omniture

Festival Seni dan Persembahan Melaka Kembali Lagi!

E-Plus Global Sdn Bhd
2017-11-02 15:13 878

Lebih Daripada 45 Artis Bertaraf Dunia Bertemu untuk Mentransformasikan Bandar Teragung Melaka kepada Sebuah Kanvas Seni

MELAKA, Malaysia, 2 November 2017 /PRNewswire/ -- Festival seni dan persembahan terbesar dan hanya di dunia yang berkhusus-lokasi dijalankan di tapak warisan UNESCO (UNESCO World Heritage Site), Melaka Art and Performance Festival (MAPFest), kembali ke Bukit St Paul, Bandar Hilir Melaka pada 24 hingga 26 November 2017, dari 10 pagi hingga 10 malam. Artis yang berasal dari Australia, Rusia, Indonesia, Amerika Syarikat, Jepun, Sepanyol, Malaysia, Belanda, Belgium dan El Salvador akan berhimpun untuk menyemarakkan kota Melaka dengan pelbagai pertunjukan seni solo dan kolaboratif.

MAPFest 2017
MAPFest 2017

Acara-acara utama MAPFest 2017 termasuk Program Mapping; persembahan berkhusus-lokasi berdasarkan disiplin artis dan pergerakan tarian secara spontan yang akan berlangsung di pelbagai tapak di sekitar Bukit St. Paul.

Cerita Pendik adalah koleksi kerja pendek di bawah tempoh 10 minit dan akan dipersembahkan oleh pelbagai artis di waktu senja di puncak Bukit St Paul. Cerita Pendik merupakan platform yang sesuai untuk artis mempamerkan karya eksperimental. Pada malam terakhir, para penonton akan ditawar dengan persembahan berskala besar berjudul Eulogy For The Living yang akan menampilkan kolaborasi di antara kesemua artis dan di bawah pengarahan Tony Yap, Pengarah Kreatif.

"Eulogy For The Living adalah sejenis kerja berdedikasikan pengukiran perjalanan kita dalam dunia dan perjalanan tersirat ke dalam memori jasad dan jiwa. Kami, yang bernyawa memelihara kedua-duanya masa lalu dan yang semasa, dan kita membiarkan segalanya berlalu - mengenangi diri masing-masing dalam setiap masa yang beredar," Tony Yap.

Di samping itu, terdapat juga kelas Morning Yoga dan bengkel Dance (tarian) dan Forum yang terbuka bagi penyertaan publik secara percuma. Festival ini juga menampilkan pameran foto dengan Persatuan Aluminae Canossian bagi membangkitkan kesedaran terhadap Sisters Canossian di Sacred Heart Convent School dari 4 November. Semua persembahan dan pameran adalah percuma dan terbuka kepada umum.

"Kami merisik sokongan kewangan daripada syarikat korporat dan sektor awam bagi mempromosikan Melaka dan Malaysia dalam industri seni. Festival kami adalah pesta seni internasional bertaraf dunia, dan telah berjaya menarik pelancong tempatan dan asin. Ini telah memberi manfaat yang besar kepada pembangunan Melaka dan negara," kata Andrew Ching, Penerbit Festival MAPFest.

MAPFest terutamanya adalah platform mempamerkan bakat artistik artis sedunia. Direktor Kreatif dan artis berprestasi, Tony Yap berkata, "Sebagai seorang artis, saya tahu bahawa para seniman mendapat selebih banyak daripada MAPFest selaku penonton. Penari kontemporari, pemuzik, visual dan artis media baru bersama shaman dari luar bandar Jawa; menyuarai kisah transformasi dan keprihatinan hati nurani batin."

Sebagai salah seorang peran utama Teater IRAA dari tahun 1989 ke 1996, Tony telah banyak bekerja di Australia dan antarabangsa, termasuk Festival Agamemnon, Colline Torinese di Itali dan The Trojan Woman di Vienna International Art Festival. Sebagai pengasas Direktor Artistik Syarikat Tony Yap pada tahun 1993, beliau telah berkomitmen untuk penerokaan dan penciptaan bahasa teater tarian individu yang dimaklumkan oleh penyelidikan Psy-Fizikal, Asian Shamanistic Trance Dance, Butoh Voice dan Perekaan Visual.

MAPFest dihasilkan oleh Art & Performance Festival Melaka Sdn Bhd, dan disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MAPFest telah menerima anugerah penghargaan dari seluruh dunia, termasuk Anugerah Stevie® Asia-Pasifik di Shanghai sebagai Pemenang Emas untuk "Kempen Pemasaran (Budaya & Seni)", Anugerah Pemasaran di Singapura sebagai Pemenang Emas untuk "Penggunaan Lokasi Terbaik", Pemenang Perunggu untuk "Seni dan Budaya Terbaik (Event)" dan Pemenang Perunggu untuk "Suasana Terbaik (Event)" serta Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Sin Chew di Malaysia sebagai Pemenang untuk "Penggunaan CSR" dan Pemenang untuk "Kecemerlangan CSR".

Untuk maklumat lanjut mengenai MAPFest, lawati visit www.melakafestival.com.

DIKELUARKAN OLEH:

E-Plus Global Sdn Bhd
B806 Block B Kelana Square, 
No. 17 Jalan SS7/27 Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

TENTANG MELAKA ART AND PERFORMANCE FESTIVAL

The Melaka Arts and Performance Festival (MAPFest) adalah festival kontemporari yang inovatif, menampilkan tarian, seni persembahan, seni visual, filem dan muzik. Festival ini diperbadankan sejak 2009 oleh E-Plus Entertainment Productions (M) Sdn Bhd dan Art and Performance Festival Melaka Sdn Bhd dan telah memperolehi profil nasional dan antarabangsa yang tinggi. Festival ini adalah pesta seni persembahan terbesar dan hanya di dunia yang dijalankan di tapak warisan UNESCO. MAPFest 2017 adalah pada tahun kesembilannya dan menjadi teras perayaan seni persembahan di Malaysia kerana gabungan warisan dan seni yang unik.

www.melakafestival.com

TENTANG E-PLUS

Diperbadankan pada tahun 2004, E-Plus adalah syarikat pengurusan acara sehenti penuh. Agensi pemenang  beraneka anugerah  ini merupakan gagasan pasukan dinamik yang memberikan idea-idea inovatif dan kreatif dalam kedua-dua acara perancangan dan pelaksanaan acara untuk klien. Diiktiraf sebagai salah satu agensi teratas di rantau ini, syarikat ini meneruskan usaha untuk meningkatkan amalan industri melalui idea-idea unik, kreatif dan inovatifnya. Disenaraikan di Bursa Saham Kebangsaan Australia pada awal tahun ini, E-Plus (NSX: 8EP) beroperasi terutamanya dari Malaysia, mempunyai pejabat di Hong Kong, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand dan merupakan ahli kepada yang masyhur Persatuan Global Events Suppliers (AGES).

www.eplusglobal.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171102/1982200-1

Source: E-Plus Global Sdn Bhd
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel Trade show news