omniture

Rakyat Malaysia berminat teroka negara sendiri, dapatan kajian baharu agoda

agoda
2017-10-25 22:08 897

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Oktober 2017 /PRNewswire/ --Travel and TechStudy agoda menunjukkan pelancong Singapura melakukan purata 3.1 perjalanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan yang lalu, menjadikan mereka yang paling cenderung untuk melancong ke seluruh dunia berbanding jiran-jiran APAC mereka di Malaysia, Filipina, Australia, Indonesia dan Thailand, yang semuanya rata-rata melakukan antara 1.1 dan 1.7 perjalanan luar negara dalam tahun lepas.

Who are the most avid travellers across Asia-Pacific?
Who are the most avid travellers across Asia-Pacific?

Thailand dan Filipina mempunyai warga yang paling terpikat dengan halaman mereka sendiri, purata 5.1 dan 4.4 perjalanan tempatan dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Indonesia dan Malaysia berada di belakang dengan purata 3.9 dan 3.4 perjalanan, manakala Australia dan Singapura hanya mengendalikan 2.7 dan 1.1 lawatan domestik pada tahun lalu.

Dapatan ini mencadangkan bahawa bilangan perjalanan luar negeri dan domestik yang tinggi yang dilakukan oleh rakyat Malaysia menunjukkan peningkatan pendapatan boleh guna penduduk, yang ingin lebih banyak berbelanja untuk rekreasi dan budaya. Sentiasa berminat untuk menerokai negara mereka sendiri, 10 destinasi paling popular bagi rakyat Malaysia semuanya terletak dalam negara mereka sendiri, dengan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Melaka menduduki tiga tangga teratas.

Andrew Edwards, Pengarah Global untuk Jenama dan Komunikas agoda, mengulas:

"Melihat perbezaan antara pelancong di seluruh rantau memang menarik tetapi apa yang bermakna adalah hakikat bahawa orang ramai semakin melakukan lebih banyak perjalanan. Ia menunjukkan bahawa perjalanan menjadi lebih penting kepada orang di seluruh Asia-Pasifik, sehinggakan tatkala kami meningkatkan jumlah hartanah yang tersedia di agoda, terdapat juga peningkatan dalam permintaan."

Latar Belakang penyelidikan

Tinjauan kuantitatif dalam talian telah ditugaskan oleh agoda, dengan respons daripada 11,762 responden Asia-Pasifik berusia 18-64 tahun. Data dikumpulkan antara 27 Februari dan 17 April 2017. Data tempahan destinasi dikumpulkan antara Januari dan September 2017. 

Latar Belakang agoda

agoda (Nasdaq:PCLN) merupakan salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian yang paling pesat berkembang di dunia. agoda komited untuk menyediakan percutian yang terbaik, pada harga terbaik. Dengan rangkaian lebih daripada 1.6 juta hartanah penginapan, termasuk pangsapuri, vila, rumah, dan hotel yang disokong oleh lebih daripada 15 juta ulasan pengembara sebenar, agoda membantu pelancong lain mencari dan meneroka pengalaman baharu di destinasi baharu. Ditubuhkan pada tahun 2005, syarikat baharu ini dengan pantas berkembang di Asia dan diperoleh pada tahun 2007 oleh Priceline Group - penjual bilik  dalam talian terbesar di dunia. agoda beribu pejabat di Singapura, dengan pejabat di bandar-bandar utama di lebih 30 negara.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171024/1973319-1

Source: agoda
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Travel Survey, Polls & Research