MILAN, 26 Oktober 2017 /PRNewswire/ --
Ekoran kejayaan antarabangsa edisi 2017, Campari, minuman beralkohol Itali yang ikonik, mengumumkan kemunculan semula Campari Red Diaries 2018 dengan sebuah filem pendek dibintangi pelakon-pelakon hebat yang penuh dengan cetusan rasa ingin tahu, membawa penonton menyusuri perjalanan bagi mencari koktel yang sempurna. Dengan mengembangkan etos Campari bahawa 'setiap koktel menceritakan satu kisah', filem tahun ini merupakan satu perayaan untuk bakat pelayan bar seluruh dunia, dan paling penting, Red Hands, pakar bagi koktel terbaik dunia.
Filem pendek ini berperanan sebagai kemuncak kempen tahun ini, dibintangi oleh pelakon wanita yang terkenal di seluruh dunia Zoe Saldana – bintang bagi francais filem blokbuster Avatar dan Guardians of the Galaxy - pelakon Itali Adriano Giannini dan diarahkan oleh pengarah Itali popular Stefano Sollima, yang terkenal dengan hasil karya beliau tentang Gomorrah dan filem akan datang, Soldado.
Berjudul 'The Legend of Red Hand', kisah ini adalah satu misteri mendebarkan yang mengisahkan perjalanan Mia Parc, dilakonkan oleh Zoe Saldana yang ingin tahu, dalam usaha mencari koktel sempurna bermula di Milan, lokasi terhasilnya Campari.
Pengarah, Stefano Sollima membawakan kepakaran penceritaan beliau dalam genre seram bagi menghasilkan kisah yang menggelisahkan dan menarik, membawa penonton menyusuri perjalanan penuh rasa ingin tahu ke serata dunia bagi mencari kesempurnaan. Saldana menonjolkan elemen glamor dan kesantunan dalam watak beliau sebagai Mia Parc di samping pelakon Itali, Adriano Giannini, sebagai pelaon utama lelaki dan cinta hati Mia, Davide sebagai lambang gaya Itali.
Protagonis utama bagi filem ini, Zoe Saldana mengulas: "Kempen Campari Red Diaries mempunyai legasi yang hebat, maka saya berbesar hati dapat memainkan peranan sebagai Mia Parc dalam The Legend of Red Hand. Watak Mia adalah suatu yang menarik untuk dilakonkan, dan peluang menggambarkan keazamannya bagi mencapai kesempurnaan dan menghidupkan keazaman ini di Milan sebagai lokasi terhasilnya Campari, minuman beralkohol Itali ikonik, adalah suatu yang amat istimewa."
Bercakap tentang penghasilan filem pendek ini, Stefano Sollima mengulas: "Peluang mengarahkan filem pendek The Legend of Red Hand dan bekerja bersama-sama bakat sedemikian adalah suatu yang membanggakan. Sebagai warga Itali, Campari ialah satu jenama ikonik yang telah wujud sepanjang hidup saya, menjadikannya pilihan mudah untuk berganding bahu bersama-sama. Kempen dan kisah tersebut mencetuskan daya kreativiti untuk mencipta dunia misteri yang menggamit penonton dan menyebabkan mereka inginkan lagi."
Tentang peranan beliau sebagai Davide, Adriano Giannini berkata: "Peluang bekerjasama dengan Zoe Saldana dan Stefano Sollima untuk The Legend of Red Hand pastinya suatu yang membanggakan, khususnya bagi sebuah filem pendek untuk jenama dengan Warisan Itali yang beraneka. Dengan melakonkan watak Davide, watak yang dinamakan bersempena pengasas Campari adalah suatu tanggungjawab yang besar, dan saya berasa teruja untuk para penonton mengetahuinya dengan lebih lanjut tahun hadapan."
Bob Kunze-Concewitz, Ketua Pegawai Eksekutif Gruppo Campari: "Tahun ini, kempen Campari Red Diaries beralih kepada sesuatu yang baharu dan menarik; kami menonjolkan cita-cita Campari bagi menghasilkan koktel yang sempurna, di samping terus meraikan bakat dalam seni sebagai pelayan bar seluruh dunia. Kami berasa teruja dapat membawakan Zoe Saldana, Stefano Sollima serta Adriano Giannini sebagai penggerak utama filem dan berharap dapat melancarkan filem penuh serta membawa para peminat kami menyusuri perjalanan untuk mencari sesuatu di sebalik The Legend of Red Hand."
