SHENZHEN, China, Oct. 26, 2017 /PRNewswire/ -- Anda mungkin tidak mengetahui bahawa di China, apabila anda minum Coca-Cola, Sprite, Fanta, atau sebarang minuman yang dihasilkan oleh COFCO Coca-Cola Beverages Ltd., satu usaha niaga bersama China National Cereals, Oils and Foodstuffs Corporation (COFCO) dan Coca-Cola, ICT Huawei menyokong pengeluaran, jualan dan pengedaran mereka.
Infrastruktur Rangkaian Gabungan Diperlukan Segera
Pada tahun 2000, COFCO dan Coca-Cola, kedua-dua syarikat Fortune Global 500, menubuhkan COFCO Coca-Cola Beverage Co, Ltd (COFCO Coca-Cola), di mana COFCO memegang 65% saham manakala Coca-Cola memiliki baki 35 %. COFCO Coca-Cola merupakan satu-satunya kumpulan pembotolan Coca-Cola yang dikawal oleh perusahaan biayaan Cina di China. Salah satu syarikat pembotolan Coca-Cola yang paling pesat berkembang, COFCO Coca-Cola ialah antara syarikat pembotolan Coca-Cola 10 Teratas di seluruh dunia. Pada masa ini, minuman yang dikeluarkan COFCO Coca-Cola boleh didapati di 81% wilayah China dan 51% penduduk China.
Sistem perniagaan COFCO Coca-Cola terdiri daripada tiga bahagian berikut:
Sistem aplikasi hadapan, termasuk data jualan, logistik, Automasi Pejabat (OA), dan sistem pengurusan komunikasi luaran: Sistem ini menyokong jualan minuman harian, lawatan kedai runcit, logistik, penghantaran, dan perniagaan-perniagaan lain. Selepas pelanggan membuat pesanan, pemandu fret menggunakan sistem aplikasi gudang untuk mengutamakan pesanan dengan mudah dan merancang laluan pengangkutan yang paling sesuai. Dengan fungsi pemetaan dan navigasi terbina dalam sistem, minuman boleh dihantar dengan cepat dan tepat kepada pengedar dan kedai runcit.
Perancangan Sumber Perusahaan (ERP): COFCO Coca-Cola menggunakan Komponen Pusat ERP SAP (ECC). Komponen utama SAP ECC termasuk pengurusan kewangan, pengurusan jualan, perancangan pengeluaran, pengurusan bahan, penyelenggaraan kilang, pengurusan sumber manusia, dan Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM). Dengan sistem aplikasi bahagian hadapan, CRM membolehkan siri aktiviti seperti penempahan pesanan dan harga, rakan kongsi dan pengurusan perkhidmatan.
Portal, sistem pelaporan dan gudang data: Walaupun sistem perniagaan COFCO Coca-Cola adalah yang paling canggih, infrastruktur rangkaian legasinya bersendiri, dengan beberapa sistem perniagaan teras yang digunakan secara berasingan. Memandangkan jenis dan ruang lingkup perniagaan terus berkembang, jelas sekali bahawa seni bina tradisional ini tidak mencukupi. COFCO Coca-Cola menghadapi Operasi dan Penyelenggaraan yang kompleks dan peningkatan dan skalabiliti yang sukar, yang menghalang pelaksanaan perkhidmatan baharu sebagai respons terhadap keperluan perkhidmatan yang pantas berubah. COFCO Coca-Cola amat memerlukan penyatuan segera infrastruktur rangkaiannya.
"Infrastruktur rangkaian asal kami tidak dapat menyokong strategi transformasi ICT kami," kata Li Zhihong dari Jabatan Pengurusan Maklumat COFCO Coca-Cola. "Selepas kira-kira satu tahun penyelidikan, kami memutuskan untuk membina platform awan dan menggunakan infrastruktur awan untuk menyokong sistem perniagaan teras kami seperti ERP dan CRM."
Membina Platform Awan dengan Senibina Hiper-Tertumpu
Di masa lalu, COFCO Coca-Cola menggunakan komputer pertengahan. Pada masa ini, perkakas berasaskan x86 telah meningkatkan prestasi CPU mereka, dan peralatan terkini, seperti yang didatangkan dari Huawei, sangat bersepadu: mereka menggabungkan unit pengkomputeran, unit penyimpanan, unit rangkaian, dan perisian virtualisasi.
Setelah mempertimbangkan beberapa faktor seperti prestasi CPU, tahap penyepaduan, keberkesanan kos, dan Pulangan atas Pelaburan peralatan, COFCO Coca-Cola akhirnya memilih penyelesaian perkakas FusionCube Huawei yang tertumpu. Di samping itu, COFCO Coca-Cola memilih pelayan FusionServer Huawei, sistem penyimpanan OceanStor 5500 V3, dan sistem operasi awan FusionSphere.
"Banyak penyelidik pasaran menunjukkan bahawa Huawei meningkatkan bahagiannya dalam pasaran perkakas, penyimpanan dan pelayan," kata Li. "Saya amat bersetuju bahawa Huawei mempunyai keupayaan yang kukuh dalam bidang-bidang ini."
