omniture

Kongres Antarabangsa untuk Mobiliti Boleh Diperbaharui ke-15 "Bahan Api Masa Depan" bincangkan masa depan enjin pembakaran

German Bioenergy Association
2017-11-01 15:08 586

BERLIN, 1 November 2017 /PRNewswire/ -- Frasa pemikat seperti Dieselgate atau peranti kalahan mempengaruhi perbahasan semasa mengenai ejin diesel, dan masa depan enjin pembakaran turut dipersoalkan. Enjin diesel atau enjin petrol yang manakah dapat mendepani masa depan, memperlihatkan semangat mobiliti yang mampan dan emisi rendah? Apakah peranan yang dapat dimainkan oleh sektor pengangkutan untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau sekitar 40 peratus menjelang tahun 2030 dengan tujuan untuk menjamin perlindungan iklim? Sasaran kenderaan yang lebih ketat iaitu 95g CO2/km untuk semua kereta yang baru didaftar dari tahun 2020 merupakan satu daya penggerak yang penting bagi mencapai matlamat ini. Langkah ini dan peruntukan lanjut bagi pengurangan gas CO2 untuk kereta dan kenderaan komersial ringan dapat meningkatkan tekanan pasaran terhadap industri automobil, meningkatkan keperluan untuk menginovasi.       

Tumpuan utama perbahasan ini ialah "penyahkarbonan" dalam sektor pengangkutan dan untuk beralih kepada teknologi-teknologi alternatif, rangkaian kuasa dan juga bahan api. Sempena Kongres Antarabangsa "Bahan Api Masa Depan" ke-15 yang bakal diadakan mulai 22 hingga 23 Januari 2018 di Berlin, pakar-pakar dan para peserta akan terlibat dalam sejumlah besar topik yang berbeza ini.

Dengan jangka masa yang singkat, seluruh industri automotif berhadapan dengan cabaran yang amat besar untuk melaksanakan teknologi pemanduan dipertingkat yang diperlukan, untuk mematuhi nilai had karbon dioksida, dan pada masa yang sama turut mengambil kira pilihan pengguna. Para peserta dari dunia politik, sains dan penyelidikan, persatuan perniagaan dan alam sekitar akan membentangkan kedudukan dan strategi mereka untuk bertindak balas terhadap cabaran dalam perlindungan iklim yang timbul dalam konteks ini, dan akan turut mengenal pasti laluan masa depan yang berpotensi untuk industri automotif, yang menggabungkan pilihan yang berdaya maju untuk penyepaduan sistem.

Selain pengoptimuman teknikal bagi enjin pembakaran, digabungkan dengan pemacu elektrik (penghibridan), penyahkarbonan bahan api perlu memainkan peranan penting sekiranya ingin mencapai objektif-objektif perlindungan iklim dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Maklumat lanjut: http://www.fuels-of-the-future.com/    

German Bioenergy Association
Markus Hartmann
T+492288100222
hartmann@bioenergie.de

Source: German Bioenergy Association
Keywords: Auto Gas Green Technology Oil/Energy Transportation Environmental Issues