha merapatkan jurang yang wujud. Kedua-dua ETF ini menawarkan peluang bagi pulangan berlebihan melalui pendedahan berkos rendah terhadap sumber pulangan yang sistematik."

Sebarang pertanyaan
+852 2950 5700
enquiries@premia-partners.com

Latar Belakang Premia Partners

Premia Partners ialah sebuah firma pelaburan yang ditubuhkan di Hong Kong pada tahun 2016, oleh sekumpulan peminat yang percaya dalam mendayakan pelabur menerusi instrumen pelaburan yang cekap dan menyaksikan skop yang luas bagi tujuan inovasi dalam industri ETF Asia. Pasukan ini terdiri daripada pelbagai pemimpin industri global dan serantau yang bertanggungjawab dan mempunyai matlamat yang sama – untuk membentuk semula lanskap ETF di Asia dengan mengaplikasikan pengetahuan kolektif dan pengalaman pelaksanaan selain berkolaborasi dengan pakar-pakar global yang terbaik dalam kategori bagi mengurus ETF dan penyelesaian beta pintar untuk pelabur. Di Asia, dan untuk Asia – memandangkan di sinilah asal kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.premia-partners.com.

Latar Belakang Caixin Rayliant Smart Beta

Caixin Rayliant Smart Beta ialah satu usaha sama yang dibentuk pada tahun 2017, antara Caixin Insight daripada Caixin Media Group dan Rayliant Global Advisors. Perkongsian ini menghimpunkan sejumlah besar data, kajian dan keupayaan penerbitan dalam kumpulan syarikat Caixin, serta beta pintar, pelaburan faktor dan kepakaran pembinaan indeks Rayliant Global Advisors ("RGA"). Usaha sama ini dipimpin oleh Dr. Jason Hsu sebagai Ketua Arkitek Indeks dan Dr. Jason Tuan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Dr. Jason Hsu ialah Pengasas dan Pengerusi RGA dan pengasas bersama serta Naib Pengerusi Research Affiliates. Dr. Jason Tuan ialah Pengarah Urusan RGA. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.caixinrayliant.com.

Latar Belakang Caixin Insight Group

Caixin Insight Group diasaskan oleh Ketua Editor Caixin Media Group dan wartawan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa Madam HU Shuli. Ia merupakan syarikat saudara Caixin Media (www.caixin.com), penyedia berita kewangan dan perniagaan yang terkemuka.

Syarikat fokus untuk menyediakan pangkalan data perniagaan dan kewangan Cina yang terbaik dalam kategorinya, penyelidikan makroekonomi, analitik data besar, indeks beta pintar dan khidmat runding strategi, dengan matlamat untuk membantu institusi-institusi Cina dan dunia memandu arah dengan lebih baik melalui pembangunan ekonomi berstruktur, pengantarabangsaan, pembangunan pasaran modal dan agenda strategik penting yang lain terhadap China.

Latar Belakang Rayliant Global Advisors
Rayliant Global Advisors (RGA) ialah kumpulan pengurusan pelaburan yang berpangkalan di Hong Kong, diasaskan pada tahun 2012. RGA mengkhusus dalam strategi-strategi ekuiti Rantau Besar China. Pendekatan 'quantamental' yang unik dalam menggabungkan pandangan asas ke dalam proses pembinaan portfolio berasaskan kuantitatif adalah untuk menangani cabaran yang terdapat sama ada dalam strategi-strategi pelaburan asas sahaja atau kuantitatif sahaja.

RGA dipimpin oleh Dr. Jason Hsu, seorang pemimpin yang mantap kedudukannya dalam pelaburan faktor dan pengasas bersama Research Affiliates. Jason telah menerbitkan lebih 40 artikel jurnal dan memenangi pelbagai anugerah atas hasil kerja beliau. Beliau merupakan Profesor Adjung Kewangan dan University of California, Los Angeles, dan profesor pelawat di National Chengchi University di Taiwan dan juga Kyoto University. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rayliant.com.

Source: Premia Partners Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service Joint ventures New products/services