omniture

Perkhidmatan Timur Tengah Baharu GSL (GCX) bakal Bermula pada November

Gold Star Line Ltd.
2017-11-01 08:00 593

HONG KONG, 1 November 2017 /PRNewswire/ --

Gold Star Line dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran perkhidmatan Timur Tengah baharu, dinamakan sebagai GCX, yang menghubungkan China, Pakistan dan Timur Tengah.

generated by system

generated by system

generated by system

Penggiliran pelabuhan bagi perkhidmatan ini ialah Xingang - Qingdao - Shanghai - Ningbo - Shekou - Da Chan Bay(panggilan peribadi GSL) - Pelabuhan Klang - Colombo - Karachi - Jebel Ali - Colombo - Pelabuhan Klang - Singapura - Xingang.

GCX ialah satu usaha sama dengan rakan-rakan kongsi RCL, TS Line, KMTC dan SM Line. Ia akan menggunakan enam kapal dengan 5,000 hingga 6,500 TEU. GSL akan mengendalikan dua daripada enam kapal. Kapal pertama daripada perkhidmatan baharu akan berlepas dari Xingang pada 17 November.

Ini merupakan perkhidmatan pertama yang menghubungkan Karachi dan Timur Tengah dari Xingang. GCX akan meningkatkan jaringan GSL di Sub-Benua India dan Asia Selatan, bagi melengkapi jaringan kukuh GSL yang telahpun mantap di pelabuhan Sub-Benua India.

Jurucakap daripada Goldstar Line berkata, "Produk GCX baharu ini bertujuan untuk menyokong visi Syarikat bagi mewujudkan jaringan yang mantap demi peningkatan permintaan daripada pelanggan kami. Kehadiran yang diperbaharui di Timur Tengah akan memberi faedah kepada pasaran, di samping mengukuhkan strategi syarikat dan juga pendekatan yang berfokus pelanggan di Asia."

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Sankhoj Das, Gold Star Line Tel: +852-2598-9175; Faks : +852-2824-1969  E-mel: das.sankhoj@goldstarline.com

Source: Gold Star Line Ltd.
Keywords: Transportation New products/services