The Legend of Red Hand akan dilancarkan secara digital di seluruh dunia pada tahun 2018 dan diraikan menerusi tayangan perdana permaidani merah di lokasi permulaan segala-galanya, Milan. Filem pendek ini akan turut disediakan melalui saluran YouTube rasmi Campari pada tahun 2018, sila ikuti saluran media sosial Campari untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bagi menonton tayangan awal di belakang tabir The Legend of Red Hand, lihat video iklan acah melalui YouTube di sini: https://youtu.be/h_OQQeRc7Tc
LATAR BELAKANG CAMPARI RED DIARIES
Dilancarkan pada tahun 2017, Campari Red Diaries ialah satu evolusi Kalendar Campari. Satu kempen holistik 360[o], dengan filem pendek sebagai tumpuannya, Campari Red Diaries menghidupkan etos Campari bahawa "setiap koktel menceritakan satu kisah". Campari Red Diaries dilancarkan secara digital, dengan filem pendek ditayangkan di halaman YouTube rasmi Campari.
LATAR BELAKANG CAMPARI
Campari ialah jenama klasik yang kontemporari dan berkarisma. Ramuan rahsianya, yang kekal tidak diubah suai, berasal dari Novara pada tahun 1860 dan merupakan asas bagi beberapa koktel yang paling terkenal seluruh dunia. Campari merupakan minuman beralkohol yang diperoleh daripada penyerapan herba pahit, tumbuh-tumbuhan beraroma dan buah-buahan dalam alkohol dan air. Dengan warna merah yang terang, aroma yang kuat dan rasa yang mencetus inspirasi, Campari sentiasa menjadi simbol daya penarik dan keseronokan, yang menyebarkan kenikmatannya menjadi suatu pengalaman minum yang mengasyikkan. Ini merupakan nilai-nilai yang menjadikan jenama Campari terkenal di seluruh dunia sebagai ikon gaya dan kecemerlangan Itali yang bertenaga.
LATAR BELAKANG GRUPPO CAMPARI
Gruppo Campari ialah pengusaha utama dalam industri minuman beralkohol dunia, memiliki portfolio yang terdiri daripada lebih 50 jenama premium dan super premium, diagihkan menerusi keutamaan Global, Serantau dan Tempatan. Keutamaan Global, tumpuan utama Syarikat ini, merangkumi Aperol, Appleton Estate, Campari, SKYY, Wild Turkey dan Grand Marnier. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1860 dan kini merupakan pengusaha keenam terbesar dunia dalam industri minuman beralkohol premium. Ia telah mencapai jangkauan pengedaran global, berurus niaga di lebih 190 negara di seluruh dunia selain memiliki kedudukan utama di Eropah dan benua Amerika. Strategi pertumbuhan Syarikat bermatlamat untuk menggabungkan pertumbuhan organik menerusi pembangunan jenama yang kukuh dan pertumbuhan luaran melalui pemerolehan terpilih jenama-jenama dan syarikat-syarikat.
Beribu pejabat di Milan, Itali, Campari memiliki 18 kilang di seluruh dunia selain mempunyai rangkaian pengedaran sendiri di 20 negara. Syarikat ini menggaji kira-kira 4,000 kakitangan. Saham syarikat induk Davide Campari-Milano S.p.A. (Reuters CPRI.MI - Bloomberg CPR IM) tersenarai dalam Bursa Saham Itali sejak tahun 2001. Untuk maklumat lanjut: http://www.camparigroup.com/en
Sila nikmati jenama-jenama kami secara berhemah
Untuk pertanyaan media, sila gunakan: Maklumat Perhubungan Akhbar Antarabangsahttp://www.camparigroup.com/en/media/conthttp:/www.camparigroup.com/en/media/contactsacts
#Campari #RedDiaries
http://www.campari.com
https://www.youtube.com/EnjoyCampari
https://www.facebook.com/Campari
https://instagram.com/campariofficial
https://twitter.com/campari