omniture

Keuntungan 9 Bulan ZTE Meningkat 36.58% kepada RMB 3.905 Bilion

ZTE Corporation
2017-10-28 02:12 764

Komited untuk Percepat Perkongsian Inovasi dalam 5G dengan Pengendali-pengendali Eropah

SHENZHEN, China, 28 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, melaporkan keuntungan bersih sebanyak RMB 3.905 bilion, meningkat 36.58% bagi tiga suku pertama.

Menurut pengumuman keputusan ZTE hari ini, hasil perolehan bagi sembilan bulan pertama meningkat 7.01% kepada RMB 76.580 bilion. ZTE memberikan aliran tunai operasi positif sebanyak RMB 1.036 bilion pada suku ketiga.

Perbelanjaan untuk penyelidikan & pembangunan (R&D) ZTE meningkat kepada RMB 9.197 bilion bagi sembilan bulan pertama, melibatkan 12% hasil perolehan. Peningkatan pelaburan ZTE dalam bidang-bidang inovatif seperti 5G, IoT dan cip membawa syarikat kepada pelbagai pencapaian cemerlang dalam aspek teknikal. Cip NB-IoT yang dibangunkan sendiri oleh ZTE, platform pembawa utama 5G gred-T yang pertama dalam industri, platform rentas kapasiti ultra besar yang pertama dalam industri berasaskan teknologi transmisi optik, serta telefon pintar boleh lipat Axon M dilancarkan di A.S. dan Jepun. ZTE turut melepasi ujian percubaan dalam makmal bagi prototaip SPN pembawa 5G China Mobile; dan melancarkan Carrier DevOps Builder natif awan komersial yang pertama dalam industri, memenangi Anugerah "Oscar" sempena Persidangan Global SDN NFV.

Didorong oleh teknologi 5G utama dan perkongsian mantap yang berterusan dengan pengendali Eropah yang terkemuka, baru-baru ini syarikat mengumumkan satu perkongsian inovasi bersama Orange, serta jalinan kerjasama dengan Wind Tre dan Open Fiber untuk membangunkan rangkaian pra-komersial 5G pertama Eropah dalam jalur 3.6-3.8GHz. Sementara itu, baru-baru ini, syarikat mengumumkan ia telah berganding bahu dengan Telenet Belgium bagi menyiapkan kegunaan lapangan MIMO Besar-Besaran FDD pertama di Eropah dan berjaya mengesahkan kadar data puncak 1Gbps dalam Ujian MIMO Besar-Besaran Pra5G bersama SoftBank.

Sementara itu, syarikat meramalkan bahawa keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham biasa bagi syarikat yang tersenarai ini bakal mencecah RMB 4.3-4.8 bilion bagi sepanjang tahun, didorong oleh pertumbuhan operasi dalam rangkaian pembawa dan juga perniagaan pengguna.

Bagi Rangkaian Tanpa Wayar, ZTE mengaturkan lebih 60 rangkaian Pra5G di seluruh dunia dan lebih 280 rangkaian komersial/percubaan SDN/NFV. Hasil kehebatan teknologi 5G utamanya, ZTE menembusi ke dalam pasaran Eropah. Ia bekerjasama dengan Orange Perancis, Telenet Belgium, Wind Tre dan Open Fiber Itali serta pihak pengendali Eropah lain, berserta Softbank dari Jepun untuk mengaturkan rangkaian 5G di peringkat global.

Pada fasa kedua ujian percubaan 5G China, ZTE memecah banyak rekod dunia dari segi daya pemprosesan, ketersambungan besar-besaran dan kependaman rendah. Menerusi jalinan kerjasama dengan China Mobile dan Qualcomm, ZTE turut menjalankan percubaan IoDT berkependaman rendah 5G pertama dunia berasaskan standard 3GPP R15 yang terkini.

