omniture

Mandarin Orchard Singapore dipilih Hotel Mewah Terbaik - Asia Pasifik sempena Anugerah Pilihan Travel Weekly Asia Readers' Choice Awards 2017

Mandarin Orchard Singapore
2017-10-30 16:23 885

SINGAPURA, 30 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Mandarin Orchard Singapore, hotel terkenal milik jenama hospitaliti Asia yang memenangi anugerah Meritus Hotels & Resorts, dipilih sebagai "Hotel Mewah Terbaik - Asia Pasifik" sempena Anugerah Pilihan Travel Weekly Asia Readers' Choice Awards 2017.

En. Tan Kim Seng (kanan), Ketua Pegawai Operasi, Meritus Hotels & Resorts, bersama En Robert Sullivan, Presiden, Northstar Travel Group
En. Tan Kim Seng (kanan), Ketua Pegawai Operasi, Meritus Hotels & Resorts, bersama En Robert Sullivan, Presiden, Northstar Travel Group

 

Ini adalah tahun yang ketiga, Anugerah Pilihan Travel Weekly Asia Readers' Choice Awards mengiktirafkan kepada penyedia penginapan, pengangkutan, tempat, perkhidmatan dan teknologi luar biasa dalam kategori masing-masing. Para pemenang ditentukan daripada jumlah undian oleh pembaca Travel Weekly Asia bersama dengan golongan profesional industri seluruh Asia Pasifik.

Temah Anugerah Pilihan Travel Weekly Asia Readers' Choice Awards 2017 ialah "Meraikan Kecermelang" kepada segmen perdagangan dan pelancongan., Anugerah Pilihan Travel Weekly Asia Readers' Choice Awards 2017 menyaksikan lebih daripada 100 pemimpin hospitaliti dari seluruh rantau menghadiri majlis penyampaian anugerah yang diadakan pada 23 Oktober di Mandarin Orchard Singapore.

Hotel-hotel yang dicalonkan dalam kategori "Hotel Mewah Terbaik - Asia Pasifik" diadili berdasarkan kepada keupayaan dalam menawarkan kemudahan mewah, penginapan berservis lengkap dan mempunyai tahap perkhidmatan peribadi tertinggi.

Individu yang menerima anugerah untuk Mandarin Orchard Singapore ialah Tan Kim Seng, Ketua Pegawai Operasi untuk Meritus Hotels & Resorts.

"Kami berbesar hati dan bersyukur menerima anugerah berprestij ini," kata Encik Tan. "Ini membuktikan  kedudukan Mandarin Orchard Singapore sebagai ikon dalam hospitaliti Asia yang bertaraf dunia. Kami akan terus berjuang ke arah kecemerlangan dan menetapkan penanda aras baharu dalam pasaran hospitaliti Asia yang amat berdaya saing."

Hotel yang mempunyai bilik tetamu  sebankah 1077, Mandarin Orchard Singapore terletak di tengah-tengah kawasan beli-belah yang terkenal di dunia, Orchard Road. Memaparkan ciri unik jenama ini, Asian Grace, Warmth and Care sejak tahun 1971, hotel ini kekal sebagai tempat penginapan pilihan dalam kalangan pelancong antarabangsa yang arif disebabkan oleh lokasi dan kecemerlangan perkhidmatannya.

Bilik tetamu dilengkapi dengan teknologi yang canggih seperti platform filem percuma memberi akses tanpa had kepada pelbagai seleksi blokbuster Hollywood, serta telefon pintar yang membolehi buat panggilan tempatan dan antarabangsa secara percuma selain akses tanpa had data 4G.

Para tetamu boleh mengharapkan perkhidmatan tempahan khas di Meritus Club Lounge yang eksklusif, dan pilihan menjamu selera yang menyelerakan termasuk Shisen Hanten by Chen Kentaro -- restoran Cina berbintang Michelin tertinggi di Singapura, serta Chatterbox -- tumpuan bagi Mandarin Chicken Rice yang legenda.

Untuk maklumat lanjut tentang Mandarin Orchard Singapore, layari www.meritushotels.com/orchard

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160616/8521603966LOGO
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171024/1973525-1

Source: Mandarin Orchard Singapore
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Publishing/Information Service Travel Awards