omniture

"Kenali budaya Jepun melalui filem" - JFF Magazine dilancar sediakan tarikan filem Jepun untuk dunia

The Japan Foundation
2017-10-25 09:15 695

TOKYO, 25 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Yayasan Jepun melancarkan majalah dalam talian "JFF Magazine", demi meningkatkan kesedaran tarikan pawagam Jepun dan juga budaya unik Jepun yang ditonjolkan dalam filem. Sasaran utama majalah ini ditetapkan untuk rantau Asia Pasifik, yang mana orang ramai mendapat akses terhad kepada filem-filem Jepun. Selain berita terkini berkaitan Festival Filem Jepun, majalah ini akan menyediakan artikel-artikel hasil tulisan para penulis luar negara dalam 5 kategori (gaya hidup, makanan, pelancongan, sejarah dan umum), yang menumpu pada budaya Jepun yang boleh dipelajari daripada filem, menurut perspektif global penulis tersebut. Laman sesawang akan turut menyediakan fungsi carian bagi filem-filem Jepun selain para pelakon lelaki dan wanita, dengan kerjasama carian JACC®.

JFF Magazine
JFF Magazine

Butiran JFF Magazine

  • Nama laman sesawang: JFF Magazine
  • URL: http://www.japanesefilmfest.org/
  • Pengurusan: Yayasan Jepun
  • Tarikh dilancarkan: Bermula pada 25 Oktober 2017
  • Bahasa sokongan: Bahasa Jepun / Bahasa Inggeris
  • Kemas kini: Bulanan (dirancang)

Latar Belakang Yayasan Jepun

Logo Yayasan Jepun
Logo Yayasan Jepun

Bagi menggalakkan persahabatan dan hubungan antara Jepun dan seluruh dunia, Yayasan Jepun mencipta peluang global untuk memupuk persahabatan, kepercayaan dan persefahaman melalui budaya, bahasa dan dialog.

Yayasan Jepun ditubuhkan pada Oktober 1972 sebagai entiti sah khas yang diselia oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Pada Oktober 2003, ia disusun semula sebagai sebuah institusi pentadbiran bebas.

http://www.jpf.go.jp/e/index.html

Latar Belakang Festival Filem Jepun

Logo Festival Filem Jepun
Logo Festival Filem Jepun

Yayasan Jepun telah mengadakan Festival Filem Jepun (JFF), dengan matlamat untuk menggalakkan pertukaran budaya dan penyebaran filem Jepun. Pada tahun 2016, Inisiatif Pintu Masuk Asia Pasifik JFF dilancarkan dengan tiga skim asas: Rangkaian Asia Pasifik JFF, acara-acara PR Asia Pasifik JFF yang disertai oleh peminat, dan Pembangunan platform dalam talian JFF. Melalui skim ini, JFF akan menjadi lebih daripada sekadar acara tunggal, iaitu satu jenama tergabung, bagi memastikan kandungannya boleh didekati dan menarik untuk para penonton dan golongan profesional industri filem yang mengambil bahagian dalam setiap negara.

*Negara-negara acara JFF pada tahun 2017: Filipina, Malaysia, Vietnam, Indonesia, Australia, Kemboja, India, China, Laos, Myanmar, Brunei, Thailand dan Singapura

Hubungi:

YAYASAN JEPUN
Jabatan Filem dan Media Penyiaran
Bahagian Filem
TEL: +81-3-5369-6064
Nama untuk Dihubungi: Tanaka
E-mel : jff-gateway@jpf.go.jp

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171017/1967940-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171017/1967940-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171017/1967940-1-c

Source: The Japan Foundation
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Magazines Publishing/Information Service New products/services