omniture

Ekspo IOT&CC Huizhou akan Dibuka November ini, Teknologi Canggih Penghubung China dan Eropah

IOT&CC Expo
2017-11-01 12:14 646

HUIZHOU, China, 1 November 2017 /PRNewswire/ -- Ekspo Internet Komunikasi Benda (IoT) dan Aplikasi Teknologi Perkomputeran Awan (Ekspo IoT&CC atau "Ekspo") Huizhou China yang ke-6 akan dibuka pada 1 November di Pusat Konvensyen dan Pameran Huizhou di hab pembangunan dan pembuatan berteknologi tinggi China, di Wilayah Guangdong.

Huizhou IOT&CC Expo to Open in November, Cutting-edge Technologies Connecting China and Europe
Huizhou IOT&CC Expo to Open in November, Cutting-edge Technologies Connecting China and Europe

Menghimpunkan 466 institusi penyelidikan dan syarikat termasuk jenama terkenal dan baru muncul seperti Cisco, SAP, Huawei, Samsung, OPPO, VIVO, ofo dan Mobike, Ekspo ini akan merangkumi kategori produk termasuk elektronik automotif, kereta terhubung, aplikasi, program bandar pintar, perkhidmatan aplikasi data besar, paparan 4K dan banyak lagi.

Ekspo ini akan menyorot banyak produk dan projek baharu termasuk telefon pintar Huawei; cip semikonduktor baru Qualcomm, HiSilicon dan Tsinghua Unigroup; sejumlah dwi-kamera dan peranti biometrik; pelbagai penyelesaian wayarles caj pantas; perkembangan terkini daripada penginovasi ekonomi perkongsian seperti ofo dan Mobike.

Ekspo ini telah direka khas untuk menghubungkan teknologi dan jenama China dengan Eropah. Ia bukan hanya akan berfungsi sebagai pameran pencapaian saintifik dan teknologi terkini, tetapi Ekspo ini akan menonjolkan jerayawara dan acara perniagaan permulaan untuk mempromosikan penggunaan teknologi canggih dari China dan Eropah termasuk:

  • Malam Inovasi Mudah Alih China dan syarahan keusahawanan
  • Projek jerayawara China-Eropah
  • Persidangan kerjasama industri China-Eropah
  • Pameran industri mudah alih China 2017 di Huizhou

Projek-projek yang mengambil bahagian termasuk cahaya navigasi GPS pintar untuk basikal, pengimbas mudah alih dan pengimbas barang kitar semula daripada kumpulan perdagangan utama Eropah seperti Dewan Perniagaan Paris (CCI Paris) dan Persatuan Dewan Perniagaan dan Industri Jerman (DIHK).

"Perkomputeran awan dan industri IoT semuanya berkisarkan inovasi tanpa henti. Kami berharap dapat menyediakan platform ini kepada syarikat-syarikat untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka yang disruptif dan canggih," kata pengarah Jawatankuasa Penganjur Ekspo IOT&CC. "Ekspo ini, yang berlangsung di wilayah Guangdong, pusat inovasi dan industri pembuatan berteknologi tinggi China, menawarkan kepada perusahaan global peluang yang tiada tandingan untuk berkenalan dan berhubung dengan syarikat-syarikat yang membentuk masa hadapan."

Latar Belakang Ekspo IOT&CC

Ekspo Internet Komunikasi Benda (IOT) dan Perkomputeran Awan Huizhou China dianjurkan oleh Suruhanjaya Ekonomi dan Maklumat Wilayah Guangdong, Jabatan Sains dan Teknologi Guangdong dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Huizhou. Keseluruhan aktiviti ekonomi yang terhasil daripada pelaburan dan projek kerjasama janaan Ekspo ini bernilai sehingga RMB 70 bilion (USD1.06 bilion) sejak 2012.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171031/1978236-1

Source: IOT&CC Expo
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology New products/services Trade show news