omniture

Perniagaan inklusif tingkatkan akses penjagaan kesihatan dalam masyarakat berpendapatan rendah

The Philippine Board of Investments
2017-11-02 09:36 724

MANILA, Filipina, 2 November 2017 /PRNewswire/ -- Perniagaan inklusif (IB) dalam sektor kesihatan, dipromosikan oleh Philippine Board of Investments (Lembaga Pelaburan Filipina), membantu ASEAN meneruskan agenda kesihatannya, yang mengutamakan akses sejagat kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti, perlindungan risiko kewangan dan pembangunan inklusif yang mampan untuk Komuniti ASEAN.

Model-model IB meningkatkan akses kepada barangan, perkhidmatan dan peluang mata pencarian yang relevan dengan memanfaatkan rakan kongsi, pembekal, pengedar, pelanggan atau kakitangan daripada komuniti berpendapatan rendah. Dalam sektor kesihatan, model-model IB memberi impak terhadap komuniti yang mana produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan tidak dapat diakses atau tidak diutamakan.

Generika Drugstore Filipina merintis model perniagaan yang mana tawaran utamanya ialah ubat-ubatan generik, satu langkah yang mengubah industri peruncitan farmaseutikal negara dan meningkatkan permintaan terhadap ubat-ubatan dengan harga yang berpatutan dan berkualiti. Generika mempunyai 690 rangkaian kedai di lebih 70 bandar Filipina, 68 peratus daripadanya merupakan masyarakat luar bandar yang mana penduduknya mengutamakan keperluan asas berbanding keperluan penjagaan kesihatan.

Meskipun awalnya Generika menyasarkan masyarakat berpendapatan rendah, kelas pertengahan juga mula mengutamakan ubat-ubatan generik disebabkan oleh faktor kemampuan dan keberkesanannya. Kini, Generika mengendalikan lebih 24 juta transaksi setahun.

Selain daripada akses kepada ubat-ubatan yang berpatutan, perlindungan menggunakan vaksin merupakan satu lagi cabaran yang dihadapi oleh penduduk Filipina yang berpendapatan sederhana dan rendah. Glovax membeli vaksin daripada syarikat-syarikat farmaseutikal multinasional dan mengedar vaksin tersebut kepada lebih 3,000 klinik komuniti. Di Filipina, hanya glongan berpendapatan tinggi dilindungi oleh vaksin. Pusingan lengkap vaksin bagi bayi baru lahir sahaja boleh menyebabkan perbelanjaan sebanyak 55 peratus daripada pendapatan tahunan isi rumah golongan berpendapatan rendah. Ini membuatkan mereka lebih terdedah kepada penyakit-penyakit yang boleh membawa maut yang boleh dicegah melalui vaksin, seperti Jangkitan Pernafasan akut (ARI), difteria, pneumonia, rabies dan tuberkulosis.

Glovax menawarkan pilihan bayaran secara ansuran bagi menjadikan vaksin mampu milik untuk lebih ramai penduduk Filipina. Setakat ini, Glovax mengurangkan sehingga 75 peratus harga vaksin daripada syarikat-syarikat multinasional, menjual lebih 5 juta dos dan mencegah 2 juta penduduk daripada menghidap penyakit yang membawa maut.

"Penggunaan model perniagaan inklusif ialah satu peluang yang seharusnya diambil oleh syarikat-syarikat dalam sektor kesihatan memandangkan ia dapat merangsang pertumbuhan untuk tempoh jangka panjang," kata Timbalan Setiausaha Perdagangan Filipina dan Ketua Urusan Lembaga Pelaburan Ceferino S. Rodolfo. "Perniagaan inklusif boleh mengubah sektor penjagaan kesihatan dan menjadikannya lebih responsif kepada kumpulan penduduk yang lebih luas, dan seterusnya dapat mewujudkan dan menghubungkan pasaran demi merangsang pertumbuhan perniagaan dan memberi impak sosial secara lebih luas."

Maklumat Perhubungan Media
Anthony Quijano
apquijano@teamasia.com
+63-917-824-9109

Source: The Philippine Board of Investments
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital