omniture

LONGi Solar Catat Rekod Dunia Baharu bagi Kecekapan Sel PERC

LONGi Solar
2017-10-24 17:34 858

BEIJING, 24 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- LONGi Green Energy Technology Co., Ltd. hari ini mengumumkan Fraunhofer ISE CalLab dari Jerman mengesahkan kecekapan penukaran fotovolta sebanyak 22.71% bagi sel PERC monohabluran syarikat, yang mencatatkan rekod dunia baharu bagi jenis sel ini.

On October 17, 2017, LONGi Green Energy Technology Co., Ltd. held a press conference in Beijing.
On October 17, 2017, LONGi Green Energy Technology Co., Ltd. held a press conference in Beijing.

Sebagai pengeluar terkemuka industri bagi produk-produk monohabluran berkecekapan tinggi, LONGi sentiasa komited terhadap penambahbaikan teknologi monohabluran. Sejak diasaskan pada tahun 2001, syarikat telah membangunkan dan bergantung terhadap keupayaan penyelidikan & pembangunan (R&D) miliknya sendiri. LONGi terus menerajui industri dalam kemajuan saintifik dan inovasi berteknologi, seperti yang diperlihatkan oleh tahap kemajuan syarikat bagi kecekapan penukaran sel PERCnya:

  • Pada April 2017, barisan sel rintis 100MW LONGi Solar mencapai kecekapan maksimum sebanyak 22.17% dalam pengeluaran besar-besaran (disahkan oleh CPVT);
  • Pada akhir Ogos, LONGi Solar meningkatkan tahap kecekapan kepada 22.43%.

Perkembangan terkini dalam kecekapan penukaran ini merupakan pencapaian R&D teknologi terkini dan paling penting bagi LONGi setakat ini. Ia turut menandakan kemunculan perusahaan Cina sebagai pengeluar fotovolta yang termaju.

Pada tahun 2015, projek pengoperasi terbaik China melengkapi pengguna dengan modul-modul PERC monohabluran. Sejak itu, potensi hebat PERC semakin menarik perhatian industri. Menerusi pencapaian dalam kecekapan sel PERC ini, LONGi mengesahkan keupayaan penjanaan kuasa luar biasanya dan prospek aplikasi yang luas bagi teknologi PERC monohabluran.

Dr. Li Hua, Naib Presiden Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Sel bagi LONGi Solar berkata: "Berdasarkan kawasan yang luas, wafer silikon monohabluran jenis-P, kami berupaya menggunakan teknologi proses sel serasi dengan pengeluaran besar-besaran dan mampu merealisasikan kecekapan penukaran sebanyak 22.71%. Ini meningkatkan dengan ketara tahap keyakinan seluruh industri terhadap sel monohabluran jenis-P. Menerusi pengoptimuman R&D yang berterusan, kami percaya sel PERC monohabluran dapat mencapai tahap kecekapan penukaran yang lebih tinggi berbanding 23.0% dalam masa terdekat."

LONGi Solar merancang untuk memperkenalkan teknologi sel PERC cekap sebanyak 22.0% dalam barisan pengeluaran menjelang akhir tahun 2017, bagi membolehkan syarikat menyediakan produk patuh Pengoperasi Terbaik dengan piawaian teknikal termaju. Perkadaran kuasa modul LONGi akan mencecah 340W-345W bagi format 60-sel menjelang tahun 2018.

LONGi terus berusaha mengukuhkan platform teknologinya. Pada separuh pertama tahun 2017, ia telah melabur semula sebanyak lebih 7% daripada pendapatannya untuk R&D. Nisbah ini adalah antara yang tertinggi dalam industri. Menerusi tumpuan khususnya terhadap kemajuan teknologi, LONGi menyasarkan untuk menjadikan kuasa solar sebagai bahagian yang lebih besar dalam gabungan tenaga global.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171023/1972264-1

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards