omniture

Rusia Perkenal Reka Bentuk FAN ID baharu untuk Piala Dunia FIFA 2018

Ministry of Telecom and Mass Communications of the Russian Federation
2017-11-01 02:44 596

MOSCOW,  1 Nov., 2017 /PRNewswire/ --

Reka bentuk baharu FAN ID akan digunakan untuk pengenalpastian penonton pada Piala Dunia FIFA 2018.

"Untuk hadir ke Piala Dunia FIFA 2018, para penonton  perlu mendapatkan FAN ID. Dokumen wajib ini diperlukan untuk memasuki stadium dan menyaksikan perlawanan. Para penonton boleh mengisi permohonan untuk FAN ID dan mendapatkannya selepas membeli tiket bagi menyaksikan acara ini," kata Andrei Romankov, Timbalan Pengarah di Jabatan Pelaksanaan Projek-projek Strategik, Kementerian Komunikasi dan Media Massa Rusia.

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik:https://www.multivu.com/players/uk/8211651-russia-fan-id-design-2018-fifa-world-cup/

FAN ID merupakan borang yang dilamina mengandungi maklumat peribadi dan foto pengguna. Ia dikeluarkan secara percuma dan sah untuk semua perlawanan Piala Dunia 2018.

Warganegara asing dan orang tak bernegara boleh memasuki Persekutuan Rusia hanya dengan FAN ID tanpa visa. Kebenaran memasuki Persekutuan Rusia dengan FAN ID bermula sepuluh hari sebelum tarikh perlawanan pertama Piala Dunia FIFA 2018. Warganegara asing perlu meninggalkan Rusia menggunakan FAN ID ini dalam tempoh sepuluh hari selepas tarikh perlawanan terakhir.

Digabungkan dengan tiket perlawanan, FAN ID ini juga melayakkan pemegangnya mendapatkan perjalanan percuma dengan kereta api khas di antara bandar-bandar tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 serta menaiki pengangkutan awam pada hari perlawanan.

Peminat bola sepak luar negara yang berhasrat menyaksikan Piala Dunia FIFA 2018 perlu memohon untuk mendapatkan FAN ID ini di fan-id.ru. Mereka boleh memilih untuk penghantaran FAN ID melalui pos, atau mendapatkannya secara langsung daripada salah satu Pusat Permohonan Visa Global VFS atau pejabat-pejabat luar negeri Agensi Persekutuan untuk Komanwel Negeri-negeri Merdeka, Rakan Senegeri di Luar Negara, dan Kerjasama Kemanusiaan Antarabangsa (Rossotrudnichestvo). Senarai lokasi berkenaan akan disediakan di fan-id.ru.

Permulaan pendaftaran untuk mengisi permohonan FAN ID akan diumumkan kemudian.

generated by system

Video: 
     https://www.multivu.com/players/uk/8211651-russia-fan-id-design-2018-fifa-world-cup/

 

Source: Ministry of Telecom and Mass Communications of the Russian Federation
Keywords: Sporting Events Sports