omniture

Hartanah Baharu TUTC di Dudhwa, India, Alu-alukan Tetamu alami Pengalaman Rumah Persinggahan Mewah

The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
2017-10-30 14:17 496

MUMBAI, India, 30 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

Rumah persinggahan bakal terima tetamu mulai 19 Disember 2017 hingga 15 Jun 2018

The Ultimate Travelling Camp (TUTC), setelah menakrif semula konsep Glamping (Perkhemahan Mewah) di India, bersiap sedia memperluas falsafahnya iaitu Kemewahan untuk Rumah Persinggahan dan Istana. Syarikat perkhemahan mewah ini meluaskan pengaruhnya menerusi pelancaran pengalaman rumah persinggahan mewah yang dijenamakan semula - Jaagir Lodge, Dudhwa, yang terletak jauh di dalam hutan hujan Terai, Uttar Pradesh.

generated by system

Jaagir Lodge TUTC, Dudhwa mengundang para tetamu untuk menikmati pengalaman safari hutan mempesonakan yang menyerupai ketenangan menerusi kolonial mewah dan keselesaan kontemporari. Terletak di kaki bukit Banjaran Himalaya yang megah berdiri, struktur kolonial ini dibina pada tahun 1940-an sebagai pintu masuk menuju empat hutan simpanan berbeza - Dudhwa, Katarniaghat, Kishanpur dan Pilibhit. Terletak berdekatan dengan Kawaasan Simpanan Harimau Dudhwa, rumah persinggahan ini menjadi saksi terhadap program pemuliharaan Harimau Bengal yang sekian lama dijalankan – 'Projek Harimau' yang diperjuangkan oleh penyokong pemuliharaan terkenal - Billy Arjan Singh.

Ia merupakan habitat kepada beberapa spesies haiwan yang semakin terancam seperti Harimau, Badak Sumbu Bertanduk Satu India, Dolfin Sungai Ganges dan Kucing Bakau. Taman ini terkenal sebagai lokasi untuk melihat harimau dan juga menempatkan separuh daripada 4,000 rusa paya dunia, 90 spesies ikan berbeza, buaya India, gajah liar dan salah satu tempat terbaik di dunia untuk melihat buaya jejulung dalam habitat semula jadinya.

Taman Negara Dudhwa, yang merupakan sebahagian daripada kawasan simpanan ini, terletak berhampiran dengan sempadan India-Nepal dan dengan jarak 5 jam pemanduan dari lapangan terbang Lucknow. Bagi menikmati pengalaman pelancongan mewah yang unggul, anda boleh menyewa pesawat dari Delhi ke padang terbang Ballia yang hanya terletak sejauh 12 kilometer dari rumah persinggahan.

Mengulas tentang tambahan baharu ini, Rajnish Sabharwal, Ketua Pegawai Operasi, TUTC berkata, "Kami berasa amat teruja untuk memperkenalkan pengalaman safari rumah persinggahan hutan baharu kami di Dudhwa. Struktur kolonial indah seperti Jaagir Lodge yang dipelihara jauh di dalam hutan Terai adalah sesuatu yang jarang dijumpai dan kami berpendapat ia merupakan satu peluang hebat untuk membawakan permata tersembunyi ini kepada para pengembara yang dihargai yang tercari-cari pengalaman untuk melihat hidupan liar dalam keselesaan yang mewah."

Diselubungi alam semula jadi dan hidupan liar, Jaagir Lodge TUTC merupakan kawasan ladang yang bersifat peribadi, mempunyai tujuh suit mewah dan tidak lama lagi bakal membuka dua vila mewah serta empat vila bertiang, yang terletak jauh di dalam alam semula jadi.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi +91-8010902222, emelkan kepada kami info@tutc.com atau layari laman sesawang kami http://www.tutc.com.

Sumber: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)

Source: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services