omniture

Sokong Sukan Asia 2018 - PT. Berca Schindler Lifts Lengkapkan Stadium Gelora Bung Karno

Schindler Group
2017-10-24 16:14 1149

JAKARTA, Indonesia, 24 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Selaku peneraju bertaraf global bagi lif dan eskalator, Schindler akan menyediakan penyelesaian mobiliti menegak untuk Sukan Asia 2018 yang berprestij. Diadakan setiap empat tahun, Sukan Asia kali ke-17 2018 bakal dianjurkan di bandar-bandar Jakarta dan Palembang, Indonesia dengan PT. Berca Schindler Lifts sebagai penyokong utamanya.

Gambar ilustrasi: Stadium Gelora Bung Karno (GBK)
Gambar ilustrasi: Stadium Gelora Bung Karno (GBK)

 

Gambar ilustrasi: Stadium Gelora Bung Karno (GBK)
Gambar ilustrasi: Stadium Gelora Bung Karno (GBK)

Lebih 80,000 atlet bertaraf dunia dan para peminat dari seluruh Asia akan berhimpun di stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sempena majlis perasmian dan penutupan temasya tersebut. Arena sukan ini merupakan salah satu stadium terbesar di dunia dan bagi menampung penonton yang begitu ramai, stadium tersebut menjalani proses pengubahsuaian dan reka bentuk semula secara besar-besaran. Dengan jumlah individu yang ramai di lokasi ini, PT. Berca Schindler Lifts bukan sekadar menyediakan sistem pengangkutan menegak untuk membawa orang ramai ke seluruh tempat bagi acara ini, tetapi turut memastikan tunggangan yang selamat dan selesa untuk penumpang.

Keselamatan lif dan eskalator sentiasa menjadi keutamaan tertinggi Schindler. Produk-produk Schindler bukan hanya mematuhi piawaian industri, tetapi turut diuji mengikut piawaian keselamatan ketat Schindler sendiri. Lif kami direka agar dapat memenuhi keperluan mobiliti sebarang bangunan, di samping turut menyokong inisiatif kemampanan pelanggan kami. Schindler turut menetapkan piawaian baharu bagi pendekatan pemuliharaan kuasanya, yang menyumbang terhadap kos operasi yang lebih rendah dan kesan karbon yang lebih kecil.

"Penting untuk kami memasang bukan sekadar lif yang mempunyai teknologi terkini, tetapi juga lif yang andal serta selamat yang kami boleh harapkan daripada Schindler. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Schindler untuk membawakan teknologi terkini ke dalam bangunan ikonik Jakarta," kata Wikrama Wardana, Pengurus Projek bagi projek GBK.

Sebagai rakan kongsi dipercayai, Schindler berbangga dapat menyediakan penyelesaian pintar bagi menyokong pasukan projek GBK dan Sukan Asia 2018.

Latar Belakang Schindler

Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1874, Schindler Group ialah penyedia utama bertaraf global untuk lif, eskalator dan perkhidmatan yang berkaitan. Penyelesaian mobiliti Schindler menggerakkan lebih satu bilion orang setiap hari di seluruh dunia. Di sebalik kejayaan syarikat itu merupakan lebih 59,000 kakitangan di lebih 100 negara.

Latar Belakang PT. Berca Schindler Lifts

PT. Berca Schindler Lifts (BSL) ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai satu usaha sama antara Central Cipta Murdaya Group dan Jardine Schindler Group. Ibu pejabat BSL terletak di Jakarta dan syarikat ini mereka, membangun, memasang, mengekalkan dan memodenkan lif, eskalator serta laluan pejalan kaki bergerak di seluruh Indonesia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171023/1972250-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171023/1972250-1-b
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO

Source: Schindler Group
Keywords: Construction/Building Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements