omniture

Sekolah Rendah Harapan XCMG Pertama Dibuka di Cameroon

XCMG
2017-10-28 02:55 631

ALIETE YEHOMBO, Cameroon, 28 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di dunia, membuka Sekolah Rendah Harapan XCMG ("Sekolah") pertama di kampung Aliete Yehombo, Cameroon, demi menyediakan sumber pendidikan kepada kawasan terpencil Nemeyong di negara Afrika.

Sekolah ini merupakan projek terkini untuk disiapkan sebagai sebahagian daripada program pendidikan "Impian Biru" ("Dream Blue") antarabangsa XCMG, yang merupakan sebahagian daripada kempen kebajikan awam global "Demi Kehidupan Lebih Baik" yang mencakupi 14 projek yang ditempatkan dengan tepat.

Tu Hui, pengarah bahagian pemasaran untuk Afrika daripada Jabatan Perniagaan Jentera Pengorek XCMG, menyebutkan dalam majlis perasmian Sekolah bahawa ia merupakan tempat yang membolehkan kanak-kanak membesar dan mencapai impian mereka.

"Kami berharap Sekolah ini bukan sahaja dapat menangani keperluan pendidikan kanak-kanak tempatan, bahkan turut menarik lebih banyak syarikat dan organisasi untuk turut serta dalam usaha kami dan menyumbang kepada jalinan ikatan persahabatan China-Afrika yang lebih utuh."

Sekolah ini akan memberi manfaaat kepada kanak-kanak tempatan yang tidak mendapat akses kepada pendidikan. Elijah, 7 tahun, seorang murid di Sekolah, adalah daripada keluarga yang mempunyai lima orang anak. Beliau menghabiskan masa kanak-kanak dengan bekerja di ladang keluarga dan menjual air yang dibungkus bagi menampung kehidupan mereka. Meskipun Elijah dan adik-beradiknya telah mencecah usia persekolahan, mereka tidak mampu mendapat pendidikan.

Apabila Sekolah dibuka, Elijah berasa teruja untuk memasuki kelas sama seperti kanak-kanak lain bersama buku-buku teks baharu dan juga beg sekolah. Beliau berkata beliau bersyukur kerana XCMG memberi peluang pendidikan kepada kampung beliau, dan beliau akan bekerja keras bagi mencapai impian beliau untuk bekerja dengan XCMG di China apabila beliau dewasa kelak.

Komited untuk membantu mereka yang memerlukan dan menggalas lebih banyak tanggungjawab, XCMG telah menyiapkan satu siri projek termasuk membina 50 bilik simpanan air bawah tanah di Etiopia bagi menyediakan sumber air bersih, membuka Rumah Kanak-kanak di Kampung Qingliang, Wilayah Sichuan bagi membantu kanak-kanak yang "ketinggalan", menganjurkan program Pengendali Cemerlang Global serta menyediakan biasiswa-biasiswa antarabangsa.

"XCMG akan terus melaksanakan misinya demi meningkatkan kehidupan mereka yang memerlukan menerusi projek-projek kebajikan awam, demi mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk semua," tambah Tu.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan ketujuh dalam industri jentera pembinaan dunia dan mengeksport ke lebih 177 negara dan wilayah seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

 

Source: XCMG
Keywords: Auto Education Corporate Social Responsibility