Bagi Rangkaian Talian Tetap, ZTE melancarkan platform pembawa utama 5G gred-T pertama dengan keputusan ujian teknologi utama FlexE Tunnel menjadi yang terhebat dalam industri. ZTE juga merupakan yang pertama menyelesaikan ujian transmisi kependaman rendah OTN pembawa 5G, dan melepasi ujian percubaan dalam makmal bagi peranti prototaip SPN pembawa 5G CMCC. Dalam bidang transmisi optik, ZTE memperkenalkan "Platform Rentas Ultra Besar 256T Generasi Seterusnya" yang berasaskan teknologi transmisi optik.

Bagi teknologi baru muncul seperti IoT, cip, pengkomputeran awan dan data besar, ZTE membangunkan OS&SDK IoT generasi seterusnya, bagi mengurangkan kesukaran dalam pembangunan aplikasi dan ujian untuk pengeluar terminal.

Sistem operasi masa sebenar terbenam ZTE diguna pakai dalam kereta api laju berkelajuan tinggi 350km/j 'Fuxing'. ZTE turut memperkenalkan produk-produk siri terminal komersial tempat letak kereta pintar semua jalur, menerajui penggunaan komersial berskala luas sistem letak kereta pintar berasaskan teknologi NB-IoT.

ZTE merupakan yang pertama berjaya menyelesaikan semua ujian lapangan daripada ketiga-tiga pengendali China, seraya membantu China Telecom membangunkan rangkaian komersial pertama dunia dengan liputan terbesar, dan menduduki tempat pertama dalam program perolehan 31 wilayah negara China Mobile pada suku ketiga. Penyelesaian PVP video besar ZTE turut digunakan di India, Afrika Selatan dan Kanada bagi tujuan penggunaan komersial.

Bagi bahagian Pengguna, ZTE menumpu terhadap pasaran-pasaran utama dan meneruskan pembangunan jenama global. Syarikat melancarkan telefon pintar boleh lipat revolusionernya, Axon M, di A.S. bersama AT&T dan di Jepun bersama NTT docomo. ZTE meneruskan pertumbuhan dalam bahagian pasaran A.S. dan mengekalkan kedudukannya sebagai penyedia telefon pintar keempat terbesar. Berbanding keputusan pada suku kedua, penghantaran pada suku ketiga meningkat dengan ketara, khususnya di Rusia, Mexico, Sepanyol dan Itali. Di China, ZTE menumpu terhadap jalinan kerjasama dengan pihak-pihak pembawa dan pasaran telefon bimbit sekuriti. Selain itu, jualan STB terminal memperlihatkan pencapaian hebat dalam pasaran-pasaran luar negara, termasuk Jepun, Rusia, Thailand, Malaysia dan juga Belanda. Di China, ZTE memenangi bidaan bagi pembelian 18 juta STB daripada China Telecom, mengukuhkan kedudukannya dalam segmen STB.

Bagi operasi Perniagaan Perusahaan tempatan, ZTE telah menumpu dalam pengangkutan dan pembiayaan. Dalam sektor pengangkutan, ZTE memenangi bidaan berturut-turut dalam pengaturan transit kereta api, termasuk projek komunikasi metro tiga-laluan Zhengzhou, projek sistem tanpa wayar kereta api Yinchuan-ke-Wuzhong dan projek metro Line 9 Shenyang. Dalam sektor pembiayaan, syarikat secara rasminya menandatangani perjanjian kerjasama dengan Agricultural Bank of China menerusi platform data besar.

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, selaku perintis 5G, ZTE akan mengukuhkan pelaburan R&D dengan teguh, dan menumpu pada pasaran-pasaran pembawa serta perniagaan teras. Syarikat akan terus meningkatkan daya saing terasnya dalam perniagaan utama, meningkatkan bahagian pasaran bagi pasaran-pasaran dan produk-produk utama, serta meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Dalam masa yang sama, syarikat akan mengukuhkan pengurusan pematuhannya, kawalan dalaman serta faedah untuk kakitangan dan juga pemegang saham. Selain itu, syarikat akan terus mengesan teknologi-teknologi baharu dan meneroka mod baharu bagi mengekalkan serta meningkatkan status utamanya dalam era 5G.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Maklumat Perhubungan Media:

Margrete Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775207
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Earnings Earnings projections or forecasts