omniture

Hikvision Perkenal Penyelesaian Pengurusan Tempat Letak Kereta Pintar

Ketahui bagaimana pengurusan lot tempat letak kereta pintar selesaikan masalah tempat letak kereta
Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
2017-10-26 13:12 938

HANGZHOU, China, 26 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Dengan pengalaman bertahun-tahun mengendalikan penyelesaian pintar dalam beribu perniagaan di seluruh dunia, Hikvision, pembekal utama dunia untuk produk dan penyelesaian pengawasan video yang inovatif, bertekad untuk memudahkan kehidupan para pengendali tempat letak kereta. Dengan Penyelesaian Pengurusan Tempat Letak Kereta Pintar canggih mereka, penyelesaian daripada Hikvision ini berjaya meningkatkan kecekapan pengurusan, keselamatan dan matlamat keuntungan pengendali tempat letak kereta.

Penyelesaian Pengurusan Tempat Letak Kereta Pintar
Penyelesaian Pengurusan Tempat Letak Kereta Pintar

Peningkatan kos hartanah dan tanah bermakna perniagaan tempat letak kereta yang berjaya harus berusaha untuk menggunakan lot-lot mereka dengan cara yang paling ekonomi. Justeru, pengurusan berkesan untuk setiap inci persegi ruang letak kereta yang tersedia menjadi keutamaan.

Pengurusan Akses Berkesan

Untuk lot-lot letak kereta yang berdekatan dengan pusat bandar atau kemudahan-kemudahan popular, aliran pelanggan yang tinggi semasa waktu gegas selalu menyebabkan kesesakan jalan masuk ke tempat letak kereta. Keselamatan dan pengurusan tempat letak kereta yang berkesan adalan kritikal, terutama sekali dalam sektor peruncitan.

Sistem Pengurusan Tempat Letak Kereta Pintar Hikvision menggunakan teknologi pengadang terkini, menggabungkannya dengan Pengenalan Nombor Plat Automatik (ANPR) Hikvision yang mengikut piawaian industri untuk memastikan masuk dan keluar kenderaan dari lot tempat letak kereta yang lancar dan terurus. Perisian pengenalan kenderaan yang cepat dan kawalan pengadang berintegrasi bermakna giliran yang minimum dan aliran kenderaan yang lebih banyak boleh dikendalikan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan mana-mana tempat letak kereta.

Teknologi pengimejan DarkFigther dan True WDR Hikvision yang canggih telah digunakan dalam sistem ANPR, serta sebagai pilihan kepada IR atau pencahayaan lampu LED putih yang terbina dalam. Teknologi-teknologi terkemuka industri ini memastikan penghantaran pengenalan dan rakaman yang terang dan jelas terhadap setiap kenderaan yang menggunakan lot letak kereta pada waktu siang dan malam.

Panduan Tempat Letak Kereta yang Cekap

Kamera-kamera Panduan Tempat Letak Kereta dalam penyelesaian yang mantap ini memantau penggunaan letak kereta kereta serta ketersediaan ruang, 24 jam sehari secara automatik. Tanda yang lebih sofistikated dan berguna selain daripada tanda biasa 'Ruang Kosong', sistem ini sebenarnya menunjukkan kepada para pelanggan tentang ruang tempat letak kereta yang tersedia dan membimbing mereka ke ruang-ruang tersebut sebaik ketibaan. Ini dapat dicapai melalui skrin paparan panduan tempat letak kereta di persimpangan-persimpangan penting dalam tempat letak kereta, yang mempamerkan nombor dan lokasi ruang letak kereta yang tersedia. Selain dari itu, sistem penunjuk pencahayaan yang dinamik mengarahkan pelanggan ke ruang khusus yang tersedia – mengurangkan masa letak kereta pelanggan dan mewujudkan pengalaman di mana pemandu sentiasa menemui ruang letak kereta kosong dengan cepat.

Dikawal oleh Terminal Panduan Tempat Letak Kereta Hikvision, sistem ini menyediakan akses kuasa dan rangkaian sehingga 32 kamera yang berhampiran, tetapi juga menyediakan video masa nyata untuk pengawasan dan pemeliharaan bukti kejadian. Sebagai tambahan, terminal-terminal ini menyimpan data kritikal secara lokal dan boleh mengendalikan panduan tempat letak kereta di luar talian – untuk memastikan keandalan sistem yang optimum dan kesan yang minimum terhadap rangkaian data kawasan lokal.

