omniture

GAC Motor Dipilih Penyedia Kereta Perkhidmatan Rasmi untuk Forum Fortune Global 2017

GAC Motor
2017-10-28 02:51 791

Model-model Premium daripada Jenama Auto Elit China Bakal Dipamer dalam Forum Ekonomi Terkemuka

GUANGZHOU, China, 28 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat kereta paling pesat berkembang di China, telah menyerahkan lebih 380 sedan GA8, SUV GS8 dan MPV GM8 kepada jawatankuasa penganjur Forum Fortune Global 2017 ("Forum") dan dipilih sebagai penyedia kereta perkhidmatan rasmi bagi acara ini.

"Kami mengagumi visi dan wawasan GAC Motor untuk menjalin kerjasama dengan kami," kata John Needham, pengarah urusan Forum Fortune Global, dalam satu majlis penyerahan, "Bersama-sama GAC Group, kami berharap dapat memperkenalkan Guangzhou di mata dunia dan membawa lebih banyak peluang perniagaan ke bandar ini. Saya pasti GAC Motor akan menjadi satu bahagian yang penting dalam usaha ini." Zhu Xiaoyan, pegawai tadbir bagi jawatankuasa penganjur Forum Fortune Global 2017 turut menyatakan bahawa kualiti reputasi GAC Motor berjaya mencapai tahap pembangunan pesat sejak beberapa tahun lalu dan ia menjadi simbol pengilangan automobil Cina yang canggih.

Yan Jianming (kanan), Timbalan Presiden Umum GAC Motor, menyerahkan kunci kereta kepada John Needham (kiri), Pengarah Urusan Forum Fortune Global
Yan Jianming (kanan), Timbalan Presiden Umum GAC Motor, menyerahkan kunci kereta kepada John Needham (kiri), Pengarah Urusan Forum Fortune Global

GA8 dilancarkan sebagai sedan mewah GAC Motor pada tahun 2016 yang berbangga dengan reka bentuk asli, kualiti tertinggi, tahap keselamatan lima bintang dan pengalaman perjalanan terunggul. Ia mendapat pujian atas ciri-ciri pemanduan keselamatan yang luas yang dapat membantu menavigasi dan meningkatkan amaran perlanggaran serta membantu membrek secara aktif.

GAC Motor-Forum Fortune Global 2017-Majlis Penyerahan Penaja Automotif rasmi Guangzhou
GAC Motor-Forum Fortune Global 2017-Majlis Penyerahan Penaja Automotif rasmi Guangzhou

SUV GS8 mewah tahap-kepimpinan yang dibangunkan sendiri oleh syarikat memenuhi piawaian anti-daya bumbung SUV Amerika Utara dan menakrif semula pasaran SUV mewah Cina. Pelancaran GS8 merupakan satu lagi pencapaian untuk GAC Motor dari segi jangkauan global bagi menonjolkan keupayaan penyelidikan & pembangunan (R&D) serta sistem jaminan kualiti.

"Kami berasa bertuah kerana berupaya membantu China dan bandar Guangzhou menjadi tuan rumah untuk para pemimpin yang disanjungi dan tetamu-tetamu kehormat dari dunia politik dan ekonomi yang akan menyertai Forum, salah satu perhimpunan paling berpengaruh untuk pembangunan ekonomi di dunia, dan untuk memperlihatkan perkembangan pengilangan automobil Cina," kata Yu Jun, presiden GAC Motor. "Ini merupakan satu penghargaan kepada komitmen kami dalam usaha membangunkan kenderaan premium yang menawarkan pengalaman menunggang yang luar biasa, serta pengiktirafan untuk GAC Motor sebagai pembuat auto mewah Cina."

Yu Jun, Presiden GAC Motor menyatakan Fortune Global Forum membantu memperlihatkan perkembangan pengilangan automobil Cina
Yu Jun, Presiden GAC Motor menyatakan Fortune Global Forum membantu memperlihatkan perkembangan pengilangan automobil Cina

Dilancarkan pada tahun 1995, Forum Fortune Global menghimpunkan para pemimpin global dan ketua-ketua perniagaan global daripada syarikat-syarikat terbesar di dunia yang menjadi peneraju dinamik bagi perdagangan antarabangsa. Forum Fortune Global 2017, menerusi tema "Keterbukaan & Inovasi: Membentuk Ekonomi Global", bakal mencipta peluang bernilai untuk para pemimpin global, seperti para eksekutif daripada Fortune Global 500, untuk terlibat secara aktif bersama pihak-pihak dari China.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Forum dan melihat agenda topik-topik yang akan dibincangkan, layari: https://www.fortuneconferences.com/global-forum-2017

Syarikat telah dijemput ke Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAICS), yang merupakan salah satu pentas utama untuk pembuat kereta yang sedang menempa nama dari serata dunia, bagi menonjolkan teknologi dan reka bentuk mereka, berkomunikasi dengan para pengeluar automobil yang ternama di dunia serta memperlihatkan keupayaan pengilangan Cina yang canggih.

Syarikat merancang untuk berkembang menembusi pasaran Amerika Utara selewat-lewatnya pada tahun 2019. Satu siri persediaan telah dirancang dan produk-produk khusus untuk pasaran Amerika Utara sedang direka bagi memastikan produk-produk syarikat dapat mematuhi peraturan alam sekitar dan memenuhi kehendak pelanggan di Amerika Utara.

"Penyertaan dalam Forum Fortune Global 2017 merupakan satu lagi langkah dalam perjalanan GAC Motor ke persada dunia dan mempercepat jangkauan globalnya," tambah Yu. "Menuju masa depan, GAC Motor akan meneruskan pelaburannya dalam reka bentuk inovatif untuk barisan produk komprehensifnya dengan matlamat untuk menyediakan pengguna yang paling arif dengan kualiti serta perkhidmatan yang melangkaui jangkaan mereka."

"Syarikat turut menambah lebih banyak saluran pengedaran dalam pasaran-pasaran utama seperti Amerika Utara untuk beralih daripada pengeluar kereta Cina untuk menjadi perusahaan bertaraf antarabangsa yang mengaplikasikan teknologi pengilangan pintar, serta membangunkan imej jenama mewah sebagai pembuat auto bertaraf dunia yang cemerlang dalam penyelidikan, pengeluaran dan juga jualan."

Latar Belakang GAC Motor

Sebuah subsidiari GAC Group, GAC Motor membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium, mencapai 96 peratus kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina bagi tempoh yang sama. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas dalam kalangan semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality StudySM (IQS) China 2017.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor  
Twitter: https://twitter.com/gac_motor

Hubungi:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
sukie_gacmotor@126.com

Taki Jiang
+86-134-5028-4242
takijiang@126.com 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171026/1976033-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171026/1976033-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171026/1976033-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Licensing/marketing agreements