omniture

Pelancaran Audio 2.0 Tetapkan Penanda Aras untuk Acara Filem Antarabangsa di Dubai

Lyca Productions
2017-10-31 03:19 407

DUBAI, UAE, 31 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

  • Bintang filem terkenal Rajinikanth mulakan promosi filem luar negara pertama 
  • A. R. Rahman memikat khalayak dengan skor latar belakang 2.0 asli dalam pelancaran audio terbesar dalam sejarah filem India  

Persembahan yang menakjubkan, komposisi yang mengejutkan dan kesan visual yang mengagumkan memulakan acara pelancaran audio bagi filem 2.0 yang amat dinanti-nantikan dan dibintangi oleh Rajinikanth dan Akshay Kumar pada 27 Oktober di Taman Burj, Downtown Dubai. Dianjurkan oleh Lyca Productions, syarikat hiburan terbesar India, acara ini dikelolakan dengan kerjasama Emaar dan menampilkan beberapa bakat terbaik dalam industri filem India.

generated by system

generated by system

Pelancaran berbilang bahasa yang menelan belanja yang tinggi ini menarik penyertaan daripada individu terbaik daripada yang terbaik dalam industri filem India, termasuk Karan Johar, Rana Daggubati dan Dhanush.

Ribuan penonton menghadiri majlis pelancaran audio berskala terbesar seumpamanya dalam sejarah industri filem India, manakala orang ramai yang bersemangat menonton strim secara langsung acara tersebut daripada Burj Plaza dan Waterfront Promenade. Bintang filem terkenal Rajinikanth naik ke pentas untuk mengadakan promosi filem luar negara yang pertama seumpamanya oleh beliau, berserta bintang Akshay Kumar, komposer muzik A. R. Rahman, penerbit Allirajah Subaskaran dan pengarah filem S. Shankar, yang mendapat jolokan 'Pakar Keagungan', manakala Amy Jackson yang anggun menambah kesan glamor.

Pembikin filem selebriti Karan Johar membangkitkan keseronokan penonton sepanjang malam tersebut tatkala barisan pelakon dan kru berinteraksi dengan khalayak serta antara satu sama lain. Para penonton turut menyaksikan tayangan perdana dunia bagi video di sebalik tabir yang merakam proses pembikinan 2.0.

Pemuzik A. R. Rahman mengadakan persembahan yang mengusik jiwa, dengan membawakan lagu-lagu pilihan daripada runut bunyi rasmi 2.0 dan disokong oleh kesan khas yang memukau. Pemenang Anugerah Academy itu diiringi oleh 55 ahli Macedonian Symphonic Orchestra.

Amy Jackson yang berbakat pula menarik perhatian penonton menerusi persembahan lagu berdansa secara langsung, dikoreografi oleh Bosco Martis, pereka tari terkemuka India, dan diiringi oleh kumpulan yang terdiri daripada lebih 50 penari.

Dianggap sebagai salah satu produksi paling mahal di Asia yang bernilai US$90 juta, 2.0 ialah sambungan bagi filem cereka sains 2010, Enthiran. Dirakam menggunakan kamera 3D demi pengalaman visual yang luar biasa, filem ini akan menyaksikan Rajinikanth memainkan semula watak Dr Vaseegaran dan robot Chitti, serta merupakan penampilan sulung bintang handalan Bollywod Akshay Kumar dalam filem Tamil sebagai penjahat utama. 2.0 akan ditayangkan di seluruh dunia pada bulan Januari 2018.

Latar Belakang Lyca Productions 

Lyca Productions ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Allirajah Subaskaran sebagai cabang produksi filem bagi syarikat telekomunikasi gergasi Lycamobile. Dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, syarikat ini berkembang menjadi salah satu syarikat produksi terbesar bagi industri filem India.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Hayette Faroun
APCO Worldwide
Tel: +971 52 104 6533
Emel: hafaroun@apcoworldwide.com

Riya Ahmed
APCO Worldwide
Tel: +971 52 8631776
Emel: rahmed@apocoworldwide.com

Source: Lyca Productions
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Music