omniture

Habanos, S.A Perkenal Linea Retro Baharu dalam Pameran Antarabangsa Havana Edisi ke-35

HABANOS SA
2017-10-26 21:00 1041

HAVANA, Cuba, 26 Oktober 2017/PRNewswire/ --

  • Pameran Antarabangsa Havana (FIHAV 2017) di Havana
  • Linea Retro baharu ini dimulakan dengan dua produk: Partagas Capitols dan Romeo y Julieta Club Kings 
  • Produk baharu ini akan dipamerkan dalam pameran tersebut, berserta koleksi luas produk klasik daripada portfolio Habanos, S.A dan pelancaran paling terkini

Habanos, S.A bakal memperkenalkan keluaran terkininya dalam Pameran Antarabangsa Havana Edisi ke-35 (FIHAV 2017): Linea Retro baharu, dibawakan menerusi dua produk, Partagas Capitols dan Romeo y Julieta Club Kings. Cadangan yang menarik dan bergaya moden untuk pengguna juga mempunyai reka bentuk pesona retro yang tiada tandingan.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8208851-habanos-introduces-new-linea-retro/

Linea Retro baharu ini menonjol hasil persembahan dalam kotak logamnya. Reka bentuk menarik diinspirasikan oleh pemegang cerut poket asli yang menjadi amat popular pada tahun 1970-an. Pada masa kini, produk-produk ini adalah amat bernilai dan dicari-cari oleh pengumpul.

Peti cerut Partagás Capitols dan Romeo y Julieta Club Kings menampilkan reka bentuk teknikal yang dibangunkan secara eksklusif untuk Habanos, S.A. yang akan digunakan sepenuhnya untuk pelancaran produk Linea Retro.

Setiap peti cerut boleh menyimpan 5 Habano, berserta vitola de galera Mareva (42 tolok gelang x 129 mm panjang). Mareva mungkin merupakan format paling popular dalam sejarah Habanos, dan dimensinya telah lama dianggap sebagai saiz "standard" berbanding format lain. Dengan Partagas Capitols, jenama Partagas sekali lagi memperkenalkan Mareva ke dalam portfolio biasa jenama ini.

Linea Retro turut serta dalam portfolio Habanos dengan matlamat untuk memperkenalkan secara beransur-ansur konsep yang sama ini untuk jenama-jenama lain.

Edisi ke-35 FIHAV  

Sejak tahun 1983, FIHAV ialah pameran perdagangan berbilang sektor paling penting untuk Cuba. Acara tersebut akan berlangsung tahun ini mulai 30 Oktober hingga 3 November di pusat pameran EXPOCUBA.

Habanos S.A. akan mempunyai gerai pameran yang luas di Pavilion Utama.

Selain Linea Retro, berserta Partagas Capitols dan Romeo y Julieta Club Kings, Habanos, S.A. akan turut mempamer banyak vitola lain yang ikonik dan terkenal semasa pameran tersebut dan juga pelancaran baharu yang dibawakan pada tahun 2017. Antara pelancaran utama tahun ini mengetengahkan seperti yang berikut: H. Upmann Sir Winston Gran Reserva 2011, Linea 1935 de Montecristo, dengan tiga vitola: Maltés (53 x 153 mm), Dumas (49 x 130 mm) dan Leyenda (55 x 165 mm). Dua yang pertama yang julung kali diperkenal untuk jenama ini; Quai D'Orsay dan vitola baharu: No. 50 (50 x 110 mm) dan No. 54 (54 x 140 mm), Romeo y Julieta Petit Royales baharu (47 x 95 mm); edisi terhad 2017: Cohiba Talisman (54 x 154 mm), Partagas Series No. 1 (52 x 138 mm) dan Punch Regios de Punch (49 x 120 mm). Terdapat juga pameran bagi pelancaran baharu untuk La Casa del Habano dan Habanos Specialists: Trinidad La Trova (52 x 166 mm) dan H. Upmann Connoisseur B (54 x 150 mm).  

http://www.habanos.com

Young & Rubicam:  
press.habanos@yr.com
Tel: +34-609-46-44-05

Carla Llado
Tel: +34-669-54-69-09

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/588444/Habanos_SA_Havana_International_Fair.jpg )

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Entertainment Tobacco New products/services Trade show news