omniture

Link Financial Ambil Alih Aiqon Capital Espana

Link Financial Group
2017-10-28 02:00 704

LONDON, 28 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

Financial Link Group hari ini mengumumkan pembelian platform pakar perkhidmatan pinjaman, Aiqon Capital Espana.  Berpangkalan di Madrid, pasukan yang terdiri daripada seratus sepuluh orang ini akan menambah lebih kapasiti kepada perniagaan Link yang sedia ada di Sepanyol, iaitu Link Finanzas.  Pasukan ini akan terus memberi perkhidmatan untuk portfolio pinjaman bernilai €6 bilion yang telah dibeli oleh Pengurus Pelaburan Syarikat, LCM Partners.  

"Financial Link aktif di pasaran Sepanyol sejak 2004 setelah menubuhkan Link Finanzas.  Pengumuman ini menunjukkan betapa luas dan mendalamnya peluang yang kami lihat wujud secara berterusan di Sepanyol dan menggariskan komitmen kami terhadap pasaran yang meriah ini. Dengan adanya platform perkhidmatan penuh yang kukuh, kami yakin kedua-dua perniagaan, beroperasi di bawah sepanduk Link Financial, akan bersama-sama berkembang dan saling membangunkan kekuatan antara satu sama lain.  Kami berbangga menyambut rakan sekerja baharu ke firma ini dan teruja dengan peluang-peluang yang akan ditawarkan oleh Link Financial ke pasaran Sepanyol melalui pengambilalihan ini."  - Selina Burdell, Pegawai Ketua Operasi Link Financial Group.

"Pengambilalihan perniagaan Aiqon menjadi sebahagian daripada transaksi yang lebih luas dan pembelian portfolio yang telah diputuskan oleh LCM Partners.  Pasukan Aiqon membawa kepakaran mendalam mengenai perkhidmatan belum terima bagi Perniagaan Kecil dan Sederhana dan ini bermakna mereka ialah tambahan yang mudah kepada perniagaan dan operasi kami yang sedia ada di Sepanyol. 

Pasaran Sepanyol menawarkan banyak peluang kepada perniagaan-perniagaan seperti Link dan Aiqon dan dengan penggabungan ini kami akan menjadi lebih kuat dan mampu menawarkan usul istimewa kepada rakan-rakan kongsi bank dalam perkhidmatan portfolio pinjaman." - Pablo de la Viña, Pengarah Urusan, Link Finanzas.

Ditubuhkan pada tahun 1998, Link Financial Group ialah firma pakar penyumberan luar terkemuka, menyediakan pengurusan pinjaman bersumber luar, pembelian hutang dan penyelesaian perkhidmatan siap sedia kepada institusi kewangan Eropah, pelabur-pelabur dan penyedia-penyedia kredit. Hari ini, ia menguruskan lebih 2.5 juta akaun pelanggan, menyediakan pekerjaan kepada 700 orang di lebih 10 pejabat di Eropah serta menguruskan 25 bilion Nilai Buku Kasar.

Link merupakan salah satu ahli pengasas industri ini dan telah berada di barisan hadapan inovasi semenjak itu.  Platform operasi proprietari Link membolehkan perniagaan-perniagaannya memberi perkhidmatan kepada pelbagai jenis aset dari dalam dan luar industri perkhidmatan kewangan.

Link Financial Group
Sharon Jacobs
T: +44(0)-203-198-8635
E:SJacobs@linkfinancial.eu

Selina Burdell
T: +44(0)-203-457-5055
E:SBurdell@linkfinancial.eu

Source: Link Financial Group
Keywords: Banking/Financial Service Acquisitions, mergers, takeovers