Ciri 'Cari Kereta Saya'

Mewujudkan nilai tambahan dan meningkatkan pengalaman pengguna akhir dalam lot letak kereta, Sistem Pengurusan Tempat Letak Kereta Pintar Hikvision termasuk ciri "Cari Kereta Saya'. Apabila kembali ke lot letak kereta, para pemandu boleh menggunakkan skrin sentuh Kiosk Pertanyaan. Dengan hanya memasukkan nombor penuh atau sebahagian nombor plat, kenderaan boleh ditemui dalam peta lantai skema, dan lokasi kenderaan dipaparkan, beserta dengan laluan terpendek dan terpantas ke kereta. Ini bermakna kenderaan boleh ditemui dengan mudah oleh pelanggan yang kerap keliru dengan reka bentuk tempat letak kereta yang moden, serta pengguna yang rentan boleh merasa selamat apabila mengetahui bahawa mereka disediakan dengan penunjuk arah yang mudah, cepat dan selamat ke kenderaan mereka. Ini sekali lagi menyumbang kepada pewujudan persekitaran yang selamat, yang akan menggalakkan pelanggan untuk menggunakan kemudahan tersebut dengan lebih kerap – dengan kesan meningkatkan pendapatan perniagaan.

Pengurusan Tempat Letak Kereta Terpusat

Pengurusan seharian, termasuk kawalan halangan jarak jauh, pengurusan akses plat lesen, kemalangan kenderaan dan letak kereta yang tidak dibenarkan, kini boleh dicapai dengan platform pengurusan tempat letak kereta terpusat Hikvision. Menyediakan maklumat dan alatan yang penting untuk memastikan operasi lot tempat letak kereta yang lancar, Penyelesaian Pengurusan Tempat Letak Kereta Pintar Hikvision ini menggunakan platform pengurusan pusat yang membolehkan pengendali menggunakan tenaga kerja, mengawasi gambaran keseluruhan kemudahan, dan memberi maklum balas kepada kejadian yang dirancang atau tidak dengan cepat dan cekap.

Sistem ini boleh menyediakan maklumat statistik dan analisa lot letak kereta yang bernilai, membantu para pengendali memaksimumkan keuntungan mereka dan membekalkan status sejarah, kadar penggunaan tempat letak kereta, aliran kenderaan dan banyak lagi. Penggabungan kepada sistem pihak ketiga seperti 'Cari Kereta Saya', navigasi dalam bangunan dan sistem pembayaran semuanya disokong oleh rangka kerja SDK Terbuka, membolehkan penggabung sistem menyediakan para pengendali dengan sebuah penyelesaian yang berfungsi untuk mereka.

Ringkasnya, perniagaan-perniagaan tempat letak kereta perlu menyediakan kefleksibelan tahap tinggi untuk pelanggan dan memastikan mereka masuk dan meninggalkan lot letak kereta dengan halangan yang minimum. Pengadang automatik boleh membantu memastikan pelanggan bergerak dengan lancar melalui kemudahan-kemudahan letak kereta, tetapi memastikan aliran masuk dan keluar kenderaan yang terbaik tanpa kesesakan, bersama keupayaan untuk mencari ruang letak kereta yang kosong dengan mudah dan cepat adalah kunci kepada penyediaan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

Menggunakan Penyelesaian Pengurusan Letak kereta Pintar Hikvision, pengurus lot tempat letak kereta komersil boleh memaksimumkan potensi dan keuntungan lot-lot tempat letak kereta mereka – dan semua sambil memastikan pelanggan berpuas hati dan merasa selamat di lot letak kereta pilihan mereka.

Latar Belakang Hikvision

Hikvision ialah penyedia terkemuka dunia bagi produk dan penyelesaian pengawasan video yang inovatif. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) paling mantap dalam industri, syarikat memajukan teknologi-teknologi teras pengekodan audio dan video, pemprosesan imej video dan storan data berkaitan, selain teknologi-teknologi berpandangan ke hadapan seperti pengkomputeran awan, data besar dan pembelajaran mendalam. Selain industri pengawasan video, Hikvision mengembangkan perniagaannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Sentiasa mencipta nilai kepada pelanggannya, Hikvision mengendali 33 subsidiari rantau di seluruh dunia untuk mencapai kehadiran global sebenar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Foto- https://photos.prnasia.com/prnh/20171025/1974801-1

Source: Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation New products/services