omniture

Hertz Asia Rangkul Dua Anugerah Industri Pelancongan Terbaik

Hertz Asia Pacific Pte Ltd
2017-10-26 15:52 1079

SINGAPURA, 26 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Hertz Asia meraikan kemenangannya setelah dipilih baru-baru ini sebagai Syarikat Sewa Kereta Terbaik bagi tahun ketiga berturut-turut sempena Anugerah Pilihan Pembaca Asia Travel Weekly, serta sekali lagi diiktiraf menerusi penghormatan Dewan Kemasyhuran Anugerah Pelancongan TTG.

Brigette Tan, Ketua Pemasaran Serantau, Hertz Asia Pasifik, menerima anugerah Sewa Kereta Terbaik sempena Anugerah Pilihan Pembaca Asia Travel Weekly bagi pihak Hertz.
Brigette Tan, Ketua Pemasaran Serantau, Hertz Asia Pasifik, menerima anugerah Sewa Kereta Terbaik sempena Anugerah Pilihan Pembaca Asia Travel Weekly bagi pihak Hertz.

 

Hertz Asia sekali lagi diberi penghormatan untuk berada dalam Dewan Kemasyhuran Pelancongan TTG. Gambar (kiri - kanan) Arief Yahya, Menteri Pelancongan, Republik Indonesia, Marcus Tan, Pengarah, Pembangunan Komersial, Asia Selatan, Hertz Asia Pasifik dan Darren Ng, Pengarah Urusan TTG Asia Media.
Hertz Asia sekali lagi diberi penghormatan untuk berada dalam Dewan Kemasyhuran Pelancongan TTG. Gambar (kiri - kanan) Arief Yahya, Menteri Pelancongan, Republik Indonesia, Marcus Tan, Pengarah, Pembangunan Komersial, Asia Selatan, Hertz Asia Pasifik dan Darren Ng, Pengarah Urusan TTG Asia Media.

Hertz Asia telah mencapai pengiktirafan tertinggi dalam Kategori Sewa Kereta sejak Anugerah Pilihan Pembaca Asia Travel Weekly diperkenalkan, yang meraikan para pengendali pelancongan yang merupakan pencetus prestasi cemerlang terunggul. Anugerah tahun ini diadakan pada awal minggu ini (Isnin 23 Oktober) di Mandarin Orchard Singapore dengan tema 'meraikan kecemerlangan'.

Tawaran perkhidmatan luar biasa Hertz Asia turut diiktiraf menerusi Anugerah Pelancongan TTG Tahunan kali ke-28, yang diadakan di Centara Grand, Bangkok, yang mana Hertz telah diberi penghormatan untuk berada dalam Dewan Kemasyhuran Pelancongan TTG. Hanya organisasi-organisasi luar biasa yang memenangi dalam kategori mereka selama 10 tahun berturut-turut atau lebih diberi penghormatan dalam Dewan Kemasyhuran Pelancongan TTG.

Eoin Macneill, Naib Presiden Asia Pasifik, Hertz, berkata: "Kami berasa teruja dapat terus berada dalam Dewan Kemasyhuran Pelancongan TTG dan diiktiraf buat kali ketiga berturut-turut sebagai Syarikat Sewa Kereta Terbaik sempena Anugerah Pilihan Pembaca Asia Travel Weekly. Bagi pihak Hertz, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengundi dan kakitangan kami, yang berusaha memberikan perkhidmatan bertaraf dunia saban hari."

"Hertz sentiasa berusaha untuk memastikan perkhidmatannya adalah yang terbaik dalam perniagaan dan pengiktirafan ini mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pengendali khidmat sewa kereta utama di rantau ini. Kedua-dua pencapaian ini akan terus mendorong kami dengan lebih lanjut bagi memastikan kami kekal mendepani persaingan dengan terus meningkatkan produk dan perkhidmatan kami."

Dewan Kemasyhuran Pelancongan TTG dan Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly dikenali kerana mengiktiraf organisasi-organisasi cemerlang dan sumbangan organisasi-organisasi ini terhadap industri pelancongan seluruh Asia Pasifik. Kategori-kategori anugerah diundi oleh kumpulan ahli TTG dan Travel Weekly.

Untuk maklumat lanjut, ulasan atau imej, sila hubungi:

Nick Rafferty atau Zoe Guest 
Tel: +61 2 8235 7600 / +61 487 732 611 
Emel: 
nrafferty@daylightagency.com.au  / zguest@daylightagency.com.au

Latar Belakang Hertz

Hertz Corporation, subsidiari milik Hertz Global Holdings, Inc., mengendalikan jenama sewa kenderaannya kira-kira di 9,700 lokasi korporat dan pemegang francais di seluruh Amerika Utara, Eropah, Caribbean, Amerika Latin, Afrika, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand. The Hertz Corporation ialah salah sebuah syarikat sewa kenderaan kegunaan umum lapangan terbang terbesar di dunia, dan jenama Hertz ialah salah satu jenama paling diiktiraf di dunia. Inisiatif-inisiatif produk dan perkhidmatan seperti Ganjaran Hertz Gold Plus, Pilihan Terunggul, Carfirmations, Wi-Fi Mudah Alih dan kenderaan unik ditawarkan menerusi Koleksi Adrenalin, Impian, Hijau dan Prestij yang membezakan Hertz daripada persaingan. Selain itu, The Hertz Corporation memiliki syarikat peneraju pengurusan pajakan kenderaan dan pengurusan armada Donlen Corporation, yang mengendalikan perniagaan perkongsian kereta Hertz sepanjang masa dalam pasaran-pasaran antarabangsa dan menjual kenderaan melalui Hertz Car Sales. Untuk maklumat lanjut tentang The Hertz Corporation, layari: www.hertz.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171024/1973756-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171024/1973756-1-b
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170921/1948169-1LOGO

Source: Hertz Asia Pacific Pte Ltd
Keywords: Auto Transportation Travel Awards