omniture

Pelancaran Piagam Global Kanser Payudara Tahap Lanjut (ABC) Baharu

ABC Global Alliance
2017-10-31 00:15 489

LISBON, Portugal, 31 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Inisiatif berbilang pemegang kepentingan tetapkan 10 sasaran untuk mengubah masa depan kanser payudara tahap lanjut menjelang 2025  

Persekutuan Global Kanser Payudara Tahap Lanjut (ABC) melancarkan Piagam Global ABC[i], satu inisiatif berani yang baharu, menetapkan 10 sasaran jelas bagi mendorong perubahan global dalam penjagaan serta kelangsungan hidup ABS menjelang tahun 2025. Piagam Global ABC menggariskan jurang yang paling mendesak dan boleh diambil tindakan bagi rawatan dan penjagaan pesakit yang mengalami ABC, untuk akhirnya meningkatkan dan melanjutkan kehidupan mereka. ABC Global Alliance, platform berbilang pemegang kepentingan yang diasaskan pada tahun 2016 dan mendapat sokongan Sekolah Onkologi Eropah, akan meneruskan Piagam Global ABC demi menggalakkan komuniti kanser payudara seluruh dunia, pembuat dasar dan orang awam untuk bersatu bagi membantu membawa perubahan terhadap masa depan pesakit ABC.

Banyak kemajuan telah dibuat terhadap diagnosis, pengurusan dan hasil bagi kanser payudara tahap awal, namun begitu, jurang yang besar masih wujud dalam rawatan dan pengurusan ABC dan median kelangsungan hidup masih tiada perubahan sejak dua atau tiga tahun setelah mendapat diagnosis, dengan 50% kes dan 58% kematian berlaku di negara-negara kurang maju.

"Penjagaan untuk ABC juga agak ketinggalan bagi kanser payudara tahap awal dan semakin ramai pesakit maut pada usia terlalu awal dan perubahan amat diperlukan," ulas Fatima Cardoso, pengarah Unit Payudara, Pusat Klinikal Champalimaud, Lisbon, Portugal dan Pengerusi ABC Global Alliance. "Piagam Global ABC ialah satu piagam bercita-cita tinggi untuk membawa perubahan. Matlamat kami adalah untuk menyatukan komuniti ABC untuk bekerja bersama-sama ke arah matlamat yang sama dan boleh dicapai di peringkat antarabangsa dan tempatan."

Piagam ini menumpu pada 10 Tindakan untuk Perubahan bagi mengatasi masalah jurang dalam penyelidikan ABC, penjagaan pesakit ABC dan ABC dalam masyarakat seperti mana yang dikenal pasti oleh Status Global bagi Kanser Payudara Tahap Lanjut/Metastatik: Laporan Sedekad 2005-2015 [ii yang membawa kepada Wawasan mBC 2025 awal 'Gesaan-untuk-Bertindak'.    

10 Tindakan untuk Perubahan:

1.  Menggandakan median bagi kelangsungan hidup keseluruhan untuk pesakit dengan ABC kepada hampir 4 tahun menjelang tahun 2025

2.  Meningkatkan kualiti hidup pesakit ABC dalam amalan klinikal

3.  Meningkatkan ketersediaan epidemiologi yang mantap dan keputusan data untuk ABC

4.  Meningkatkan ketersediaan dan akses kepada penjagaan pelbagai bidang, termasuk bantuan paliatif, sokongan dan psikososial untuk pesakit, keluarga dan penjaga pesakit bagi memastikan pesakit mendapat pengalaman rawatan terbaik

5.  Berusaha memastikan semua pesakit dengan ABC mendapat bantuan kewangan untuk rawatan, penjagaan dan bantuan sekiranya tidak mampu bekerja

6.  Menawarkan latihan kemahiran komunikasi kepada semua penyedia penjagaan kesihatan

7.  Menyediakan instrumen maklumat khusus untuk ABC yang tepat dan terkini kepada semua pesakit yang menginginkannya

8.  Meningkatkan pemahaman awam tentang ABC

9.  Meningkatkan akses kepada perkhidmatan sokongan bukan klinikal untuk ABC

10. Melindungi hak-hak pekerja bagi pesakit ABC

Tindakan untuk Perubahan akan dibincangkan dengan terperinci dalam mesyuarat ABC Global Alliance pertama pada 4-5 November 2017 di Lisbon selepas berlangsungnya Persidangan ABC4.   

Untuk butiran lanjut, lihat www.abcglobalalliance.org

Rujukan  

i. Piagam Global ABC.http://www.abcglobalalliance.org/abc-global-alliance-charter/ 
ii. Pfizer Inc. Status Global Kanser Payudara Tahap Lanjut /Metastatik: Laporan Sedekad 2005-2015. http://breastcancervision.com. Diterbitkan Mac 2016 Diakses [Mac 2017]  

Roberta Ventura
Penyelaras Urusan Global ABC Alliance
Telefon: +41-91-820-0957
Emel: rventura@eso.net

Source: ABC Global Alliance
Keywords: Health Care/Hospital New products/services Trade show news