omniture

#1 Dunia Sertai Hublot Perkenal Big Bang UNICO Golf Baharu

Hublot
2017-10-25 05:17 956

SHANGHAI, 25 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

Pertama di dunia – Hublot bawakan jam tangan golf mekanikal pertama dengan paparan apertur

generated by system

generated by system

generated by system

Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot

Pembuat jam tangan Switzerland itu berganding bahu dengan Pemain Golf #1 dunia Dustin Johnson bagi memperkenalkan jam tangan khusus untuk sukan ketepatan terunggul – golf. Hublot telah mencipta, membangun, mengeluarkan dan memasang modul bagi melengkapi gerakan UNICO baharunya, yang dicipta khas untuk golf. Gerakan HUB1580 membolehkan pemain golf menghitung mata mereka dengan lancar semasa di padang golf. Jam tangan golf mekanikal Hublot menampilkan paparan apertur dan bersifat ultra ringan, memberikan prestasi sukan yang sebenar. 

Dustin umum dianggap sebagai satu fenomena dalam dunia golf. Gaya dan kebolehan beliau telah merevolusikan sejauh mana permainan tersebut ditanggapi dan beliau menjadi peneraju bagi era baharu sukan tersebut. Kedua-duanya berkongsi visi dan gaya yang pastinya berkesan, jika bukan benar-benar ortodoks. Dustin dan Hublot, golf dan pembuatan jam – kedua-duanya adalah mengenai ketepatan, masa dan kesempurnaan. Kedua-duanya bersama-sama berbangga untuk memperkenalkan Big Bang Unico Golf. Jam tangan golf semua-dalam-satu yang sebenar.

"Big Bang Unico Golf memiliki reka bentuk kontemporari dan mudah digunakan. Ia mempunyai paparan digital dan amat ringan – kurang daripada 100 gram pada pergelangan tangan. Ia memiliki segala-galanya yang saya inginkan daripada jam tangan golf dan merupakan padanan sempurna."

Dustin Johnson, Duta Hublot, Juara Utama dan #1 Dunia

Muka jam Big Bang Unico Golf diukir daripada Texalium®, satu bahan yang inovatif, eksklusif untuk Hublot, yang merupakan gabungan antara gentian karbon dengan aluminium. Komposit unik ini memberikan ciri ringan kepada jam tangan. Berat jam tangan tersebut persis 97.93 gram!

Big Bang Unico Golf mempunyai rupa kronograf dan diilhamkan sebagai kronograf. Gerakannya menampilkan sesondol berbentuk hati kembali-kepada-sifar yang memastikan mekanisme mengira adalah mantap dan andal.

Pukulan hole-in-one untuk Hublot dengan Big Bang Unico Golf! 

Source: Hublot
Keywords: Fashion Sports Sports Equipment & Accessories Licensing/marketing agreements New products/services