omniture

iSee Taiwan Foundation dan Sayling Wen Cultural & Educational Foundation Wujudkan Rangkaian 21 Organisasi Rekaan Global

Kepimpinan Inovatif x Masa Depan iSee
Festival Rekaan Bakat Global 2017 Pecah Semua Rekod Terdahulu
Bina Platform Perkongsian & Pertukaran Global; Latih Pemimpin Masa Hadapan
iSee Taiwan Foundation
2017-10-26 12:46 711

TAIPEI, Taiwan, 26 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Inovasi dan Kepimpinan, adalah faktor yang paling penting dalam pembangunan masyarakat masa depan. Di bawah sepanduk "Kepimpinan Innovatif x Masa Depan iSee", iSee Taiwan Foundation dan Sayling Wen Cultural & Educational Foundation sekali lagi bersama-sama menaja Pertandingan Rekabentuk Pelajar Antarabangsa Taiwan (TISDC) tahun ini dan menganjurkan Festival Rekaan Bakat Global gabungan-TISDC (GTDF). Selain mengundang profesional rekaan antarabangsa terkemuka ke Taiwan untuk perbincangan, TISDC 2017 akan mengalu-alukan wakil dari 21 organisasi rekaan kebangsaan di Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Jepun dan negara-negara lain di 5 benua ke Taiwan untuk mewujudkan perpaduan bersama dan platform global untuk kerjasama berkaitan rekaan dan perkongsian pengetahuan. GTDF semakin menjadi pentas global untuk mempromosikan bakat rekaan terhebat baik dari Taiwan dan tempat lain, selain "menyerahkan obor" inovasi rekaan kepada generasi baharu profesional muda yang berbakat dan bercita-cita tinggi. Tidak hairanlah ia digelar sebagai "perhimpunan besar" dunia rekaan bagi tahun ini.

Penajaan berterusan TISDC oleh iSee Taiwan Foundation dan Sayling Wen Cultural & Educational Foundation telah menjadikan acara tahun ini lebih besar dan lebih baik daripada sebelumnya. TISDC telah menerima 18,932 penyertaan daripada 910 jabatan dan institut rekaan di 71 negara dan wilayah di seluruh dunia. Semua akan bersaing untuk hadiah wang tunai sebanyak NT$ 4.8 juta yang ditawarkan. GTDF kemudian akan mengekalkan momentum pada akhir November dengan beberapa siri aktiviti yang diadakan di bawah tema "Kepimpinan Inovatif x Masa Depan iSee".

Kepimpinan Inovatif - Golongan Profesional Rekaan Global Terhebat Berkumpul di Taiwan, Meletakkan Sasaran pada Kemungkinan Baharu yang Menarik

Dengan harapan dapat meningkatkan lagi pengaruh Taiwan di persada rekaan global, dua yayasan penaja ini, yang telah lama mempromosikan budaya tempatan dan inisiatif latihan bakat substantif di Taiwan, telah merancang satu siri aktiviti yang membina untuk Festival Rekaan Bakat Global tahun ini di bawah panji "Kepimpinan Inovatif x Masa Depan iSee". Sebagai satu permulaan, satu set acara "Kepimpinan Inovatif" dibuka pada bulan Oktober, dengan 21 wakil organisasi rekaan global yang dijemput ke pusat Taiwan untuk menyertai beberapa profesional rekaan terkemuka di negara ini dalam lawatan khas budaya dan "pertemuan industri". Topik-topik yang dibincangkan termasuk cara berkesan menggunakan rekaan sebagai enjin untuk menaik taraf industri domestik dan kualiti hidup dan bagaimana untuk memanfaatkan kepelbagaian budaya dan perkongsian antara generasi untuk mencipta pendekatan baharu dan inovatif untuk mereka dan, akhirnya, menyerahkan obor kecemerlangan rekaan kepada generasi akan datang.

Acara Utama GTDF - Pendaftaran Bakal Dibuka untuk Forum Kepimpinan Rekaan Global 11/26

Forum Kepimpinan Rekaan Global, acara utama GTDF tahun ini, akan berlangsung pada 26 November, apabila golongan profesional rekaan terkemuka akan mengambil bahagian untuk berkongsi idea mereka mengenai kepimpinan inovatif, peranan kepimpinan mereka sendiri dalam industri rekaan, dan pemikiran mereka tentang peningkatan kepentingan "gaya hidup yang indah". Penasihat serantau ICSID dan Ketua Pegawai Eksekutif GK Design Group Kazuo Tanaka dan bekas Presiden ICSID dan Ketua Pegawai Eksekutif Good Design Australia, Dr. Brandon Gien dijangka membuat penampilan bersama yang julung-julung kali di pentas untuk berkongsi perspektif masing-masing mengenai falsafah yang beraneka tentang rekaan yang baik, kreativiti budaya, dan trend dalam rekaan estetik. Pendaftaran dalam talian untuk Forum Pemimpin Rekaan akan dibuka tidak lama lagi! Sila klik pada pautan berikut untuk melawat halaman pendaftaran Forum: http://topic.cw.com.tw/event/2017leadershipforum/index.html

Alice Chang

Peggy Fu

+886-2-7745-1688

+886-2-2729-6633

AliceW.Chang@ogilvy.com

Peggy_Fu@saylingwen.org.tw

 

Source: iSee Taiwan Foundation
Keywords: Art Entertainment Trade show news