omniture

Generations Tajaan Infinitus Menang Tempat Ketiga bagi Divisyennya dalam Regata Antarabangsa Piala China 2017

LKK Health Products Group
2017-10-31 18:43 607

SHENZHEN, China, 30 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Generations, pasukan pelayaran yang ditaja oleh Infinitus (China) Company Ltd., ahli LKK Health Products Group, memenangi tempat ketiga bagi divisyen-Kelas A HKPN sempena Regata Antarabangsa Piala China kali ke-11 yang diadakan mulai 26 hingga 29 Oktober lalu.

Generations Menang Tempat Ketiga bagi Divisyennya sempena Regata Antarabangsa Piala China
Generations Menang Tempat Ketiga bagi Divisyennya sempena Regata Antarabangsa Piala China

Tahun ini, kapal layar daripada 11 divisyen perlumbaan bersaing dalam empat pusingan perlumbaan di sekitar Daya Bay berhampiran Shenzhen. Generations yang diketuai oleh En. Eddy Lee, ialah anggota daripada generasi keempat Keluarga Lee Kum Kee, menyertai 8 perlumbaan pelayaran dalam regata yang berlangsung selama empat hari, termasuk perlumbaan laluan Simpson Marine pada jarak 13 batu nautika selama sehari dari Hong Kong ke Shenzhen, serta perlumbaan tepi pantai selama tiga hari dengan purata jarak sejauh 5 batu nautika.

Foto berkumpulan Pasukan Pelayaran Generations 3. Infinitus Taja Generations
Foto berkumpulan Pasukan Pelayaran Generations 3. Infinitus Taja Generations

Persaingannya begitu sengit. Beberapa pasukan yang kompetitif dalam divisyen HKPN pernah menyertai Piala China sejak beberapa tahun. Meskipun berada di tempat keenam dalam perlumbaan laluan pada hari pertama, Generations tidak berputus asa. Setelah tiga hari berusaha tanpa jemu, ia dapat mengejar dan akhirnya berjaya merangkul kemenangan  menerusi penampilan sulung mereka dalam Piala China.

En. Eddy Lee berkata, regata ialah sukan yang positif dan sihat, dan acara sukan yang hebat ini dapat menjadi satu cara yang bagus untuk menonjolkan semangat jenama Infinitus yang inovatif dan berdaya usaha. Beliau turut menjelaskan bahawa nama kapal layar menunjukkan Keluarga ini akan diturunkan kepada generasi demi generasi dengan sentiasa mengekalkan semangat keusahawaan berterusan. Ini juga merupakan satu pentafsiran bagi Semangat Kekeluargaan.

Infinitus Taja Generations
Infinitus Taja Generations

Ketidaktentuan regata merupakan satu ujian ketahanan, kebijaksanaan dan keberanian para pelayar. Tidak kira sama ada dalam dunia perniagaan yang pantas berubah atau regata yang sarat dengan pesaing yang mantap, semangat keusahawanan sentiasa didukung oleh Keluarga Lee Kum Kee serta perniagaannya yang pelbagai bagi menangani cabaran dan menemui kemungkinan baharu.

Latar Belakang Regata Antarabangsa Piala China (www.chncup.com)

Regata Antarabangsa Piala China diwujudkan pada tahun 2007. Acara ini tersenarai dalam kalendar pelayaran World Sailing (dahulunya ISAF) sejak tahun 2010, dan dianugerahkan sebagai Regata Asia Terbaik Tahunan sebanyak 5 kali. Sebagai regata bot besar antarabangsa pertama dalam sejarah Cina, Piala China berkembang menjadi acara pelayaran paling berpengaruh di seluruh rantau Asia Pasifik selepas melalui pembangunan selama 11 tahun.

Latar Belakang LKK Health Products Group ( www.lkkhpg.com )

LKK Health Products Group, sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, ditubuhkan oleh Keluarga Lee Kum Kee pada tahun 1992. Syarikat mengendalikan pelbagai segmen perniagaan melibatkan produk kesihatan herba Cina, pelaburan hartanah, perladangan dan perdagangan herba Cina serta modal usaha niaga untuk syarikat-syarikat baharu. Tanda dagangan Syarikat merangkumi "Infinitus", "Tianfangjian" dan "Happiness Capital".

Ikuti kami melalui Facebook dengan mencari: lkkhpg

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171030/1977964-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171030/1977964-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171030/1977964-1-c

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Sporting Events Sports