FusionCube Huawei ialah infrastruktur hiper-tertumpu yang menyediakan keupayaan platform awan elastik. Dengan FusionCube Huawei, COFCO Coca-Cola dapat menubuhkan platform penyatuan sumber bersatu untuk memenuhi keperluan sistem perniagaan termasuk CRM, OA, mel perusahaan dan sistem perniagaan teras yang lain. Di samping itu, sumber IT dikuasai dengan cekap dan anjal.
FusionCube menggunakan seni bina inovatif yang menumpu pengkomputeran, penyimpanan, dan sumber rangkaian. Ia memprasepadukan platform pengkomputeran berprestasi tinggi, rangkaian pensuisan berkelajuan tinggi, sistem storan selari yang diedarkan, dan perisian awan virtualisasi. Hasilnya, ia melaksanakan penggunaan, pengembangan, dan penghijrahan perkhidmatan IT yang anjal. FusionCube penting untuk mencapai keberkesanan kos pusat data yang tinggi.
Sistem penyimpanan OceanStor 5500 V3 Huawei membolehkan penyepaduan pelbagai pengawal dan rangkaian penyimpanan storan aktif-aktif dan nod penyimpanan rangkaian bergabung. Fungsi tertumpu ini menjadikan usaha COFCO Coca-Cola yang mencari sistem storan yang mempunyai prestasi yang lebih tinggi, kependaman yang lebih rendah, dan keanjalan yang lebih baik.
FusionSphere Huawei ialah sistem operasi awan OpenStack yang direka untuk pelanggan dari pelbagai industri. Ia menawarkan pengurusan virtualisasi dan pengumpulan sumber yang hebat, komponen dan peralatan infrastruktur awan yang beraneka, dan membuka Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API). FusionSphere membantu COFCO Coca-Cola membuat penggabungan mendatar sumber-sumber fizikal dan maya di pusat data dan mengoptimumkan platform perniagaan secara menegak.
Operasi Perniagaan yang Stabil dan Pantas
Penggiat dalam industri Barangan Pengguna yang Pastas Bergerak (FMCG) perlu responsif kepada pengembangan perniagaan yang pantas. Sebagai penggiat FMCG yang terkemuka, COFCO Coca-Cola memerlukan sistem perniagaan dan sistem pejabatnya berfungsi dengan pantas, berjalan dengan cekap, dan mempunyai nisbah harga-prestasi yang tinggi. Di samping itu, sistem ini mestilah stabil, memenuhi keperluan kestabilan sistem yang ketat industri pembuatan.
FusionCube Huawei dicirikan oleh infrastruktur hiper-tertumpu dan tahap penyepaduan yang tinggi yang membawa manfaat yang besar kepada COFCO Coca-Cola. Sebagai contoh, FusionCube:
Menyingkat pelaksanaan perkhidmatan sebanyak lebih 60%, memastikan pelancaran khidmat baru yang pantas.
Menjimatkan ruang bilik peralatan sebanyak lebih 70%.
Mengurangkan perbelanjaan pengurusan pusat data sebanyak 30%.
Membolehkan penambahbaikan prestasi hampir 10 kali ganda bagi perkhidmatan utama dengan mengoptimumkan operasi baca/tulis pangkalan data (masa baca/tulis disingkatkan daripada 4.5 ms kepada 0.42 ms). FusionServer Huawei membantu COFCO Coca-Cola mengurangkan masa respons pelayan daripada 900 ms kepada 600 ms dan menurunkan masa tindak balas laporan ERP daripada 4,100 ms kepada 1,700 ms. FusionSphere Huawei bukan sahaja memenuhi keperluan penggunaan virtualisasi COFCO Coca-Cola, tetapi menjadikan pemasangan dan penggunaan pengkomputeran awan lebih mudah.
Sejak penggunaan dan pelaksanaan produk ICT Huawei, COFCO Coca-Cola telah melaporkan lebih daripada 99.9% kebolehpercayaan sistem perniagaan terasnya, dengan masa henti tahunan kurang daripada 8 jam. Hasil yang mengagumkan ini memenuhi keperluan kestabilan sistem perniagaan utama COFCO Coca-Cola dan membolehkan operasi perniagaan yang cekap.
Membina platform awan hanyalah langkah pertama dalam perjalanan transformasi digital COFCO Coca-Cola. Syarikat mempunyai rancangan tambahan untuk transformasi digitalnya. Sebagai contoh, syarikat merancang untuk menyepadukan peralatan pengeluaran dengan sistem perniagaan teras menerusi teknologi sensor dan Internet Komunikasi Benda (IoT). Ia juga akan memanfaatkan Data Besar untuk mencapai penyenggaraan ramalan dan meningkatkan ramalan pengeluaran dan jualan.
"Huawei telah memberikan kami satu siri penyelesaian infrastruktur ICT, seperti FusionCube, yang sepenuhnya memenuhi keperluan pembangunan perniagaan kami dan mematuhi strategi transformasi ICT kami," kata Li. "Kami tidak sabar-sabar untuk kerjasama selanjutnya dengan Huawei."
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Huawei membantu perniagaan mencapai transformasi digital, sila lawati http://e.huawei.com/topic/leading-new-ict-en/index.html?utm_campaign=lni17-minisiteen&utm_medium=hwdc&utm_source=ebghome-en&source=eebghq175155l